Friday, November 7, 2008

kalau berani sangat pegi la cari doraemon

Aku berlari-lari anak mengekori jejak langkah Mat Kilau yang semakin menjauh. Walaupun usianya sudah tua renta tapi semangat pahlawan melayu itu masih lagi bersarang dalam urat nadinya. Mengalir bersama darah menentang penajah yang diwarisinya.

Sesekali kaki aku terpelecok bahana lubang-lubang di tengah jalan. Di depan daripada Mat Kilau aku melihat Datok Maharaja Lela, Seputum dan Tok Janggut masih gagah melarikan diri.

"Cepat Dzul, kenapa kau lembik sangat..kau tak dengar ke jejak2 penjajah sedang mengejar kita. Kau tak dengar bunyi senapang penjajah yang menembak kita tadi. Kau tak tau berapa ramai rakan kita yang dah mati.." bebel Wan Ali yang cepat berlari sambil menggalas senapang patah di bahunya.

Aku tau kami melarikan diri bukan kerana takut. Tetapi selepas gerakan secara gerila yang dilancarkan ke atas kem penjajah, kami terpaksa gegas-gegas pula untuk melarikan diri kerana kami telah di serangbalas.

Kami tiada ilmu kebal untuk menahan peluru menembus badan. Tiada santau dan Ilmu hitam. Tiada hantu raya untuk minta bantuan dan tiada ilmu parang terbang sendiri.

Yang ada pada kami cuma semangat melawan dan niat untuk membebaskan tanah air ini daripada cengkaman penjajah. Tak lebih dari itu. Bukan hantu syaitan tempat kami meminta bantuan tapi hanya berserah diri kepada takdir Allah.

Aku berlari lagi. Darah sudah bercucuran melimpah ke bumi daripada luka di bahuku. Wan Ali di depanku juga begitu. Dia cuma menekup dada menahan darah yang semakin membuak dan membasahi baju. Tiba-tiba Wan Ali terjelepuk jatuh. Aku memangku dia. Kami berdua tertinggal jauh di belakang. Tiada lagi kelibat Mat Kilau, Datok Maharajalela, Seputum dan Tok Janggut.

Dari jauh derap kaki pasukan tentera Inggeris semakin merapat kepada aku dan Wan Ali. Aku hanya sempat mendengar Wan Ali mengucap. Dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan aku. Semakin lama derap kaki tentera musuh semakin hampir. Tiba-tiba terjongol wajah JWW Birch dari celahan semak samun.

JWW Birch mengacungkan pistolnya tepat menghala ke arah kepalaku..

BANG!! BANG!! BANG!!...

nota kechil :- Kisah ini hanya khayalanku di saat ingatan kita kepada perjuangan menentang penjajahan sudah semakin dilupakan. Bagaimana kalau kita lahir di zaman mereka dan bersama-sama berjuang dan berperang. Kau ada berani ke tak? Atau pun tak ada kerja lain selain dari menafikan pengorbanan pejuang2 yang tak didendang ni..

Cakap banyak tak guna.. Pegi cari doraemon dan cepat pinjam mesin masa dia..

21 comments:

l.i.f.e said...

agak musykil ni, apa pasal jww birch lawan kat pahang plak ni. silap watak kut ni :-?

dzul said...

life,
ni bukan kat pahang..aku pn tak tau kat mana. aku lagi musykil macam mana aku n w.ali ada kat tpt kejadian. tu khayalan karut aku je. jgn percaya.

poyotito said...

jauh termenung brader..

Wardrobe kita said...

Base on true story nih..tapi watak smua bercampur..aku nk tolong sambung imaginasi ko ni pun x reti..x tau nk pilih lokasi yg paling sesuai. Jepun boleh kot.letak watak doraemon skali..bagus2..aku syukur sbb aku hidup zaman skang..

Rajuna said...

sebahagian anak muda masih leka.
bersama gitar.
memainkan lagu2 dari james nat king cole, nina simone, frank sinatra.


boleh?

