Wednesday, December 31, 2008

Konon-kononnya Perkara Yang Menakutkan Juga Sepanjang 2008

1) tertidur masa memandu
aku tak tahu hal ni pernah jadi kat kau atau tak?. tapi aku pernah. bukan tak ada member sebelah yang boleh lawan bersembang tapi masa tu silapnya bob mengantuk. aku dah pesan aku tak minat pasang aircond sambil memandu. bob suh pasang gak sebab nak tido.

aku layan kan aje bob. perjalanan dari kl ke kemaman melalui lpt mmg suram walaupun siang. aku dah nguap2 tp confident. jauh lebih kurang 1om kat depan ada satu lori. bila mata dah tutup sekali otak layan ngantuk. bila mata terbuka. aku ingat lagi sekaki je nak rapat dengan lori kat depan. mujur jalan bukan kawasan selekoh. mujur radio tgh lagu ezlynn. giler..mengucap siut.

aku nasihat kalau ngantuk jgn la konfident tak tertido masa memandu. sekali kalau mata dh tutup mmg payah nak buka dah.

2)tersilap tekan pedal
ingat lagi satu kes tersilap tekan pedal, lalu kereta tergelincir dan sebabkan seorang pekerja bank maut?

aku pun pernah lalui situasi ni. masa balik dari kuala terengganu ke kemaman baru2 ni. sebab kasut aku habis basah meranduk air banjir di k.t. jadi aku cuba tanggalkan dan gunakan tapak kaki untuk memandu. memang aku tak biasa berkaki ayam bila memandu tapi sebab kaki sejuk sangat tambahan pula aku demam teruk. aku usahakan tanggal kasut sambil terus memandu.

memang betul. dalam keadaan otak yang tak sedia aku boleh terlupa mana pedal minyak dan mana pedal brek. kereta aku dah hampir sondol kereta kat depan sebab tertekan minyak padahal aku nak tekan brek. aku tepaksa angkat dua2 kaki dari pedal dan fikir pada saat2 akhir brek kat tengah atau tepi.

bila dah dekat sangat dgn kereta kat depan spontan aku tekan pedal tengah dan brek hampir mengejut..debor jangan cakap..tak berenti. tu la pasal..org kata alah bisa tegal biasa. kalau dah biasa berkasut jgn buat pasal tak pakai kasut pulak. dia boleh jadi confuse aku cakap ko.

p/s - macamana pulak diari org islam palestin, iraq dan selatan thai. termenung jauh aku..

22 comments:

Umie said...

aku pun penah tertido sambil drive..jap lg ade org hon..hilang terus mengantuk aku...huhu..

aku pulak x reti bwk keta pakai kasut..naik keta otometik aku tanggal kasut..kekeke

fizzahyahiya said...

Saya plak. Dah 7 tahun memandu kereta dengan tak berkasut. Cuba juga pakai kasut sekali, tapi seriyes janggal.


ps: Teringat watak Farid Kamil dalam citer KL Drift (kot), tanggal kasut time driving. Hehe.. Lawak je scene tu.

RY said...

bab yg kedua tu aku pun buat jugak.

angkat kaki dua2 pasti pk cepat2.

aduh. blur!

fadzil hafiz said...

tu la pasal brader!gua ingat saudara kita di palestin sana lagi sengsara tahun 2008 mereka...

John Doe said...

ya betul..

lepas ni kena pakai seatbelt kat blakang la pulak.

Hajime said...

yg 1st tu aku pernah...
byk kali...
Allah menjaga aku...
alhamdulillah...

alif-mikail said...

tidor time memandu tu koi buat tiap2 hari!

serius!

itu belum tidur atas katil lagi!

err err err

hanis said...

pesanan hikmat masyarakat nih
ngeeeeee~

Don Balon said...

beringat weh..
koi penoh jugek jadi hentoh berapa belas kali masa berulang sintok-beranang tahun 2003-2004 dulu..
masa tu dia punya mengantuk nok jumper RNR seterusnya rasa macam infiniti je panjangnya PLUS tu..

