Monday, January 19, 2009

Puaka Bukit Fraser (Part II)

sabri memang duduk sekampung dengan man haji. sabri yang cerita pasal man haji yang pernah gali semula kubur untuk dapatkan kain pengikat mayat. aku yang dengar pun percaya tak aja sebenarnya. tapi man haji pun ada masa tu. dia mengiyakan saja. mati-mati dia iyakan. entah la betul tidak pun aku tak tau. tapi menurut sabri cerita tu memang betul.

man haji buat kerja gali tu waktu malam. dia tak kisah pun kubur siapa. tak ada syarat. bukan bersyarat apa sangat macam nak buat minyak dagu. minyak dagu dia punya kekdah ngeri sikit. siap nak mayat pompuan la..anak dara la..ish maleh la aku nak cerita lebih2 karang ahmad idham google dia buat modal filem seram pulak..sia-sia..

aku ada tanya man haji apa dia tak takut ke buat kerja gila nih..dia kata nak takut apa..esok-esok kita mati jugak..takdehal lah..kata man haji tersengih2..

apa gile teori man haji aku pun tak tau. esok kalau dia mati dia nak ke org pegi selongkar kubur dia malam2..?

bila dia dah korek sampai jumpa papan liang lahad. dia slow2 bukak lepas tu buka tali kapan. iye.. cuma tali kapan je yang dia ambil. tali tu tak la panjang sangat. tali utk ikat mayat la bagi kemas.

lepas je kerja tu dia pun naik dan kambus balik kubur. itu je spec kerja man haji. aku kurang percaya tapi aku rasa ada juga orang yang berani buat benda macam ni. sedangkan nak buat minyak dagu yang nak kena macam2 syarat pun orang sanggup buat, ini kan pula setakat curi tali tu aje..

manusia mmg kadang2 gila.

***************

sambungan part I

man haji pun bukannya warak sangat..malaun jugak. mana tak malaun, menurut budak2 kampung, man haji pernah gali semula kubur semata-mata nak dapatkan kain pengikat kafan mayat untuk dibuat tangkal semasa aktiviti curi ayam orang kampung.

iye..man haji kata bila nak curi ayam bawa tali kapan memang ampuh. satu reban pun boleh pulun. ayam macam kena pukau. kata man haji, tali kapan ni tak perlu dijampi serapah. yakin aje terus jadi. untuk curi ayam saja la. aku rasa memang ada lagi guna benda ni tp dia tak beri tahu.

Banyak yang aku tak percaya ttg kata2 man haji tapi mmg dia pun kata pernah menurun no ekor jenis yang nombor keluar ikut tapak tangan bila bangun tidur. memang dia kena. duit rm20k tu dia buat bayar donpeyment kete.

haish..macam2.


***************
kami kembali duduk keliling unggun api di atas bukit fraser yang sejuk dan berkabus. tapak tangan pula buka luas-luas menghala ke unggun api. mulut pun keluar asap sambil-sambil bercerita hantu..fuhh..syoknya rasa nak pusing balik masa.

tiba-tiba..oung..oungg.. satu bunyi ganjil bergema dari bawah gaung tempat kami baling2 batu tadi..bunyi yang perlahan..ounggg...ounggg...oung..semakin hampir dan kuat pula menghala ke arah kami yang sedang duduk-duduk itu.
"bunyi apa tu?" tanya aku pelik..benda yang berbunyi macam ni memang tak pernah lagi aku dengar dekat zoo ataupun dalam channel animal planet mahupun national geographic..kuat..jelas..bergema..dan bukan bunyi katak..

sorang2 pelik..tak pernah dengar dan tak tahu...padahal semua pun kampung boy..

kami bangun perlahan2 dan jenguk bawah gaung..memang tak nampak apa..nak suluh dengan lampu pun tak guna hutan banat..cuma cahaya unggun api dan lampu kalimantang je yang dapat menerang bahagian depan pokok2 hutan.

oungggg...ounnnnng...bunyi semakin kuat dan dekat..masing2 tengkuk dah meremang. man haji yang penah gali kubur pun muka dah cuak ini kan pulak kami berempat..

man haji ambil serpihan2 batu. baling lagi bawah gaung..brammmm..kena daun pokok..

oungggg...bunyi terus melawan..

