Thursday, January 29, 2009
anjing siapa..?
"anjing tu bukang masuk kedai lagi!!..." marah perempuan muda kepada seorang pakcik tua yang tengah sibuk menghalau seekor anjing besar saiz rotweiler berwarna coklat.
"mung halau-halau dia lagi dia kacau.."tambah perempuan muda tersebut sambil menunggu nasi bungkus yg dipesan. dia berdiri hampir dengan aku tak jauh dari lauk2 hidangan di kaunter.
"dia tak masuk kedai? tak masuk apa? sikit dah nak masuk tadi..."tambah pakcik tua sambil telunjuk menghala ke arah aku...memang betul anjing besar tu belum betul-betul masuk ke dalam kedai lagi. tapi memang dah nyaris2 nak menyentuh aku yang tengah khusyuk mengadap nasi lemak. terkejut sungguh aku sampai spontan capai kerusi stenby nak baling dah.
anjing...masuk menonong ke dalam kedai makan melayu islam memang la janggal..
memang la kedai makcik tu jenis open, bukannya restoran pun tp masuk hampir ke celah meja macam tu mmg boleh terkejut dan hilang selera makan.
pakcik tua ambil kerusi plastik dan baling...ambil batu baling...bukan baling kena pun, baling nak bagi lari aja...
"mung baling dia kenapa?" marah lagi perempuan muda...betul2 dia backing anjing besar berbulu coklat.. serupa nak bergaduh dah dia dengan pakcik tua.
lepas dapat nasi bungkus yang dipesan, perempuan muda start moto, angkat anaknya dan berlalu...anjing besar lari ikut dari belakang..
"dia tu filipina ke?.."tanya aku kepada tuan kedai..
"tak la..melayu..cucu tok ...... . rumah kat hujung nuu..."
"habis, itu anjing siapa?"
"anjing dia la..dah tak boleh buat apa dah dia tu..tak tau melayu macamana..anjing tu pun bawak masuk dalam rumah.."
"betul ke..?"
"apa pulak tak betulnya.."
teh tarik aku telan juga...
ah, macam cerita dalam mastika...
Monday, January 19, 2009
Puaka Bukit Fraser (Part II)
menderu2 batu dan serpihan bahan binaan menerjah pokok2 hutan dalam gaung..macam arnold swarzeneger (memang susah nak eja pun) dengan kawan2 tengah tembak predator masa scene terserempak dalam hutan.
Saturday, January 17, 2009
Puaka Bukit Fraser (Part I)
hari pun dah gelap..burung-burung pun dah lama pulang ke sarang. menurut laporan national geographic, tak banyak spesies primat, mamalia,amfibia mahupun reptilia yang sudi keluar malam-malam. Spesis keluar berburu pada malam hari biasanya dari jenis rhodensia seperti musang pulut.
cuaca baik..tapi bermalam di bukit fraser bukan macam bermalam kat kg bukit dinding, felda bukit mendi mahupun bukit antarabangsa..suhu dekat sini jangan buat main-main. kalau waktu malam, suhu memang boleh cecah area bawah 20 darjah selsius. semua pun pakat pakai baju tebal2..kalau boleh toto kat dalam kongsi masing2 pun nak bawak keluar..
aku, man haji, sabri, kadir dan chot duduk di luar rumah kongsi mengelilingi unggun api yang baru shj dihidupkan. kebetulan pula cuma tinggal kami berlima hari ini. penghuni2 kongsi yang lain habis balik kampung. ada juga yang turun pekan.
ah seng pun tak ada. bila masa dia turun pekan aku pun tak tau. jalan kaki agaknya sebab aku tak beri pinjam kereta dia nak guna buat beli carlsberg. ah, lantak..bukan rasis pun aku tak beri cina pinjam kereta sbb nk angkut carlsberg.
sabri ambil seketul batu..baling-baling bawah gaung yng gelap dan penuh pokok2 hutan..