Umie said...

kalau x pinjam mesin masa doraemon tu pun...ko bole pegi masuk "time tunnel" kat Pasir salak...tp citenye psl negeri perak punye perjuangan le...kekeke

mrblind said...

insaf gua baca cerita lu..memang menarik..boleh bikin novel..

yoshz said...

wah wah. ni kira respon terhadap entri amir hafizi la ni? ke entri aku? ke kau rasa kau memikul tangungjawab sosial untuk menyedarkan anak2 muda yg khayal dgn gosip norman hakim? oopss..

dzul said...

poyotito,
tak la jauh sangat..dekat-dekat je

qaseh,
kat mana2 pn boleh. janji ada scene perang. letup2, tembak2, bunuh2..

rajuna,
nak buat apa pun tak apa. nak merempit ke nak bertumbuk ke, itu kau orang punya pasal. janji ingat zaman perang sudah la..jgn la pulak ada yg kutuk2 org lama yg berperang utk kesenangan kita hari ni. tu saja sudah cukup.

umie,
time tunnel ada kat pasir salak..huh apesal aku tak tau hal ini.


mrblind,
haha..buruk sgt tatabahasa aku..byk yang tak ada kat dalam ni. lemah. cuma aku nak cerita shj.

yoshz,
oh tidak..n3 kau n amir tu mengupas perkara yang berbeza. ia amat bagus supaya kita dapat berfikir tentang masa depan dan halatuju bangsa melayu.

aku cuma mengambil sedikit daripada n3 tu seperti penggunaan hantu,ilmu kebal n parang terbang. sebab benda2 ni kita tak tau wujud tidaknya.

setau aku ni semua dakyah jahat. penjajah masa tu membuat bermacam2 dakyah tentang org2 ni contohnya dakyah yang mengatakan wan ali ada ilmu kebal..ada ilmu hitam disebabkan wan ali kuat memberontak.

akhirnya wan ali dibunuh oleh orang melayu.
ada cerita yang aku dengar, wan ali telah menderhaka kpd gurunya. untuk membunuh dia guru dia telah menggunakan peluru tembaga. peluru lain tak lut.

cerita ni dibawa dari generasi ke generasi lalu diperbesarkan tanpa diketahui hujung pangkal.

akhirnya kisah tentang perjuangan dia dilupakan begitu sahaja. begitu juga dengan mat kilau dan yg lain2.

padahal omputih dah naik gerun dengan kecekapan mereka merencanakan pemberontakan dan dapat membengaruhi ramai pengikut sampai memeningkan kepala omputih. itu hakikat sebenarnya.

Rahimin Idris said...

owh ya. pasal pawang nong, sahabat mat kilau yang buat tentera jepun berenang atas darat tu, memang benar. kebanyakan yang pernah tengok peristiwa tu umurnya dah 70 ke 80 tahun sekarang ni.

dulu aku pun tak percaya. tapi aku tanya semua orang tua2 kat situ. mereka cakap hal tu betul. orang2 cina yang tua2 kat pekan damak tu pun mengakuinya. sebab tu mereka hormat-menghormati antara satu sama lain lepas merdeka dulu. mereka cakap jasa orang melayu masa zaman jepun dulu memang banyak buat mereka. jepun kan anti cina. tapi generasi muda tak jumpa dah semua tu. dah moden katanya.

kalau semua dah tak ada dan tinggal yang macam kita ni, hal2 macam ni akan di anggap dongeng saja. urban sangat la kononnya bila menafikan benda macam ni. pigshit la!

hahaha.

dzul said...

rahimin,
ya rahimin..generasi sekarang semakin tak ketahuan tingkah lakunya aku tengok. macam-macam kata nista dan hinaan kpd pahlawan-pahlawan lama. dah deorang takde masa tu. cuba kalau ada haa nak kata apa. lepas tu pegi tulis dalam blog kutuk2 pejuang melayu. kau sapa nak kutuk2 kau ada pegi berperang tak masa tu.

aku mmg sebenarnya ada sedikit terasa dan sedih dengan beberapa panulisan yg bersifat menghina ni. kalau dah tak percaya sgt jadi takyah la tulis dan kutuk2 pula. boleh blah la sapa yang tulis macam tu..

kalau nak tau pasal sejarah buat kajian dulu jgn nak kutuk2 aja..

mi kalau ada idea entri tak pun sambung la kutukan kat sini..

aku ingat kau pun penyokong urbanisasi..rupanya tak jugak..lega la sikit aku..hahaha

Fadh Rahman said...

kini ketuanan melayu di bumi sendiri dipertikaikan oleh org melayu...ada ke patut? ntah laa aku hanya mampu memerhati dari kejauhan

Rahimin Idris said...