kami yang berempat lagi pun pakat capai serpihan batu2 dan sisa2 binaan yang banyak bertaburan..

sabri baling..

aku baling..

kadir baling..

chot pun baling...

bertalu-talu.
sambil tu kami tempik kuat2. dalam keadaan tekanan dan takut kadang-kadang kita boleh buat benda2 yang kelakar kalau diingat2 balik. tapi masa tu mmg rasa terancam sungguh..

menderu2 batu dan serpihan bahan binaan menerjah pokok2 hutan dalam gaung..macam arnold swarzeneger (memang susah nak eja pun) dengan kawan2 tengah tembak predator masa scene terserempak dalam hutan.
kami dah tak kira benda apa. baling tetap baling. jangan ganggu kawasan rumah kongsi sudah..
oung..oung..bunyi tu perlahan-lahan semakin menjauh...dan sampai projek bukit fraser tamat pada penghujung 2001 bunyi tu dah tak kedengaran lagi di kawasan rumah kongsi..

***************
sesungguhnya alam ini menyimpan seribu satu misteri untuk kita fikir dan kaji..



nota tambahan,
1. rumah kongsi = rumah sementara untuk pekerja binaan yang dibina dengan menggunakan kayu dan papan plywood sahaja. tiada ciri-ciri keselamatan. kalau ada harimau, harimau pun boleh masuk ke bilik. bilik aku terasing dengan kongsi pekerja. aku duduk dengan pak guard tp tetap bilik berdindingkan plywood sahaja.
2. man haji dah bertahun balik ke indonesia. sebab dia lama duduk di kg di jerantut, loghat pun dah jadi loghat kg. patutla misterius sangat, rupanya dia datang dari indonesia sbg pemegang pasport merah sejak lama dulu.
3. rata2 pekerja tak mandi pagi. kalau nak mandi juga kena masak air dulu. sebab air tersangat sejuk macam kat eskimo.

31 comments:

DarabDua said...

peh! kalu gua mmg tade pekdah nk baling2 lg. masuk umah selimut rapat2 le.

buleh thn tahyul jugak man haji ni.
heh!

razor said...

cerita dapatkan tali kain kapan ni sebagai tangkal/azimat memang ada bagi yang percaya pada khurafat tu. kadang2 pengasih. alamak..lama tak dgr cerita minyak dagu perempuan sulung. haih...

kalau kena beramai2 berani, tapi kalau sorang, tobat aku tdur je. seram siot. hutan itu misteri. malam juga misteri. bila kedua2nya bertemu, makanya kamu sedang diselimut misteri yang kamu sendiri tak mampu merungkainya!

Dzulkarnain Mohamad said...

darabdua,
hahaha..kalau nyorok masuk kongsi lagi takut..gua syak ni sejenis binatang hutan la..gspesies harimau akar..

lagi satu, kami bukan duduk rumah tapi kongsi..kongsi dibuat dari plywood sahaja dan kurang faktor keselamatan

razor said...

aku pun nak buat entry seram jugak lah! cilakak dzul. hehe

Dzulkarnain Mohamad said...

razor,
iye la..aku first time dengar masa tu dari man haji..khurafat betul kan kepercayaan dia..kalau betul la kata dia tu.

benda yg berbunyi tu ganjil wooo..

Dzulkarnain Mohamad said...

razor,
buat la wei kalau penah kena...jangan reka2 cerita pulak tau..tak baik utk kesihatan pembaca..

razor said...

mana pernah aku tipu. semua cerita yang aku alami je aku masuk dalam blog.

nanti lah. aku lupa satu cerita kawan aku mintak nombor mayat baru tanam.

kisah benar! tapi cerita byk lupa. nanti berlubang2

Dzulkarnain Mohamad said...

razor,
ok..betul la kata kau tu..teruskan wei..aku pun nak tau..seram sejuk dah ni..haha

Fadh said...

tolong baca komen koi kat PBF part 1. ntah laa nak caye ke x sbb yg aku alami sendiri pun aku musykil sampai skrg akan kebenarannya.

