Tuesday, September 23, 2008

tig tag sebelum balik raya

15 weird things/habits/little known facts about me :)

rupa-rupanya seronok juga cuti jumaat sabtu sebab khamis petang aku dah boleh balik cuti raya..huh..sonok tak hengat boleh puasa 6 hari g kat umah. cuma tak dapat nak berblog je.

skang cuma nak setel hutang kat sorang awek cun maisarah khairi, potato yang bukan kentang dan daus kalau nak pegi rumah dia kena beranyut dulu..sbb deorg dah tag aku beberapa hari lepas..
*********

State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.- The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts.- No tag backs (as in once I’ve done this, please don’t tag this exact tag again)
*********

1. Setakat ni, aku cuma bersahur nasi 3 kali, bersahur air milo dan roti 1 kali, bersahur milo 18 kali,tak bangun sahur 5 kali.

2. masakan yang paling aku suka adalah masakan mak aku. mak, kome nak balik esok weh..

3. aku amat mementingkan sentimental value. sebab tu tak ada perubahan langsung pada kereta satria merah aku sejak dibeli lebih 7 thn dulu. aku hanya bubuh tinted cerah lulus jpj. apa kelas tinted hitam. kereta aku tak ada sport rim,tak ada spoiler batman. tak ada body kit ape benda entah. tak ada tukar warna baru, tak ada kusyen sparco. tak ada ekzos besar yang bapak kucing pun boleh tido kat dalam dan aku tak minat satria convert GTi ok.. enjin turbo? eh, apa benda tu?

4. aku sukar untuk membuang segala kenangan aku. tak kira kenangan apa pun sehingga kadang-kadang mengganggu hidup aku. motor honda c70 lampu empat segi masih ada di kampung walaupun dah ramai yang tanya untuk beli. aku selamba jawab. duit boleh dicari, tapi kenangan masa lalu bukan boleh dinilai dengan duit. bila jejak kaki ditempat yang ada sesuatu dalam hidup aku. aku mudah mengimbau saat-saat indah masa lalu sampai kadang2 boleh menyebabkan aku sebak. terutama sekali stesyen keretapi lama jerantut. korang tak payah la ambik tau. kalau aku rajin, aku cerita sendiri la nanti..

5. aku suka minum teh..tak kira teh tarik atau teh biasa. tiap-tiap pagi mesti pekena. aku pn tak pasti apa effect dia pada kesihatan. kadang2 sampai lebih sejam baru aku boleh habiskan secawan.

6. aku tak merokok. ada sebab kenapa aku tidak buat hal ni. mungkin sumpahan. sebab aku pernah terai tapi erkk..sungguh tak sedap. mungkin juga satu sebab..arwah ayah aku tak bagi aku merokok, sementelah dia pn boleh berhenti merokok. jadi, sejak aku lahir aku tak pernah lihat dia merokok. dia hanya benarkan aku merokok bila dah kerja dan ada duit sendiri. alang-alang tak merokok baik aku teruskan sahaja. rupa-rupanya idea arwah ayah memang hebat.

7. bila memerhati sikap manusia kadang-kadang aku suka berteori dan boleh menyebabkan aku sendiri kagum dengan teori-teori aku. sayangnya aku tak catat dan menyebabkan ia hilang bersama angin lalu. lagipun aku cuma orang kecil. siapa pula yg hendak mendengar teori aku. hahaha. aku rasa korang pn sama macam aku. suka berteori kan?

8. aku sudah tua untuk beromantik2 dan bercinta2. bagi aku masa tu dah sampai ke penghujung. sudah tiada masa untuk aku menjadi seorang penjaga hati sampai koma. bagi kamu, adik2 aku yang belum mencecah 30 thn aku nasihatkan berhati2 dgn cinta. jgn lama2 sangat. kalau rasa sesuai suruh mak meminang awek yg kamu minati tu. aku pasti mimi kamu (yoshz?)menanti dgn penuh harapan. betul aku cakap..

9. aku seorang yang amat sempoi dari segi berpakaian. ah, kolot betul aku. tapi rahimin lagi sempoi. dia boleh simpan rambut panjang lagi. itu hari pernah sekali dia pegi meeting dengan rambut panjang dia. jurutera daerah siap sound bos tanya dia bawak sapa?. kahkahkah..pecah perut.

10. dulu-dulu aku pernah 2 kali kena ikut kursus Biro Tatanegara..ah, bosan siut. ada sekali tu group aku pompuan sesaja..3 lelaki 14 pompuan. hah..apa lagi..

