Monday, October 6, 2008

hantu raya??..

kedai makan depan petronas memang pilihan utama aku untuk makan. malam ni hari pertama aku makan lepas sebulan berpuasa dan balik dari cuti raya. rutin makan aku kembali normal. pukul lapan lebih sikit bergegas la aku ke kedai tu.

kedai tu tetap meriah macam biasa. duduk saja aku terus order nasi goreng sotong. lambat memang lambat, maklum la ramai juga orang. aku duduk sorang diri. buat tak cakna dengan meja sebelah menyebelah yang penuh sesak.

ramai juga yg tak suka keadaan macam ni. keadaan makan di kedai seorang diri. tak ada regu bersembang. sebab tu ramai juga yg bungkus bawa balik. aku buat muka tak tau. buat apa aku nak kisah. aku pun bayar juga. lambat pun aku tunggu sambil2 tu layan sms sepam dua.

lebih setengah jam aku menunggu baru nasi goreng sampai. aku boleh sabar lagi. sbb bila kita pilih kedai untuk makan. kita sepatutnya redha dengan kelambatan service. tak payah la gertak2 pekerja kedai makan(aku memang kerap tengok kes gertak2 ni)..rasanya baik tak payah la maki hamun atau perli-perli budak2 yg ambil order atau yg buat air sbb diorang pun ada perasaan jugak. kalau kutuk2 deorg gitu depan orang ramai korang tau tak apa yg bakal deorang buat kat air yg korang order tu?..

adik hantar order senyum hantar nasi goreng aku. aku pun senyum. manis betul senyuman aku dan dia. aku tak marah2 walau pun dia lambat.

nasi goreng aku suap ke mulut. sedang aku enak kunyah-kunyah dan telan nasi goreng yang bercampur sotong tu. mata aku tiba-tiba menangkap satu kelibat lembaga putih. aku cuba perhati betul-betul. ya..tak syak lagi. memang bukan khayalan. memang realiti yang harus aku telan.

hingar bingar pelanggan di meja bersebelahan langsung tak mengganggu tumpuan aku. tekak aku meloya serta-merta. badan aku mula melemah. Tanpa suara aku lambai adik ambil order. dia datang dekat aku dengan wajah penuh persoalan..

"pssst..adik, adik nampak tak tu?"..aku berbisik sambil menuding jari ke arah lembaga putih tu..
"mana?" tanya dia dengan suara hampir-hampir tak kedengaran...
dub..dab..dub..dab..jantung dia berdegup kencang..

"tuuuu..cuba kau tengok betul-betul.."sambungku berbisik..

"yaa..betul..saya nampak, saya nampak!!.."mata adik ambil order terbeliak besar..dia hampir-hampir tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

p/s - Wei..tau la demam raya belum habis. tolong la basuh sayur, lada, sotong, daging tu betul-betul. nak termuntah tau tak kalau ada ulat lalat kat dalam nasi..hantu raya betulll!!!

33 comments:

hajime said...

wah!
ko kembali angker!
sukak2!

poyotito's said...

peh..itu renga tu tak salah gua nama dia..

betul loya beb!

Ojie said...

almk kalo mkn tuh kan ko dh boleh masuk fear factor..hehehe

akumasihdisini said...

tue pakej laa...sama laa jugak dengan sotong, udang dan lain2 yang dimasukkan sekali dalam nasi goreng tue...ingat senang ke nak merasa masuk fear factor?...

rahimin idris said...

hoh, berengga tu. kalau menetas dalam perut ko bakal jadi lalat-man!!!

Daus said...

ulat lalat kira makanan juga beb..sotong dia dah nak habis kot..tu yang dia ganti dengan ulat lalat tu..haha

alif-mikail said...

angker ganjil sungguh!

BUKAN takat loya.. mau muntah beb!

erk.. loya dengan muntah lain ke? ehehhe

Kema said...

woo! bnyk protein tuh!

haha!

padelkopak said...

aduh!!!bikin suspen la lu...aku pon da cuak giler td...huhu...hampeh...

denanz said...

ishk ... potong stim betoi. rasa macam dah tak nak makan kat kedai. masok sendiri lebih terjamin.

ijad said...

keadaan kedai kena ambil check dulu..sebelum kita order makanan...

yoshz said...

sembur dgn sheltok! sembur dia!
wahahaha!! aku pun pernah jumpa masa makan nasi lemak ayam rendang. pokemon betul...

p/s: ko sama ngan aku boleh makan sorang dekat kedai banyak org. mampos la org nak pikir aper..