Yang penting kena sentiasa berdoa sebelum atau masa baru2 start perjalanan..

masa tengah perjalanan layan la metalika ke sepultura hampir gerenti tok ngantuk..
tapi kalu lepas kena nasi kandar campur bijik kas-kas di royale alor star memang layan apebende pun tak guner.. hehe

Anonymous said...

"sekali kalau mata dh tutup mmg payah nak buka dah."
confem.. Pakcik aku pernah drive tertido, sedar-sedar org tgh tolong keluarkan dia dari kereta yang masuk parit!

Yana Ismail said...

Salam ziarah~

hehe..lenkali kalau ngantuk, tido dl..bahaya tau!bawa kata then tertido..alaahai~

dzul said...

umie,
hoh, bahaya betul cara pemanduan kau. lai kali jgn lupa bawak bantal

schafyzcha,
masa awal2 memandu, aku pn x pakai kasut. ada sorang pakcik nasihat aku suh biasakn pakai kasut nnt lambat n malu kt penumpang wei.

razor,
blur mcm ni btul2 bahaya

padel,
betul, tengok skang gaza pn dh kena serang, cilakak punya yahudi

jon do,
mujur seatbelt blakang aku mmg dh ada

hajime,
mesti ko mengucap masa 2

alip,
tido la alip..lenkali jgn lupa bawak ubat nyamuk..

hanis,
ye..ye, pesan memesan sesama masyarakat

don,
kekadang tak jalan gk pasang lagu pun sbb tu aku lg suka buka tingkap kasi mata takleh tutup.

kau try nasi bryani kedal mamak dekat megamall kuantan, mmg menangkap dia punya kas kas

hidemichi,
betul..sebenarnya byk kes cuai sbb tetido ni..lupa aku nk masukkan dl n3 kt atas.
kt kg aku je-
kes 1-anak mati bila kereta dipandu mak terbabas n langgar kenderaan lain. bila mak dia sedar dr pengsan dia kata tiba2 dia x sedar
kes 2-kawan aku berbulan duk rumah patah riuk kena langgar sbb yg melanggar tetido

princess liyana,
tq princess, nasihat kau aku ingat selalu ok..

dzul said...
This comment has been removed by the author.
rasdan ibnu sabrie said...

AKU tak pernah lagi la drive keta berkaki ayam.. setakat jadi penumpang tu, selalu la gak...

yoshz said...

apa salahnya tidur sambil memandu? janji dah set alarm

dzul said...

abang chik,
entahnya..aku pun tak penah berkaki ayam

setahu aku ayam je yang memandu berkaki ayam.

yoshz,
hahaha, mana tau kalau jam rosak, alarm x berbunyi..

fadzil hafiz said...

lu bile nak update ni brader??

~walhal gua pon sama gak

dzul said...

padel,
gua dah, lu biler?..haha

Fadh Rahman said...

1) tertidur masa memandu
koi kalau tghari memang ngantuk biler memandu...klau ngantuk sangat, parking tepi jalan jap pas2koi tidor, dapat selelap jadi laa. tapi kalu memandu waktu malam, memang koi tak ngantuk walau penumpang semua tido.

2)tersilap tekan pedal
koi penoh bawak kereta satria abang koi dulu koi tertekan pedal brek yang koi sangkakan pedal minyak...puas koi tekan tapi kereta tak laju2 jugek sampaikan kereta kat belakang hon kuat2 sebab sangka koi sajer ngakal ke dia...main tekan2 brek...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

cam cerita ju on..bleh bikin filem nih..

Zamie a.k.a Az said...

ok la tu dah pejam sempat celik blk...kalau pejam,celik2 jer...marobbuka....moralnya jgn la memandu masa mengantuk...tido la walau seminit....

dzul said...

fadh,
mujur tertekan brek..kalau tekan minyak naye aok..

aku pentoi,
crita hantu korea mmg byk suspen..tale of 2 sister pn best gak..

az,
btul la..aku belasah saja ingat x tido..giler..