urbanisasi tu proses biasa. kita tak boleh nak tolak. melayu pun akan lalui asimilasi. tak kan kita nak mandi sungai sampai kiamat.

tapi jarum orientalis memang halus. salah satu cara yang diorang gunakan ialah melemahkan orang sesuatu bangsa tu dengan menanamkan fikiran yang negatif ke dalam otak bangsa tu sendiri. cuba baca balik sejarah perang candu bila mereka gagal meresap ke dalam budaya orang cina.

melayu tu asalnya pun hindu. islam mengubah banyak gaya hidup kita. itu bagus. kenapa nak tolak islam. segala ilmu hari ini bermula dari islam. tapi ia dinafikan.

sama juga macam melayu. siapa cakap orang melayu malas? orang melayu hanya tahu makan rasuah? gila ke mak bapak kita dulu jadi peneroka, keluarkan komoditi utama negara yang menjadi asas ekonomi malaysia dituduh rasuah dan pemalas?

orang melayu gigih. sekarang digasak disekeliling. yang dapat untung orang yang bukan melayu sangat, tapi dapat status bumiputera. aku bukan kisah sangat pasal melayu, jawa, batak, arab, mamak apakejadah semua tu. tapi yang real melayu dan hidup dikampung suatu ketika dulu amat gigih untuk hidup.

baru2 ni hatta pulau tawar tebang semua pisang dia 3 ekar. habis semua sebab seorang pemborong datang nak beli 20sen je sekilo. tapi dipasaran harga dia dekat rm2. mana pembela melayunya?

hatta cekap bertani, bukan marketing. tapi hatta melayu yang rajin.

ah, melayuuuuuuu. bukan boleh pakai!!!

itu je la yang diorang cakap bila rasa melayu lemah. cepat2 berpihak pada yang kuat.

hahaha

Darab Dua said...

hari ini dalam sejarah nampak.
heh~

fadzil hafiz said...

gua dah agak!!ni mesti kes banyak berkhayal nih...

dzul said...

darabdua,
bukan sejarah..sejarah ada sikit..cuma nak bayangkan kalau kita lahir zaman tu. lagi satu pasal ilmu yg diguna org melayu masa perang. sila lihat komen rahimin.

padelkopak,
aku tak kuat berkhayal cuma aku sedih kalau ada yg mempersoalkan perjuangan org lama..org2 tua pn dah ramai mati. kau orang mungkin dah tak tau sejarah lama yg didengar dari mulut kemulut..aku pernah dengar dari orang tua2 dan mereka ada g dah lama pergi tp aku tak mau cakap banyak..org muda ramai yg x percaya. mereka hidup di bandar..sila baca komen rahimin

poyotito said...

gua sokong sangat rahimin.
orang dulu memang gigih lain macam.
tengok orang dulu anak2 kalau boleh nak ramai. bior kerja biasa2 je pun.
peneroka contohnya.

Denanz ... said...

sesekali kita perlu mengimbau sejarah. pembunuhan birch menandakan keberanian org melayu. keberanian mempertahankan hak. pahang pun banyak tokoh pahlawan yg semakin dilupakan.
negeri lain pun sama.
ada ke lagi org yang ingat parameswara? generasi muda rasanya tak tahu pun cerita tentang parameswara. mereka lebih leka dengan kehidupan moden ... dan sejarah hanya tinggal sejarah ... semakin kita menerima kemodenan, sejarah pun semakin dilupakan.

alif-mikail said...

itu JWW BIRCH sudah mati.. macamana mau lawan..

walau koi penakut.. tapi koi bukan pengecut!

man_helang said...

ko ngigau ke...aku pun nak wat entri ngarut lah...aku ngna si sammy berani lg...kalau jww birch mungkin tdk kot...ha ha ha

dzul said...

poyotito,
tu pun betul jugak..org skarang belumba2 nak anak sikit..lama2 populasi kita pn jadi kecik..masa tu ha pikirla sendiri sbb kita duk kat negara demokrasi

denanz,
iye..sejarah pn dah semakin dilupakan. yang ambik tau sejarah pulak asyik nak nafikan perjuangan bangsa..hmm payah la weh

alif,
betul..dalam maksudnya aok tu..sbb penakut n pengecut lain. bior org kata kita penakut,,jgn kata pengecut

man,
aku ngigau di siang hari la man..sesekali ngigau mcm ni takdehal kot