Tuesday, March 17, 2009

Ahmad Pozi Pijak Al-Quran..


gambar hiasan: google

alif dateh aa..alif bawah ii..alif depan uu...aaiiuu..

sayup-sayup suara tok imam saabi mengajar alip ba ta malam itu..

sebab dah tak muat ruang dalam rumah. aku, ahmad pozi(bukan nama sebenar), ahmad zaidi, mahyuddin, abang mahyuddin dan empat lima orang lagi budak-budak lelaki yang tak berapa cukup umur pakat membaca di ruang beranda. kadang-kadang kami saja-saja datang lambat. saja nak hangout kat beranda ramai-ramai baru la mengaji cepat dapat katanya.

lebih kurang separuh lagi yang belum habis mengaji, tok imam saabi pun susup sasap turun ke tanah start motor untuk ke masjid.

biasanya kalau dah masuk waktu isyak dia akan ke masjid untuk berjamaah. meninggalkan kami hingar bingar dengan aktiviti masing-masing. kadang-kadang isteri dia yang perhatikan kami. perhati jangan bising sangat aja. tunggu sampai tok imam saabi balik barulah keadaan terkawal.

di bahagian beranda. keadaan dah makin bena. belum jauh bunyi motor. budak-budak dah macam lebah buat sarang..

"weh cuba kau tengok apa aku buat ni.." kata ahmad pozi yang sedang duduk bersila mengadap kitab Al-Quran yang diletakkan atas rehal kayu. dengan selamba sebelah kaki ahmad pozi memijak Al-Quran tersebut tanpa prejudis..

"hoi..kau buat apa. tu.? mana boleh pijak Al-Quran!" kata abang mahyuddin yang usianya lebih tua dari kami. tua tak tua juga, seingat aku dia pun baru darjah 6. aku dan ahmad pozi darjah 4, manakala mahyuddin pula darjah 5.

"boleh pijak Al-Quran..sapa yang kata tak boleh?.." balas ahmad pozi sambil meninggikan suara sebijik macam ahli dewan rakyat tengah berdebat..

dalam keadaan kecoh itu.. masing-masing hanya membulatkan mata. cuba mencari dalil-dalil dan komen yang bijak bagi memprotes tindakan ala-ala tentera amerika oleh ahmad pozi.

"hoi..mana boleh pijak Al-Quran..ah, teruk betul kau ni.." kata mahyuddin untuk menafikan fakta pro-yahudi daripada ahmad pozi..tapak kaki ahmad pozi masih lagi di atas kitab Al-Quran(bukan pijak sambil berdiri tapi sambil duduk bersila).

"oi..kan ustaz kat sekolah dah kata mana boleh pijak Al-Quran.." kata aku dengan hujah yang rasanya paling kukuh dan boleh diterima akal..

"boleh la..sapa kata tak boleh..? cuba kau tengok betul-betu..kan aku ada lapik dengan kain pada Al-Quran ni. kalau tak berlapik barulah tak boleh pijak.."


*****
ahmad pozi..ahmad pozi.. Al-Quran,.tindih dengan benda lain pun dah tak boleh. inikan pulak pijak dengan kaki. berlapik lutut hang..
ingat perkara yang membatalkan air sembahyang ke nak lapik-lapik..

16 comments:

yoshz said...

harap mastika dapat menemubual ahmad pozi.

mrblind said...

ada juga yang kena panah petir ni..

man_helang said...

ko tinju jerung jek dia bro...melampau sgt dah tu...

Kurt Kuden said...

ape ahmad pozi tgh buat skarang ni yeehh

Daus said...

lumpuh sia2 je si pozi ni..

alif-mikail said...

bagi nama dia? koi nak suruh tok dalik santau!

Anonymous said...

aku bayangkan muka ahmad pozi dalam mastika atau harian metro. muka kena censored.

BudAk hijAu said...

bongok!!dem.

Yana Ismail said...

mana boleh pijak2...!hish!

Rajuna said...

macam yosh, aku rasa dia ada kaitan dengan blek metel. aku nak ajak dia buat band.

poyotito said...

lu cangkul aje dahi ahmad pozi tu

Don Balon said...

bahaya ni..
ada unsur2 astora jabat hehe..

Fadh Rahman said...

koi rasa ahmad pozi nie laa yang kuar mastika pasal black metal kencing dan koyok al-quran...ntah2 dia pengasasnyer...

rose emely said...

berani sungguh ahmad pozi tu. lepas dia pijak tu...dia ada kene aper2 tak? panah petir ke bengkak kaki ke kene langgor ngan lori ke???

Umie said...

kesian dia... ko patut bimbing di ke jalan yg benar...huhuhu

RY said...

belaja tak abis ni