Wednesday, August 20, 2008

makhluk halus menumpang di dalam barang antik peninggalan perang

fasa 4, bandar baru bangi, 1998..

Masa tu kami baru saja berpindah ke rumah sewa ini. Ya..sebuah rumah teres di fasa 4, Bandar Baru Bangi.. Lantaran kami semua dah tak aktif dalam persatuan ditambah masing-masing takde bakat membodek, kami disisih daripada kamsis masing-masing. Ah..nak buat apa duduk kamsis. Bukannya boleh masak sendiri.

Rumah teres yang kami duduk memang biasa-biasa saja. Tak ada apa yang nak ditakutkan. Tak ada pun cerita orang mati bunuh diri atau dibunuh kat rumah tu. Tapi kesuramanya masih bersisa dan kadang-kadang kalau tinggal seorang boleh tercabut gigi menahan takut.

Tarikh mula aku dah tak ingat. Ya la, takkan aku boleh ingat semua perkara. Aku cuma ingat, lepas 'benda' tu dibawa masuk ke rumah kami oleh Mat Le. Gangguan pun bermula. Benda yang aku maksudkan tu adalah barangan antik peninggalan perang yang dimiliki oleh Mat Le.

Seorang demi seorang rakan rumah aku mula mengalami gangguan yang hampir sama..

Aku masih ingat permulaannya.. Malam tu masa aku tertidur di sofa ruang tamu yang dah setaraf kayu. Rakan-rakan lain tidur di tingkat atas. Jadi aku dan Lan sahaja di tingkat bawah. Sedang aku nyenyak tidur tiba-tiba aku terdengar suara Lan meracau seorang diri. Kejap-kejap dia mengaduh. Kejap-kejap dia meraung sambil mencarut-carut. Aku buat tak tahu. Tambah pulak aku nak tidur. Memang aku takut juga masa tu. Tapi tak lama kemudian dia senyap. Aku menyambung tidur. Aku sangka Lan mengigau sebab biasa budak2 rumah kami mengigau. Sampai tersebut nama awek pun ada juga.

Itu waktu malam. Waktu siang pun gangguan tetap ada..

Tak berapa lama selepas kes Lan yang meracau malam tu. Kali ini berjangkit pula ke Mat Le. Waktu tu hanya aku dan Mat Le di rumah. Yang lain dah ke kelas. Aku yang tengah syok baca komik pedang setiawan kat tingkat atas tiba-tiba dikejut oleh suara Mat Le yang menjerit dari tingkat bawah.

Aku bergegas turun. Aku terus menerpa Mat Le. Mat Le tak peduli. Dia tetap meracau-racau.

"Babi...anjing ...mati kau..." jerit Mat Le. Aku pegang bahu Mat Le.
"Aduh..kurang ajar..setan...aku bunuh kau, anjing..jangan lari gampang. Kau nak kemana tu?.
Kalau berani mari sini..bunuhla aku.."jerit Mat Le lagi..

Muka Mat Le berkerut-kerut menahan sakit. Dia berpeluh-peluh. Aku tengok air muka Mat Le dah tak keruan..

Aku tetap disitu. Aku sabarkan Mat Le. Harap-harap dia dapat terima kenyataan..

Aku lihat, jelas didepan mataku bandar perang yang dibina Mat Le habis hancur lebur bahana serangan bom atom. Tentera lawan pun dah mula berduyun-duyun masuk..
Masa tu, game apa lagi yang sehebat Red Alert...

34 comments:

Don Balon said...

Cheh. Koi ingat aok nak teruskan trilogi senjalaka aok..

Koi menyampoh all-out ke game-game strategi ni..
bukan apa.. menyampoh tengok member 23 jam mengadap komputer..
pastu syok sendiri konon-konon takluk dunia.. pirrahh..

Dzulkarnain Mohamad said...

don,
haha..ntahnye..ntah apa yg org dapat dgn game aku pn tak tau. suka sangat bila menang. terhegeh-hegeh.
p/s- ah, aku pn main gak..

yoshz said...

Cilaka kamu Dzul,

nanti aku hantar Tanya bom rumah kamu!

Chew on this!! Pow pow pow!!

Umie said...

Salam menyinggah..chaitt,tertipu plak haku..ingatkan betul2 cerita seram td...huhuhu.. tp syiok oo main game nie..aku laki bini duk layan game...muahaha

rahimin idris said...

eh, lupa nak cakap. aku baru beli CD red alert. tapi sekeping je. stand by untuk bulan puasa! aku ingat nak try diablo pulak la!

man_helang said...

hampeh tul...gaya penceritaan cam yoyo jek...

alif-mikail said...

dzul..
mana komen koi tadi??

Dzulkarnain Mohamad said...

