Monday, August 18, 2008

puaka merasuk patung mayat bayi dikafan

SESMA, Tahun 1994..

Pertandingan Drama antara kelas malam itu memang jadi milik kelas kami. Kelas kami biasa-biasa saja tapi dah berjaya jadi juara. Walaupun menumpang untuk setahun sahaja di SESMA tapi tak sangka juga kelas kami dapat kalahkan kelas-kelas peringkat menengah atas sekolah tu. Rupanya kelas kami memang ada ramai bakat terpendam.

Drama yang mengisahkan anak yang lupa daratan dan pegangan agama tu turut melibatkan watak-watak kecil yang jadi syaitan untuk menakut-nakutkan penonton. Watak kecil tu pelakonnya termasuklah aku dan 5 lagi rakan sekelas. Tugas kami tak susah cuma perlu lari-lari keliling dewan pakai baju syaitan bermantel. Ramai jugak cikgi2 yang terjerit-jerit..haha.

Selain dari tu ada satu lagi watak kecil yang betul-betul menghidupkan drama ni. Watak tu adalah PATUNG MAYAT BAYI BERDARAH YANG DIKAFAN!!!

Patung mayat bayi tu dibuat betul-betul bersaiz bayi. Dibungkus elok-elok dengan kain putih. Kami juga jiruskan sedikit pewarna merah darah untuk mendapatkan feel lebih seram. Maklumlah bayi yang mati akibat pengguguran haram.

Habis je drama, budak-budak ni dah pakat bawak balik dorm pulak dah. Sebab rupa dia yang seram, dua malam jugak mayat bayi tu jadi mainan menyakat kawan-kawan.

Balik dari prep pada malam kedua, kami dah dengar satu cerita tak best dari Zainizam (kami panggil Zang) yang kebetulan jadi orang pertama buka lampu dorm malam tu. Hanya 5,6 orang je yang tahu misteri dari Zang, lepas tu kami terus rangka operasi pembasmian.

(nota : Dorm kami tingkat paling bawah asrama. Pelajar menengah di tingkat atas. Kami tak berapa campur pelajar menengah).

Mengikut cerita Zang, waktu dia buka lampu dorm, dia nampak patung bayi dikafan duduk betul-betul dalam keadaan tegak di kaki katil Arip. Zang terkejut..dia terus sambar mayat bayi tu dan tanya kami siapa yang akhir keluar dorm. Zaimi yang mengaku keluar dorm paling last masa nak ke prep malam tu memang dah pasti tak ada mayat bayi tu kat kaki katil Arip.

Ritual melupuskan patung mayat bayi dikafan pun segera kami jalankan. Kami dah tak tunggu Arip dan yang lelain untuk tanya lebih lanjut. Kami carik-carik lepas tu bakar patung mayat bayi tu. Ramai yang tak tau kegiatan kami malam tu. Bukan kami sengaja taknak bising-bising tapi takut heboh pula satu asrama nanti.

Bila Arip balik dia memang mengaku dia dah letakkan mayat bayi tu kat dalam selimut katil Zang sebelum ke prep malam dengan tujuan menyakat. Zang pulak mati-mati mengaku masa dia buka lampu dia nampak mayat bayi tegak berdiri di kaki katil Arip. Takkan Zang tahu Arip yang isi dalam selimut dia malam tu. Kalau betul nak usik tak mungkin Arip beritau Zang pulak.

Jadi, siapa sebenarnya yang menggerakkan mayat bayi dari katil Zang dan berdiri tegak di kaki katil Arip ketika kami ke kelas untuk prep malam itu?.. Patung mayat bayi dikafan seolah-olah menunggu Arip balik untuk membalas dendam..

nota - Beberapa hari sebelum dan selepas operasi melupus, ada juga yang bermimpi diganggu mayat bayi dikafan.. oleh itu jgn le buat benda-benda pelik ye..kalau dah terlampau sangat ada la benda pelik-pelik boleh jadi..ish..

12 comments:

Don Balon said...

Yaa..D-zul Senjakala is back..

Seram gak woo.. kalau den mula la pindah dorm lain..harhar

tapi bila aok sekoloh sesma D-zul..?
aok buat A-level ke?

S.YanaZ said...

Dzul Senjakala,

N3 nihh mmg layannn.
Walauponn aku baca tajuk dan ayat terakhir...

Waaaaaaaaaaaaaaaa!Cerita 'Ghost Story'...

l.i.f.e said...

arghhh cilakak!

kakak baca citer ni pukul 2 pagi ni :|

*nyorok terus bawah blankie*

man_helang said...

bro...mayat bayi tu umo dia berapa??? kalau ikut dr drama pementasan ko tu, si zang ke bapak dia??? mcm best aaaa cite konih, leh aku ciplak tak...mane tahu aku kene wat pementasan waktu alumni nanti...

rahimin idris said...

ke patung mayat bayi tu ada kuasa bateri macam iklan bateri tu? hihihi

yoshz said...

Perrghh...ngeri siut.
Kalah pengalaman aku bertemu hantu tisu. Lepas bakar tu takder ape2 berlaku kerr?

man_helang said...

wei min...aku ingat patung tu takde bat. la, cuma aku rasa patung tu patung chucky dlm cite child play...

rahimin idris said...

man helang,
patung child play boleh jadi juga. kira cerita dzul ni child play 8 la kot.

Dzulkarnain Mohamad said...

don,
hmm..nak pindah mana laie..
situ la tempat berjerih setahun bermatrik.

s.yanaz,
haha..bukan aku tak tau.
kau memang..memang..
penakut

akak life,
tak terasa 'dia' tumpang sekali ke?
cuba jeling-jeling skit kat kaki katil..

man helang,
tatau umo brape da..br lahir aa mcm tu..
best la kalu tak takkan dpt no. 1, zang jadi ketua setan ja..dia pakai baju hitam bermantel n bertanduk..
bapak budak tu hero drama la..dia baik2 aja..

rahimin,
hah..takde bateri beb..jenis yg takde bateri..
gelabah wei..

yoshz,
ada..lepas bakar ada lagi yg mimpi jumpa bayi berkafan tengah ngintai ikut tingkap..

man helang, rahimin,
entahnye..mcm chucky pun ada..
tapi naik takut jugak wei, sbb member2 aku mmg nafikn benda ni cuma main-main.
zang la yg ketua p bakar chucky tu..

Maisarah Khairi said...

demmm,meremang bulu tengkuk aku.

Dzulkarnain Mohamad said...

maisarah,
hehe..tak tahu la cemana chucky tu boleh gerak ke katil lain.

tu le takleh main2 gitu..mcm puja2 pulak..tak sangka boleh jd g2.

ARC said...

kat skola aku dlu cmni gak
tp bukan cter mayat bayi
wat potongan klik PHSM
malam tu mendapat~