Dzulkarnain Mohamad said...

fadh,
hahaha..aku pun tak suh percaya cerita man gali kubur tu..tp ni macam sumber la..

tapi yang bunyi tu memang ada. aku ingat cuma benda binatang hutan yang jarang jumpa kut..bukan hantu lah..cuma seram tu ada weh..

aku dah jawab komen bawah tu..oh lupa nak cakap..gap yang aku maksudkan adalah hentian sementara nak naik ke atas bukit fraser tu..dulu dia selang 20 minit utk turun naik..skang tak tau la jalan satu lagi boleh guna tak..kalau boleh gap mungkin dah tak ada

.farah. said...

erk..man haji idup lagi dak?

alif-mikail said...

angker.. angker.. angkara ni...

mrblind said...

lu agak-agak berapa kali seminggu diaorang potong rumput kat menara jam tu?

rose emely said...

hadoi yaiii...
igtkan dah baling2 batu tue...benda alah tu kuar tayang muke..!!!
tapi kira berani la jugak korang ek...

aKu..DiA...kAmU said...

Klu aku jd ko pun aku baling apa yg smpat capai dari lari masuk rumah kongsi. Pengalaman aku, rumah kongsi suma daif2. Mmg tahap utk berteduh jer ar...tapi memang angker ar. Klu kena makan rimau ke ape ker tgh hutan tu...mmg kenduri sakan ler binatang2...kui..kui..kui..

BudAk hijAu said...

alaaa...nak tau bunyi apa tu...
isssh....runsink neh selagi xtau..

hek3..

hanis said...

lor...
apa cerita nih?
kurang pham...
kesimpulanya??
berjaya menghilangkan bunyi misteri tu??

Princess Liyana said...

Huhuhu..tak mandi?then pegi keje masham la..ekeke ;P

ab geldofg said...

klau tk takut tk bst lah

Dzulkarnain Mohamad said...

farah,
x tahu..aku lama dah tak jumpa dia..lepas projek tu akhir 2001 group dah berpecah..aku dengar dia dh balik indon..member2 lain bawak diri memasing..manakala aku berkelana sampai ke kemaman..

alif,
hahaha..angkara siapa aku tak tahu yg bunyi2 mcm tu..bigfoot kut..

mr blind,
hahaha..dia potong bila orang dah tak tak nampak jam pukul brapa kot..

rose,
kami baling2 tu memang nak halau benda tu jangan sampai dia tunjuk muka dia..angker woo..kang kuar bigfoot apekedehal..

akudiakamu,
hahaha..line construction tak lari dah benda alah rumah kongsi neh.,

budakhijau,
tah la ape benda..silap kitorang halau hari tu..kalau pakat nyorok tengok apa yg kuar lagi licik rasa aku..rugi..mana tau bigfoot ke..

hanis,
dah dapat halau dgn baling2 btu..tapi rugi jugak kan..patutnya pakat nyorok..senyap2 intai..mana tau dpt tengok binatang spesis baru..

princess,
baru la macam mat saleh..haha

Dzulkarnain Mohamad said...

ab,
hahaha..betul..tuhan dah beri perasaan takut jadi gunakanlah sebaiknya..hihi

man_helang said...

bro...lu pon dah pandai main sambung2 pehal????

Rajuna said...

bila nak buat cerita jiwang2 ghairah ni?

hihi

Dzulkarnain Mohamad said...

man helang,
dah panjang..sambung la pulak..

rajuna,
blum tahap g2 la aku neh..

BudAk hijAu said...

klu btl bigfoot,sumpah rugi...heheheheh...

Princess Liyana said...

haha.apakah?mat saleh tak mandi ek?uhuhuh;P

Dzulkarnain Mohamad said...

princess,
ha'ah..mat saleh yg tak mandi shj yg x mandi..

yoshz said...

wahaha..asal tak lumur lumpur mcm gabenor california tu lawan predator? dah tentu kau makin tak hensem.

Umie said...

gilos la man haji tu...sib baik ko tak jd pengikut dia kan...huhu

l.i.f.e said...

owhhh..kalau la frasers hill tu dekat, tetiap minggu mau pergi. amat nyaman

Dzulkarnain Mohamad said...

yoshz,
haha lumur lumpur?..kantoi jugak kalau jatuh sungai kan yoshz..

budak hijau,
mmg rugi..tp pesal skang x kecoh lak bigfoot..dlu sampai buat trip masuk utan sbb nk cari

umie,
hish..kawan je la..dia jenis tak pengaruh org lg pn dia berenti gk dgn ajaran sesat tu

life,
btul mmg nyaman..tunggu malam lg nyaman..