Tuesday, August 12, 2008

ustaz diserang jin

Laporan harian metro beberapa hari lalu menarik minat aku berkenaan serangan balas jin ke sekolah berasrama di Malaysia. Dalam beberapa bulan sahaja ramai pelajar sekolah menengah berasrama diserang jin sehingga menyebabkan histeria.

Menurut Pengamal perubatan Islam Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malik Ladzim al-Azhari, punca histeria termasuk tekanan perasaan, lemah semangat serta gangguan makhluk halus. Selain punca itu, memasuki ke tempat yang tidak diduduki manusia seperti hutan dan pelajar berkenaan sudah ada gangguan seperti saka atau disihir turut menjadi penyebab histeria.

Menurutnya, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh dilakukan setiap individu terutama guru jika pelajar diserang histeria akibat makhluk halus dengan bacaan ayat suci al-Quran.
“Antaranya ialah menempatkan mangsa secara berasingan dan merawat mangsa pertama terkena histeria terlebih dulu dengan membaca Al-Fatihah, Al-Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq, Al-Nas dan Azan setiap satu tujuh kali dengan suara lantang di telinga mangsa.
“Perintahkan jin keluar dari tubuh mangsa dan selepas itu pulihkan mangsa lain,” katanya.

Itu kenyataan oleh pengamal perubatan...

Ini pula kisah ustaz diserang jin..

Orang alim tahap ustaz pun pernah kena serangan macam ni. Kisah ni pernah diceritakan oleh mak aku beberapa tahun lalu. Tak ingat pula aku dia dapat dari rancangan tv atau dari kuliah agama yang dia hadiri.

Seingat aku dia dapat daripada kisah benar seorang ustaz yang pernah memberi kuliah agama di kampung kami.

Masa tu lebuhraya pantai timur (lpt) yang menyambungkan karak hiway ke kuantan baru saja siap dibina. Lpt memang gah meniti dari bibir ke bibir pengguna lebuhraya. Bukan sebab kehebatannya tapi sebab kualiti pembinaan yang tak cukup bagus. Aku rasa elok lagi kualiti jalan jengka berbanding lpt. Sampai sekarang pun, aku yang kerap gunakan hiway tu masih lagi dapat merasai jerih deritanya.

Lpt dibina lebih kepada fungsi untuk mendapatkan laluan lurus dan perjalanan lancar sahaja. Memang bergegar kereta bila lalu tambah2 kalau tahap kereta aku. Kalau macam pajero Rahimin Idris boleh la selamba redah, sebab dia pakai tayar lipan tambah pulak kusyen dia aje dah siap pasang spring.

Pasal kualiti tolak tepi dulu. Nih, baru je dibuka dah siap macam-macam cerita seram yang meniti dari mulut ke mulut pasal hiway tu. Pernah juga ada yang terserempak orang bawak keranda tepi jalan. Nampak askar berkuda la. Ah, pendek kata macam-macam alkisah. Eksiden pun dah start. tak silap aku masa tol belum beroperasi pun dah ada eksiden kat hiway tu. Entah apa sebab aku kurang periksa.

Ok, start balik kisah ustaz,

Masa tu, ustaz pun macam pengguna lain. Dia pun baru jugak gunakan lpt untuk ke kuantan. Untuk urusan apa aku pun tak tau. Masa tu remang-remang nak ke malam. Ustaz pandu kereta berhati-hati dan berhemah..

Saya pandang cermin pdg belakang. Saya ternampak ada benda putih terbang2 kat belakang. Kejap kiri kejap ke kanan. Saya betul2 dah cuak. Dada saya berombak. Ibarat dihambat tsunami cinta. Saya genggam stereng. Baca Al-Fatihah dan tiga 'Qul'. Bile time nak masuk tabbat yadaa' mulut saya terkunci. Suara pun tak keluar. Saya gamam. Padan muka dah lama tak baca Muqaddam...hoih..hoih, apa yang kau pegi copy cerita hantu tisu Yoshz nih..

Ustaz pandang cermin pdg belakang. Apa yang dia nampak amat memeranjatkan. Darjah kealiman dia pun dah tergugat. Ustaz sempat gosok2 mata dan menampar-nampar pipi. Takut juga dia kalau-kalau dia bermimpi di senja hari. Ustaz amat yakin apa yang dilihat mengekori keretanya adalah jelmaan jin. Berdasarkan ilmu pengetahuannya kawasan hiway yang asalnya hutan berlembah dan bukit begini memang kawasan tempat tinggal jin. Mungkin jelmaan jin tersebut memarahinya atas sebab-sebab tertentu atau cuma menguji imannya.