"man haji..hahaha..hahahaha" sabri ketawa tak tentu hala secara tiba-tiba sambil memandang man haji. aku,chot,man dan kadir semua menoleh sabri yang macam kena rasuk..
tiba-tiba.."heh..heh...hahahaha"..kadir pula gelak sambil baling2 batu ke bawah gaung..
"hahahahahah..."tak semena-mena chot pulak gelak sambil tekan-tekan perut..
aku terkesima..tak tau nak buat apa, malam2, masa orang tak ada..kawasan hutan pula..semua orang gelak tiba2 pula..
tiba2 tanpa dipaksa2 aku pun tergelak sambil baling2 batu ke bawah gaung..apa kes semua orang gelak macam meroyan tapi aku boleh steady..kalau kena rasuk biar la semua kena..heh.
man haji buat muka tak ada perasaan sambil hisap rokok daun.. cuma dia shj yg tak teruja. tak kerasukan..dia bukan tak tau, budak2 kongsi mmg suka guna modal baling2 batu macam tu kalau nak kutuk dia..."ah, sudahla.."kata man haji dalam hati..
sebenarnya man haji bukan pernah pun pergi haji. kami sengaja beri title haji sebab dia pernah buat haji sesat. dulu man haji pernah ikut satu gerakan ajaran sesat (tak perlu sebut nama tp bukan ajaran langit ayah pin). ajaran ini membolehkan pengikutnya tak perlu pergi mekah utk tunaikan haji. cukup sekadar tunaikan haji dari markas mereka. menurut man haji, mmg ada bertawaf dan melontar di jamrah tp mereka bertawaf kepada model kaabah dan melontar di tempat yg ditetapkan di markas mereka sahaja.
Sebab tu aktiviti baling batu oleh budak-budak rumah kongsi amat menyentuh perasaan dan sensitiviti man haji..semua maklum man haji pernah buat rukun 'melontar di jamrah' masa ikut ajaran sesat dulu..
man haji pun bukannya warak sangat..malaun jugak. mana tak malaun, menurut budak2 kampung, man haji pernah gali semula kubur semata-mata nak dapatkan kain pengikat kafan mayat untuk dibuat..
bersambung selalu..
******************
usha2 la gambar fraser hill ni dulu. kalau blum pergi..pegi la sekali..syok oo kena pulak musim bunga..wangi sepanjang jalan..
map fraser hill (sumber: google)
jalan di fraser hill macam boleh muat dua kereta..tapi bila berselisih satu mesti kena himpit ke tepi. aku pernah nyaris ke gaung sebab dh expert sgt drift area nih. 8 bulan duduk sini supervise projek. aku dah macam tuo hai turun naik qiuminshan bawak tauhu. mujur bukan bawak AE86 Trueno. mamat tu aku tak kenal sapa..(sumber : google)
Burung murai ni aku kerap jumpa kat atas sana. ada lagi jenis yang ekor berumbai2..adoi.. lawo2 la burung kat sana. patut la tiap tahun ada bird race. pernah juga sekali aku terserempak musang berbelang2. mana nak cari dah..sampai skang pun aku tak jumpa lg dah. (sumber: google)
pekan bukit fraser. tiap2 hari turun minum. pernah juga jumpa budak2 melayu beli kicap kat sini. kata kicap tapi bungkus suratkhabar. cilakak..(sumber : google)
menara jam waktu musim dingin. angker. boleh buat filem drakula..(sumber : google)
Tuesday, January 13, 2009
Kata Makcik,..Aku Orang Luar...
tanya aku kepada seorang makcik tua yang duduk semeja dgn aku di kedai makan itu. aku mcm biasa mkn sorang2 sebelum ke site setiap pagi. makan roti canai pun kenyang jugak..nak buat apa cari mcd atau kfc..berkhasiat sgt ke sampai berkerumun nk makan? org kata kalau ramai yg berkerumun maknanya kedai tu ada memakai. aku agak kfc dgn mcd mungkin ada tanam benda kat pintu kedai.
makcik tua terpelingas2 pandang kiri kanan macam nak tunggu orang.
