Saturday, January 17, 2009

Puaka Bukit Fraser (Part I)

Tahun 2001 : Kerja-kerja Membaikpulih Projek Terbengkalai Rumah Persinggahan Pegawai2 Kerajaan di Bukit Fraser, Pahang Darul Makmur

hari pun dah gelap..burung-burung pun dah lama pulang ke sarang. menurut laporan national geographic, tak banyak spesies primat, mamalia,amfibia mahupun reptilia yang sudi keluar malam-malam. Spesis keluar berburu pada malam hari biasanya dari jenis rhodensia seperti musang pulut.

cuaca baik..tapi bermalam di bukit fraser bukan macam bermalam kat kg bukit dinding, felda bukit mendi mahupun bukit antarabangsa..suhu dekat sini jangan buat main-main. kalau waktu malam, suhu memang boleh cecah area bawah 20 darjah selsius. semua pun pakat pakai baju tebal2..kalau boleh toto kat dalam kongsi masing2 pun nak bawak keluar..

aku, man haji, sabri, kadir dan chot duduk di luar rumah kongsi mengelilingi unggun api yang baru shj dihidupkan. kebetulan pula cuma tinggal kami berlima hari ini. penghuni2 kongsi yang lain habis balik kampung. ada juga yang turun pekan.

ah seng pun tak ada. bila masa dia turun pekan aku pun tak tau. jalan kaki agaknya sebab aku tak beri pinjam kereta dia nak guna buat beli carlsberg. ah, lantak..bukan rasis pun aku tak beri cina pinjam kereta sbb nk angkut carlsberg.

sabri ambil seketul batu..baling-baling bawah gaung yng gelap dan penuh pokok2 hutan..

"man haji..hahaha..hahahaha" sabri ketawa tak tentu hala secara tiba-tiba sambil memandang man haji. aku,chot,man dan kadir semua menoleh sabri yang macam kena rasuk..

tiba-tiba.."heh..heh...hahahaha"..kadir pula gelak sambil baling2 batu ke bawah gaung..

"hahahahahah..."tak semena-mena chot pulak gelak sambil tekan-tekan perut..

aku terkesima..tak tau nak buat apa, malam2, masa orang tak ada..kawasan hutan pula..semua orang gelak tiba2 pula..

tiba2 tanpa dipaksa2 aku pun tergelak sambil baling2 batu ke bawah gaung..apa kes semua orang gelak macam meroyan tapi aku boleh steady..kalau kena rasuk biar la semua kena..heh.

man haji buat muka tak ada perasaan sambil hisap rokok daun.. cuma dia shj yg tak teruja. tak kerasukan..dia bukan tak tau, budak2 kongsi mmg suka guna modal baling2 batu macam tu kalau nak kutuk dia..."ah, sudahla.."kata man haji dalam hati..

sebenarnya man haji bukan pernah pun pergi haji. kami sengaja beri title haji sebab dia pernah buat haji sesat. dulu man haji pernah ikut satu gerakan ajaran sesat (tak perlu sebut nama tp bukan ajaran langit ayah pin). ajaran ini membolehkan pengikutnya tak perlu pergi mekah utk tunaikan haji. cukup sekadar tunaikan haji dari markas mereka. menurut man haji, mmg ada bertawaf dan melontar di jamrah tp mereka bertawaf kepada model kaabah dan melontar di tempat yg ditetapkan di markas mereka sahaja.

Sebab tu aktiviti baling batu oleh budak-budak rumah kongsi amat menyentuh perasaan dan sensitiviti man haji..semua maklum man haji pernah buat rukun 'melontar di jamrah' masa ikut ajaran sesat dulu..

man haji pun bukannya warak sangat..malaun jugak. mana tak malaun, menurut budak2 kampung, man haji pernah gali semula kubur semata-mata nak dapatkan kain pengikat kafan mayat untuk dibuat..

bersambung selalu..

******************

usha2 la gambar fraser hill ni dulu. kalau blum pergi..pegi la sekali..syok oo kena pulak musim bunga..wangi sepanjang jalan..

map fraser hill (sumber: google)

jalan di fraser hill macam boleh muat dua kereta..tapi bila berselisih satu mesti kena himpit ke tepi. aku pernah nyaris ke gaung sebab dh expert sgt drift area nih. 8 bulan duduk sini supervise projek. aku dah macam tuo hai turun naik qiuminshan bawak tauhu. mujur bukan bawak AE86 Trueno. mamat tu aku tak kenal sapa..(sumber : google)

Burung murai ni aku kerap jumpa kat atas sana. ada lagi jenis yang ekor berumbai2..adoi.. lawo2 la burung kat sana. patut la tiap tahun ada bird race. pernah juga sekali aku terserempak musang berbelang2. mana nak cari dah..sampai skang pun aku tak jumpa lg dah. (sumber: google)

pekan bukit fraser. tiap2 hari turun minum. pernah juga jumpa budak2 melayu beli kicap kat sini. kata kicap tapi bungkus suratkhabar. cilakak..(sumber : google)

menara jam waktu musim dingin. angker. boleh buat filem drakula..(sumber : google)

24 comments:

razor said...

sambung sekarang!!!!!!!!!!!

Dzulkarnain Mohamad said...

razor,
aku letih la..nak tengok tv pulak..tunggu la sampai aku ada masa..minggu depan cbuk dgn meeting pulokk..

razor said...

sekarang!!!!!!!!

hehe.

main2 je.