Ustaz masih berada dalam gear 5. Ustaz tekan pedal minyak kuat-kuat. Tapak kaki ustaz dah merapat ke lantai kereta. Vrooooommm.. Kereta ustaz memecut laju..100, 110. Ustaz dah berubah. Dia dah jadi Tuo Hoi pulak dah. Kereta dia dah jadi macam AE86 Trueno nak ambik lap dekat Qiuminshan(ah, aku tak minat fast and furious..impak maksima lagi la..)

Ustaz.. ni dah limit..jgn kena speed trap pulak. Ustaz cemas. Apa nak jadi, jadi. Speed trap ustaz boleh bayar tapi benda alah yang tengah mengejar ni bukan main-main. Vroommm..115..120..

Jin terus mengejar dari belakang. Semakin laju kereta ustaz semakin rapat jin mengejar. Muka ustaz dah naik biru. Dah macam-macam ayat dia baca tapi jin tetap mengejar.

Kali ni jin dah tak beri peluang. Jin tu terus memintas kereta ustaz dengan hilaian yang menyeramkan. Ustaz hanya sempat mengerling sedikit. Dah tak kuasa ustaz nak larikan diri lagi. Ustaz mengalah. Kali ni kalau kena rasuk pun dia pasrah.

Ustaz terkesima..

"Hebat juga gen2 nih..kereta baru keluaran Malaysia. Kalau ada pitih lebih. Aku pun nak sambar satu.." bisik ustaz seorang diri di remang senja itu..

12 comments:

Don Balon said...

Cheh.. koi ingat apa tadi..
saspen kali ke 18 la aok ni D-z..

Tapi sebenornya Gen2 tu ringkasan dari Gelangi2..heheh

Ojie said...

bro, aku br nk amek feel..ingat kesah seram bebetul..aku dh start letak bantal blkg aku dh td..huhuhu..

man_helang said...

cheh...mati2 aku ingat cite hantu betol...akupun ade experient cam ustaz tu...ade moto takde lampu pakai baju putih...aku pecut abis kete kancil aku, lalu kat sebelah aku jeling tengok ade pale ke idak...nasib ade pale...ha ha ha...punya penakot...selalu aku dngar lpt berhantu....

hajime said...

yg aku tak tahan siap copy paste cite antu yos!
dem2...

denanz said...

peehh! jin punya gen2. huhu.

rahimin idris said...

tayar lipan aku pun terpalit sama? zul, zul hahaha

yoshz said...

Hmmm...agak2 kalau saya saman kamu paling byk berapa kamu sanggup?

Hahaha..cerita ni lagi bahaya dari hantu tisu.Boleh menyebabkan kemalangan.Demm..tertipu juga.Karma telah menghukum saya.

p/s: dari dulu nak tanya, menerung tu ape?

alif-mikail said...

huhuhuhu..
koi ingat betui2 kes LPT.. warggggggggggggggghhh.. (sambil meng'karate' biskut meri)

Dzulkarnain Mohamad said...

don balon,
haha..
cih, yela2..ambik la gelanggi 2..

ojie,
haha, mujur tak sempat kelubung dalam selimut.

man helang,
haha..ada gak aku dengar cerita kereta gerak sendiri..orang tak ada kat dalam..ah macam2

hajimie,
haha..aku selalu pot kat blog yoshz..blog kau pn aku pot jugak..aku link blog kau ye..

denaz,
haha..gen2 bro..ustaz2 bila bg kuliah mmg kekadang buat lawak..taknak bagi org mengantuk..haha

rahimin,
haha..tayar cap lipan tu..

yoshz,
jgn le saman2 g2. aku copy pastekn dlm entri aku sbb crita antu tisu tu seram..ok la aku mintak kebenaran la utk yg ni..kalau kau tak kasi aku delete la sat lg..

haha..karma jgn tak karma

menerung tu dalam bahasa saintifiknya rusiga, selalu tumbuh di kawasan paya..ada juga menerung yang menghias kolam lanskap rumah..
cubalah google

alifmikail,
haha..jgn la karate biskut meri,
kau kalau nak karate sangat p masuk olimpik, kalau emas boleh juga sejuta

yoshz said...

Padan muka. Ko dah kena tag.
Sila rujuk blog aku.

layankan ajer...

kad0k. said...

aku dengo..pempuan yg kena histeria kekuatan dia menyamai lelaki..betoi ka?

Dzulkarnain Mohamad said...

yoshz,
haha..aku dah tengok..
hmm nak kena buat ucapan tag-tag ke tanak nih?..hmmm

kadok,
a'ah..ada yg cakap mcam tu, ada yg cakap lagi kuat..lebih dr sorang baru boleh handle org histeria..
ntah la aku tak penah terlibat.. dgr orang cerita je