Yoshz,
hahaha..wei aku dah siap pasang tesla coil..
power plant pun dah berselerak..kau nak bawak mammoth tank pun aku tak peduli.

umie,
hahaha..boleh mengeratkan hubungan ape..nak cpt menang selalulah guna weather storm..haha, singgah kalu..aku link la..

mie,
hah..aku lama dah tak layan game..solitaire pn dah tak main.

man helang,
haha..nanti aku nak belajo gaya hikmat pedang pulang ke asal pulok..haha

alif,
eh..kau ada antar komen ke td?..apesal tak kuar ek..serius aku tak tau..antar smule la

Maisarah Khairi said...

aisehwoman,
baru nak suspender,siottt je.

p/s : naik jugak bulu tengkuk sebenornye. ;D

Dzulkarnain Mohamad said...

maisarah,
haha..tak mau la bg awak seram sokmo..nanti tak boleh tido pulak..hehe

hajime said...

prengset lu...
aku antar sebanyak apc yg mungkin...
dlm nye sume tanya...

S.YanaZ said...

Oooooooooo...patut laa awekz2 suka lelaki antikk...ada makhluk halus rupanya kat deranggg.

Baguskan pemahaman gua ttg N3 nihhh.
",

Dzulkarnain Mohamad said...

hajime,
alamak tanya pow-pow lagi..
tak kisah! kau belum sempat antar..aku punya atomic bomb dah siap..aku nak tuju tengah2 antara war factory n barracks kau. yang kau pegi susun rapat2 wakpe..
tiuuu..bommm!!! kahkahkah

s.yanaz,
macam jugak barang-barang antik. Orang antik pun ada harga tinggi.
Apa yang ada harga tinggi mmg selalu dikejar orang.
ko faham isi tersirat yang aku sendiri tak tahu..fuh!

hanis said...

salam...

tertarik gak nak join siri seram2 manje ni... ahaks! share link yuk

Dzulkarnain Mohamad said...

hanis,
link kan aje..aku tak kisah..hehe

hajime said...

xpe...
tanya2 aku dah siap...
ko bom gune nuklear pun tanya2 aku mati separuh jer...
diorang hebat!
ha ha ha ha!
chew on this!

pipiyapong said...

ni buat keh nak pijok aok ni..

Dzulkarnain Mohamad said...

hajime,
woi..strategi yg kau guna nih mmg mcm hampeh. Mana aci pegi load Tanya byk2 masuk a.p.c..lepastu serang.
takleh jadi, kena stenby tesla coil bebykk mcm nih. bakar tanya2 kau sampai tinggal tulang.

pp,
hahaha..aok pn nok kena bakor dengan tesla coil?..hahaha

Rynn Cowbra said...

ciskek!

penat aje rase seram sejuk.

geler sonok betui menang dulu.
rase cam hitler lima saat.

muahahhahahahha!

Dzulkarnain Mohamad said...

ryn,
haha..syokkan game nih..sampai skang pun ada ramai peminat lg..

kau pilih German mmg rasa mcm tu. Cuba kau pilih Jamaica..

ijad said...

salam... tak nak join gath ke...

Dzulkarnain Mohamad said...

ijad,
mcm tak dapat join la..takpe, kita gath kat blog kau aje..ada masa kita jumpa..

Rajuna said...

tiba2 kau ubah tune ye?
siot,
mati2 aku ingat kesah seram!

Dzulkarnain Mohamad said...

rajuna,
hahaha..macamane pulak dengan tune pengundi permatang pauh?..

poyotito's said...

aok penah kena Tendangan Tanpa Bayang?
keh tanya ikhlas nih

Dzulkarnain Mohamad said...

smpai skang keh confuse aok ni keturunan pendekar laut ke, wajar timur, sang harimau kumbang, penjejak badai?..

ce bagi clear skit bior senang keh nak tempeleng..

akumasihdisini said...

cis cis cis dan cis...main game upernya...buang masa aku jer baca...he he he

Dzulkarnain Mohamad said...

akumasihdisini,
budak lelaki mesti pandai main game ni!..haha

Mogen Ali Rico said...

aku rasa mcm nak bom jer rumah sewa ko tuh..bak mari alamat..grrrrrrrrrrrr...

Dzulkarnain Mohamad said...

mogen,
hahaha..jgn la bom,
kami juga perlukan tempat tinggal dan perlindungan..

HeNtAM.SaJElaHhh said...

eh aku rasa mcm penah komen jek kat cni...

Dzulkarnain Mohamad said...

hentam,
haha, eh ye ke..

Daus said...

red alert gua main last red alert yang ada yuri tu..lama gila beb..

Dzulkarnain Mohamad said...

daus,
yg ada yuri tu lg best..sebab yg tu versi update drpd yg lama. lepas dr tu aku tak tau..dh lama betul tak main..byk kerja n sibuk..