Thursday, January 29, 2009

anjing siapa..?

29.1.09, lebih kurang pukul 11.00 am...

"anjing tu bukang masuk kedai lagi!!..." marah perempuan muda kepada seorang pakcik tua yang tengah sibuk menghalau seekor anjing besar saiz rotweiler berwarna coklat.

"mung halau-halau dia lagi dia kacau.."tambah perempuan muda tersebut sambil menunggu nasi bungkus yg dipesan. dia berdiri hampir dengan aku tak jauh dari lauk2 hidangan di kaunter.

"dia tak masuk kedai? tak masuk apa? sikit dah nak masuk tadi..."tambah pakcik tua sambil telunjuk menghala ke arah aku...memang betul anjing besar tu belum betul-betul masuk ke dalam kedai lagi. tapi memang dah nyaris2 nak menyentuh aku yang tengah khusyuk mengadap nasi lemak. terkejut sungguh aku sampai spontan capai kerusi stenby nak baling dah.

anjing...masuk menonong ke dalam kedai makan melayu islam memang la janggal..

memang la kedai makcik tu jenis open, bukannya restoran pun tp masuk hampir ke celah meja macam tu mmg boleh terkejut dan hilang selera makan.

pakcik tua ambil kerusi plastik dan baling...ambil batu baling...bukan baling kena pun, baling nak bagi lari aja...

"mung baling dia kenapa?" marah lagi perempuan muda...betul2 dia backing anjing besar berbulu coklat.. serupa nak bergaduh dah dia dengan pakcik tua.

lepas dapat nasi bungkus yang dipesan, perempuan muda start moto, angkat anaknya dan berlalu...anjing besar lari ikut dari belakang..

"dia tu filipina ke?.."tanya aku kepada tuan kedai..

"tak la..melayu..cucu tok ...... . rumah kat hujung nuu..."

"habis, itu anjing siapa?"

"anjing dia la..dah tak boleh buat apa dah dia tu..tak tau melayu macamana..anjing tu pun bawak masuk dalam rumah.."

"betul ke..?"

"apa pulak tak betulnya.."

teh tarik aku telan juga...

ah, macam cerita dalam mastika...

20 comments:

razor said...

curios aku, en dzul tak puakakan diri malam ni. baru tadi petang di anugerahkan pingat blog paling menimbulkan musibah ketakutan makhluk halus terbaek. hehe.

nyway, en dzul saya tak sempat copy id. nanti sambung citer antu bohsia eh. en buta dengan en alip set kencing malam tak berani bangun. tu yg takut dengar tu. haha.

cerita anjing ni mmg mastika dah cover. ada blog yg terang2 tunjuk keterbukaan dia bela, sentuh anjing. mazhab maliki katanya.

haih

Dzulkarnain Mohamad said...

puaka niang rapik last tadi ke?..sumpah aku tak tengok..
kalau puaka sgt mmg aku tak miss la wei..

bg url blog tu..betul aku pelik ada gak org melayu mcm ni..apa kes tukar mazhab pulak..

yoshz said...

haha mmg cam mastika. jgn la fitnah dzul. mana tau tu anjing robot je ker.

Princess Liyana said...

hm..dasyat2..takut plak baca...

huhu yup td niyang rapik last episode..tp tk smpt nk tgk smpai habis..huh

BudAk hijAu said...

mak ai...melayu apa neh...kompius

*wess..esok confrence soh mr blnd add aku skali..cis!!hahahahhaa...

rose emely said...

huhuhu...
masyarakat zaman skarang...terlebih penyayang!!!

alif-mikail said...

razor
hek aok!

koi memang tak tau citer hantu bohsia atau boh seriyal dua..

post la.. koi nak baca! ni apedehal nama koi naik dkt tempat dzul ni?

agagagaggagaa gagap

dzul
peh! ngeri .. tajuk angker lima.. ahahhaa.. ke'anjing'an sungguh!

ni kedai mana ni?

Sara said...

Lorrr iyer ke? wire short kat mane2 kot minah tu

aKu..DiA...kAmU said...

PNR malam tadi dah last ler encik. Tapi nasib baik ko x tgk. Sikit punya x real lar gaya ustaz amirul terbang. Siap ble nampak tali ikat kat belakang dia. X real. Rasa tertipu aku!

Baik aku layan blog ko en dzul. Lagi seram dr PNR tu..citt betul!!!

Don Balon said...

Ikut org putih sangat la tu..machanc la takde binatang lain doh nok tunjuk kasih sayanc..
kucing ader, arnab ader.. kura-kura dalamc perahu pun ader..
sajer nok tunjuk konon2 open minded..
piirrrrrrrrrrraaaaaahh!!

Umie said...

a'ah la Dzul...skrg nie dah rupa trend pulak org melayu Islam bela anjing...bila ditanya sebab - katanya mazhab Maliki.. ntah la Dzul, aku yg kureng arif bab agama nie taktau nak berbahas cemane...Lg 1 kononnya,bela anjing utk jg kawasan rumah mengikut kata pembela2 anjing nie la..sbb katanya lg, lebih bagus drpd upah Jaga/guard..pd aku,u no need both.. yang penting ko amalkan ayat2 pelindung yg ada dlm Al-Quran.. itu lebih afdhal kan..insyaAllah Malaikat yg akan jg rumah & diri kita...

Umie said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tok Li said...

Memang ada kes2 sebegini... secara perlahan2... tanpa disedari. sedikit demi sedikit adat sopan budaya & agama di cemari dengan sikap "tidak apa"...

mrblind said...

ni apahal dua tiga kutuk duk kutuk gua ni..gua lempang seko-seko baru mintak nyawa..

dzul..mak cik tu duk kawasan mana..gua nak buat edisi siasat ni..

Dzulkarnain Mohamad said...
This comment has been removed by the author.
Dzulkarnain Mohamad said...

yoshz,
haha..ah betul jugak..lupa aku nak baling frisbie (betl ke eja?)..
kalau kejar..anjing betul la kut..

Fadh said...

salah asuhan mungkin atau memang dah diazalikan begitu...

~flyo~ said...

gile hape?kat mana tempat tue?

Dzulkarnain Mohamad said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

cara melatih anjing tiarap
cara melatih anjing berdoa
cara-melatih-anjing-berbicara
cara-melatih-anjing-buang-air
cara-melatih-anjing-agar-menurut
cara-melatih-anjing-agar-lebih-berani