11. aku pernah menjadi saksi satu kes berat yang mana suspek boleh dipenjara maksima 25 tahun. ah..sungguh risau menunggu saat-saat dipanggil mengadap untuk memberi keterangan di balai polis. rahimin tau ni tapi kau diam je ok.. sbb aku nak entrikan lepas2 raya nnti..

12. aku tak pandai menoreh getah..ah ruginya..

13. aku tak suka tandas duduk. eee geli aku.

14. aku pernah memenangi hadiah untuk satu pertandingan memancing walaupun aku tak dapat menaikkan walau seekor ikan karin pun. hebatkan aku. masa tu, juara boleh membawa pulang sebuah motosikal. ya..aku memenangi hadiah hamper utk cabutan bertuah..hahaha.

15. aku geli katak dan ular tapi aku bukan penggeli cacing. aku boleh pegang2 cacing tanah..mmm syoknyee cacing..


aku nak tag;
1. akumasihdisini
2. radiusf
3. yoshz
4. man helang
5. bro denanz penulis tersohor
6. umie lifestyleaku

dan semua yang baca entri ni lepas tu belum buat lagi tag jenis ni. aku tau korang ni byk cerita. saja malas nak tulis. kalau malas sgt buat 7 sudah takyah 15. weh, takkan takde cerita mengorat awek masa zaman tadika dulu..hahaha


SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN...

Mana la tau ada komen-komen atau entri aku yg bikin sakit hati kamu(mmg ada pun)..aku minta maaf byk2 pada kawan2 blog ye walaupun.. suaramu tak pernah kudengar..wajahmu tak pernah ku lihat(gambar je..hehe)..pelempangku tak pernah kau rasa..




26 comments:

poyotito said...

gua pun tak suka tandas duduk wei!
gua selamba cangkung je tandas duduk pun. mana true berak duduk.
HA HA


weh, kome pun balik esok jugek!!
tengah packing2 nih.

HEH!

Umie said...

weh..ampehs ko tag aku erk!! papepun slmt hari raye!!! hehehe

Hajime said...

ah!
seorang yg sentimental...
(terharu sambil menepuk2 bahu dzulkarnain mohamad)
hmm...
nanti aku wat tag ni gak...

Daus said...

wei,tak true le balik kg awal2 wei..balik mlm raya le tengok..amacam?

Rahimin Idris said...

woi, ko lupa satu benda pelik ko. ko takut kerbau. hahaha

Hajime said...

pergh!
takut kerbar?

Ojie said...

kenapa rasa sedih tu muncul bila baca tag ko neh..huhu

aku pn dh tua nak cintan-cintun brader..tader masa dah sume bende tuh..pikir diri sendiri lg bagus kan..hahaha

yoshz said...

Asal ko mcm sedih tulis tag ni?
Haha. Pasal tandas cangkung pun nak sentimental.Thx 4 the tag. kalau rajin aku buat lah..

SELAMAT HARI RAYA!!

dzul said...

potato,
entahnye..tak tau lak aku sape yg cipta tandas duduk. aku pn mcm ko fikir mcm ko la..

ada balik cepat boleh jugak kurangkan jem kat jalan..

umie,
haha..aku pn nak tau jugok pasal budak marketing..glemer nih set2 nih..

hajime,
kau jgn tak tau..aku sentimental dgn diri aku sendiri je. aku bukan jiwang ye. kat luar org tak nampak aku mcm tu. nampak mcm org lain jugak. lagu jiwang aku tak layan..
aku suka tengok dokumentari..man vs wild, dont tell my mother..ha..mcm tu..

daus,
balik malam raya?. baik lu terus melencong ke jeram perahu ulu tembeling p menjaring ikan..

rahimin,
woi mana ada aku takut kerbau. itu hari aku selamba je pegang tanduk sambil tepuk2 kepala dia. tp dekat pasar jerantut la.

hajime,
mana ada..tapi bebaik skit kalau yg ada anak kecik. aku ckp betul ni

ojie,
kau tersentuh ngan point2 aku tu ye. cintan cintun nih kalau sekali penah all out mmg lepas tu dh rasa malas layan..hahaha

yoshz,
mcm sedih ke? aku tak sedih2 la..mcm biasa aku jugak. mungkin ada point2 yg sedih2 skit mmg sbb aku teringatkan sesuatu..haha.
SELAMAT HARI RAYA jugak..