"makcik tunggu org kut2 ada yang nak masuk ke dalam nih..nak ke rumah sedara anak dia kahwin.."kata makcik tua.
lepas makan aku tengok makcik tua tak ada siapa yg nak ambil. aku start enjin parking dekat makcik tua.
"meh la makcik biar saya antar..
"betul ke ni awang?"
"betul la, bukan jauh sgt nak masuk ke dalam" kata aku sambil membukakan pintu kereta utk makcik tua..
makcik tua borak macam-macam dengan aku sepanjang jalan ke rumah saudara dia. dari cerita pasal anak sedaranya yg nak kawin sampai ke masalah ekonomi..
"makcik jual keropok..nk jual pun payah le ning. naikkan harga org kata mahal pulak..tengokla tahun ni nak pangkah sapa.."
"iye la makcik..kerajaan suka-suka hati naikkan harga minyak, kita la yg tersepit dgn harga barang yg turut naik.."sampuk aku..
*****
"ni..nok bayar berapa ni awang..?"
"tak payah la makcik..bukan jauh pun.."
"oh, baiknya mung awang..kalau la makcik ada anak puang(perempuan).. boleh jodoh dgn mung awang..makcik tau org luar ni baik2.."
Monday, January 5, 2009
Krek..krek..kreeeekkk..
Suatu petang yang damai. Ah, petang di Jerantut mmg damai..hehe. Macam petang yang lain juga. Petang yang mana kedamaian itu milik warga Jerantut sahaja dan bukan milik aku. Nak damai apa lagi kalau esok meeting, hari ni report meeting blum siap lagi. Maka kelam kabutlah aku menyiapkan report meeting. Mana nak susun gambar, mana nak buat cpm, mana nak fotostat.
Jam dinding merah dah menunjukkan pukul 8 malam tapi aku buat bena tak bena saja. Apa kaitan malam dengan report? Kalau esok pagi baru nak terkial2 hah sapa nak menjawab?
Hampir pukul 9 malam baru semua kerja siap. Giler. Semua report kena buat 10 copy. Baru lega hati aku. Berbaloi lepak kat opis sampai dekat 9 mlm.
Aku tutup semua lampu.. lampu tandas,lampu lampu bilik tengah dan lampu ruang rehat. Cuma lampu bilik bos aku tak tutup. Bilik dia dah sedia gelap sebab semua lampu, aircond dan pintunya dah tertutup rapat dan berbunyi keletak.
Akhir sekali baru aku tutup lampu ruang kerja. Semuanya gelap. Baru saja aku buka pintu utama untuk keluar ke anak tangga, tiba-tiba..KELETAK..krek..krek..krekk..
Aku pasang telinga. Terus melingas ke kiri memandang pintu bilik bos. Krek..krek..krek.. dalam samar-samar kegelapan ruang itu aku melihat pintu bilik bos terbuka dengan sendiri.
Kaki aku kejang. Tangan yang sedang memutar tombol pintu utama dengan keadaan pintu yang telah terbuka sedikit aku tutup kembali. Aku buka lampu ruang kerja. Terus menghala ke pintu bilik bos yang hampir separuh terbuka. Dalam debar yang bertalu aku tekan suis lampu bilik bos..hening..tiada kelibat makhluk hidup..kiri kanan..atas bawah. Belakang meja, bawah meja pun tiada.
*****
Kereta aku menderum meninggalkan ruang parkir pejabat..menerobos kabus yang mula menyelimuti ruang selepas hujan gerimis. Wap-wap putih berkepulan keluar dari aspal hitam. keretaku laju menerjah kepulan wap putih dalam sorotan cahaya lampu yang samar-samar..
Seekor puaka bermata merah bergigi runcing menyeringai memandangku dari dimensi yang lain..
Benarkah?..