Dzulkarnain Mohamad said...

razor,
hehe..

ab geldofg said...

suspen ni.....

Umie said...

huk aloh...ko bole tak buat cerita tiada sambungan lagi sebab bercinta aku nak tunggu sambungan kisah nie...hampagas betul la...huhuhu

Princess Liyana said...

huhu..salam ziarah~

napa suka main baling2 batu?;P

em...smbgla cptt..hehe

DarabDua said...

cilakak!
sedap2 gua baca, macam tuh saja lu potong!
sambung weh!

rose emely said...

takpe2...leks dulu. hamek mood...
dah ader feel kang...sambung story ek. kasi kaw2 punye suspen!!!!

BudAk hijAu said...

cit!!potong stim btl..

suke sngt to be continue...

xpaham den..haih!

razor said...

aik..sambungan bergambar tapi sambungan jugak lagi..

tolong jangan sambung dalam entry yang sama lepas ni.

kang aku terlepas, aku cari ko. aku bawak bok miah sekali. mcm best gak tempat tu. tapi aku lebih teruja dengan tali ikan mayat tu. aku pun ada citer... nanti tunggu ko publish dulu a

mrblind said...

woi mangkuk..lu kalau nak main-main macam ni bagitau dulu..dah dah terkena gua..

aKu..DiA...kAmU said...

Aku bab2 mistik ni memang terer. Aku tau mesti dia nak buat kain pengikat mayat tu jadi pengasih. Aku pernah dgr org2 tua ckp ler. Tp aku nk dgr gak versi ko punya...

Dzulkarnain Mohamad said...

ab,
..dub dab dub dab..

umie,
haha..baru bercinta skit dah tensen..

princess,
ok..ok..sambil angkat dua tangan sbb takut kena tembak..

darabdua,
jap...jap..aku nak minum teh dlu..

rose,
ye betul..kalau tak saspen macamana? haha

budak hijau,
aku kalau rasa nak melalut panjang aku sambungkan aje..tak cukup masa.

razor,
cerita jgn tak cerita..ah, layan dlu la gamba bukit fraser tu

mrblind,
wey..gua bukan nak kenakan lu atau sapa2..gua nak sambungkan juga nanti..sabar la bro..

akudiakamu,
haha..lain..guna utk lain..

Princess Liyana said...

hi hi hi..nasib tk kena tmbk ;P

em..scary gakla gmbr last tu..smcm je..tp tgk blk..cntik plak

BudAk hijAu said...

xcukup masa...?bapa masa lu nak..
meh wa bg...cakap nakbp...?hahahah..

.farah. said...

laa..entri ni ade bape episod bang?

menarek jugak bukit fraser ni.

Dzulkarnain Mohamad said...

princess,
hahaha, waktu siang menara jam tu mmg cantik..nnt aku letak..

bdk hijau,
hahaha..duit xnk kasi?

farah,
episod macam drama sembilu..

Fadh said...

mcm puaka niyang rapik laa plak. tapi kan taun lepas aku nak wat suprise laa kat wife. ajak dia jalan2. mula2 ke jerantut. sampai jerantut terus ke lipis tapi sampai kat jeti nak ke taman negara, aku stop kat ctu. wife aku tanya ngape...mulanya aku diam jer...dah bnyk kali tanya aku pun bagitau yang aku nak bawak dia ke fraser hill tapi tak tau jalan. wife aku bebel konon nak wat suprise sgt last2 sesat kat negeri sendiri. mcmana nak ke sana yer?

Dzulkarnain Mohamad said...

fadh,
kau stop kat jeti kuala tembeling ke? mak aih..jauh lg no..

kalau ikut mana2 pun takpe yg penting ko kena ke bandar raub dulu..aku dlu kerap ikut lancang..

dari bandar raub tu ko cari jalan hala ke kuala kubu baru..ah, kat raub pun dah ada signboard bukit fraser tu..

skang aku tak tau la rasanya dah ada jalan baru terus ke raub dari benta tak silap aku.

ok..dari bandar raub ko kena ikut jalan lama dekat sejam jugak la nak sampai ke gap..dari gap ke atas mau 15-20 minit juga..selamat berjalan la wei..

dari jerantut ke bukit fraser mau 3 jam jugak la..itu zaman aku dulu..skang aku tak tau la

hanis said...

wah menarik....
cantik lah jam tu bila malam
walaupun keangkeran nyer terserlah

Dzulkarnain Mohamad said...

hanis,
bukan jam tu saja..bunga yang tanam kat sini memang menjadi..orkid n bunga2 pelik pn banyak..mungkin pengaruh iklim..aku penah bawa balik umah tp x idup.cepat mati..tp bunganya ada musim jugak..

Sara said...

Pdn laa time kte pg thn lps kat Pines Resort rs semcm 2 mcm jerkk.. sib baik laa takde dgr sore pelik2 tu. tp ada member pg siap anak die bleh nmpak mke lembaga ngn mata merah nyala.. phewww

cam studio said...

Penah gi bukit fraser.. jilake btul.. otw ke sana kiri knan hutan gelap..!! Silap aku lalu tu dah 10 mlm... giler serammmm..tak tau pulak laluan ke sana mcm ni... lpas ni serik xmo lalu sana waktu nk mlm... lpas ni klu gi mne2 aku akan google dulu laluannye camana...huhu