MakcikMuda said...

aisehh!

sunyi lew nanti incik dzul xde kang.

same cam aku lew.

disbbkan aku seorang sentimental,aku TERjadi seorang Obsessive compulsive hoarder.

dzul said...

rynn,
Ish, betul ke orang2 yg sentimental boleh terkena sindrom nih. Aku kurang faham dengan sindrom Obsessive compulsive hoarder, tp tak silap aku ni pun masalah kecelaruan jugak nih..boleh jelaskan x?

l.i.f.e said...

selamat raya gak dzul...kim salam kat kakak kamu eh, walaupun mungkin sama2 tak ingat siapa.

berhati2 dijalan raya ok

dzul said...

life,
selamat hari raya..nnti saya tanya dia kot dia kenai akak.

pagi ni miting pastu terus balik. tengok..masa suntuk tu la nk wt miting..hish

man_helang said...

canteekkk...masuk ko dah 5 org aku utang tag...lps raya ok...selamat beraya...

Fadh Rahman said...

apasal laa ko tag aku...baru jer aku komen kat blog rahimin cakap aku tak pernah merasa kena tag...ko macam tau2 jer...nanti laa aku jawab tag ko tue...nie pun ada 4-5 entri tak publish lagi...pas raya laa kot...sekarang nak publish entri raya dlu...

fadzil hafiz said...

nanti gua tunggu lu punya cerita pasal stesen keretapi tuh!!!gua mmg nak dengo....

dzul said...

man,
lagi kau tunggu lagi ramai yg tag. lagi tertekan. baik cepat2..hahaha

masihdisini,
hoh,lepas raya pn lepas raya la..nak kenai cikgu bera nih.

padelkopak,
itu cerita jiwang..gua rasa nanti lu mesti termuntah..tengok la..hahaha

Rajuna said...

er
ni dah kawin belum nih?

dzul said...

juna,
gua belum kawin g, nikah pn belum..

Denanz ... said...

dzul, lepas raya la jawab tag. ni nok mintok maaf kalu ada komenc2 yang kurang selesa dibaco.
selamat hari raya.

kad0k. said...

samala kita bro..br beberapa kali je sahur...selamat hari raya..:)

MakcikMuda said...

entah ko bace neh ke x.

obsessive hoarder adalah manusia yang berkecenderungan utk menyimpan benda yang tak pakai/tak guna sbb kita rasa a)ada gunanya pada masa akan datang b) sentimental values.

sehingga menyebabkan rumah/bilik atau apa2 saja adalah payah utk dikemaskan.

contohnya aku.
kad raya,hadiah besdei segala macam dr aku kecik sampai sekarang aku simpan. baju gown mamma beli masa aku lima/enam tahun aku masih simpan. bukan muat pun lagi.

inbox hp aku dah lebih separuh terisik msg yang dr tahun dulu lagi aku x buang. kat email lak,ade satu folder email khas yang diberi oleh kawan2. setiap kali diorang anta email,mst aku remove masuk folder tuh.

ko tau x,botol air bertulesan arab yang aku dapat masa g umrah dulu pon aku masih simpan. sbb aku xtau bila aku leh g sana agik.

Unknown said...

kelakar seh

Unknown said...

salam,

esok nak hari raya dah. tapi makcik keja hari ni. saja nak buang masa kat opis (keji banget neh). Hehe. Makanya makcik tumpang la baca blog encik ni.

Selamat Hari Raya :)

dzul said...

bro denanz,
xdehal la..aku pn nk mintak maaf dgn bro.

kadok,
hehehe..selamat hr raya..aku dh start keje. kau ni engineer civil ke? nak jugak tau nih..dh lama nk tanya.

rynn,
terima kasih banyak2 la rynn..aku ada jugak google kan nih..mmg sama dgn kau cerita. ada gambar2 bilik serabut lg dia kasi.
aku pn ada sikit2 mcm ni. sayang sangat aku nak buang barang-barang lama ni. kadang-kadag bila terpandang terus aku teringatkan seseorg yg berkaitan dgn benda tu atau sesuatu peristiwa..

ibrahim n,
hahaha..kau baca entri ye? rakyat malaysia rupanya ada byk cerita kan? aku pn suka baca pengalaman org lain..

kema,
hehe..takpe la..nanti aku link blog kau..

FarhanaLicious said...

aku sudah tua untuk beromantik2 dan bercinta2. bagi aku masa tu dah sampai ke penghujung. sudah tiada masa untuk aku menjadi seorang penjaga hati sampai koma.

erk. dulu penah ada org kata macam tu kat saya. ah, sedih.