Dzulkarnain Mohamad said...

hajime,
mana cerita pakcik yg selalu ada kt umah kau tu?..tak sambung2.

poyotito,
belum jadi berenga lagi kot..yg kecik2 halus tu..yg selonggok tu..mual aku.

ojie,
fear factor pn x bg contestant dia mkn benda ni. ulat nipah boleh la. itu hari aku tengok dia blender ulat besar lepas tu kasi org minum. kau pn tengok kan..

akumasihdisini,
hee..mmg koi tak pnah kena lg mcm ni kat kedai tu. bweekk..hilang selera koi.

rahimin,
huh..aku selalu kena ulat bulu yg selalu lepak kat hujung daun pelepah sawit..gatal ya amat.

daus,
teruk la dia..bagi gua makan ulat. gua dah panas masa tu.. mujur gua tak kecoh..kalau tak, habis la semua customer dia lari..

alif,
loya dgn muntah lain la..loya tu setakat kembang tekak je..muntah tu dah tahap keluar isi perut..tahap bangkai!!
p/s- hentah..cuba tanya ojie

kema,
ye ke? ah aku jamin bear grylls pn tak lalu nk makan. kau dah penah rasa ke?

padel,
aku lagi cuak. mujur aku nampak benda alah tu..kalau tak selamat..

bro denanz,
aku mmg sokmo tepaksa mkn kedai..tak sedap la sebab kes cincai2 mcm ni. ajinomoto dah la byk. mak aku kat kg mana guna ajinomoto. jd aku cepat loya bila mkn kt kedai.

ijad,
betul la ijad. aku mmg sokmo ke situ jd aku x kisah sbb bersih je.dh berbulan aku mkn situ. tetiba nak terkena pulak sekali ni.

yoshz,
ko mesti jumpa berengga yg sekelompok kecik tu kan. yg putih je yg belum boleh gerak2 tu. aku jumpa yg tu la.

hahaha..ko pun boleh tahan ke duduk sorg2 kt kedai mkn. aku ingat kau x boleh sbb ko hepi je memanjang..

p/s-aku pun suka guna p/s..hahaha

Redzwan Abdullah said...

huhu... kedai mana tue? taknak aku pergi pasnie... Cerita ko memang suspens... Aku ingat ape la...

Dzulkarnain Mohamad said...

redz,
kedai kat tempat aku kerja skang..
tp bukan kat jerantut city..haha

Qaseh.Darwisy said...

tu baru berengga ko jumpa..yang lg kecik bentuk fizikal dia dari berengga ko belom nampak lagi..mesti lagi banyak..

Amaran kerajaan Malaysia: Pilihlah premis yang bersih..

Dzulkarnain Mohamad said...

a'ah..baru aku perasan..warung tu mmg tak ada tanda kementerian kesihatan ttg level bersih tu

biasanya kat restoran ada tulis A,B,B1..tak silap aku la..

hanis said...

miahahahha... KESIANNNNNNNNN~

man_helang said...

bro...aku pnah bedal telur lalat separuh masak...hampeh tulll kedai tu...nak jek aku suh dia abiskan telur lalat tu...

l.i.f.e said...

betul lah ada budak keje inspektor kesihatan ni cakap "kalau nak makan, cari tempat yang agak bersih kak"...isksss...nasib bukan aku yg kena gitu

aRe You? said...

euuww.....x g report polis ke???

Dzulkarnain Mohamad said...

hanis,
kembang tekak dah..tambah pulak aku dah telan dua suap..gila rasa nak muntahkan balik je..

man helang,
hah lagi sadis..cemana kau tau dah tertelan tu?..tragis betul

life,
aku ni kes nasi dah tertelan..tu yg lagi loya..kalau sempat perati tahan skit kot

are you,
ikutkan hati nak je aku menjerit dari meja aku tu..buat kecoh2 biar org tak datang dah..kira aku ada ati perut lagi aku luahkan kat blog je..

DarabDua said...

gua syak tuh mmg pakej nasi goreng sotong lu tuh.
tp apahal pon! loya jugak tuh klu kena.

Radius.F said...

ko mintak nasik goreng sotong ke nasik goreng lalat?

hajime said...

eh!
aku dah sambung ler...
sile klik label angker...

kasihlatifah78 said...

salam kenah weh...saya dah 2 kali makan kat kedai jumpa cacing... erkkk...tak lalu nak makan...

Umie said...

laa, tu kan perasa tambahan... kalau ko kunyah2 menatang tu lg enak dong!! wakakakaka

yoshz said...

aku dulu lone ranger laa...

Dzulkarnain Mohamad said...

darabdua,
takde perikemanusiaan langsung pakej nasi goreng mcm tu. patut dia kena sedia menu,'nasi goreng sotong berenga'..hambik.

radius,
sotong..tp berenga yg sampai..aku dh 2 mlm x mkn situ oi..

hajime,
cih..cemane aku boleh termiss siri kegemaran aku nih..(sambil menyamar belut elektrik)

latifah,
mak aih..betul punya loya tekak..boleh termuntah terus ni..

umie,
hentahnye..patut aku kena cuba. mungkin tu resepi baru kedai tu. kau tanak cuba nasi goreng berengga?

yoshz,
hehehe..iye ke..
kekadang best juga jd lone ranger. tp kekadang sunyi jugak weh.

Don Balon said...

D-z,
ni doh kira sama taraf dgn kisah mee di semsas dulu..
aok ingat dok pagi jumaat ke isnin masa form 1 yang mee bapok melekitnya berpalut telur tu, ada campur dengan sotong, gu dia air kopi-O..
sebab kelaparan koi tala je tiap minggu..
masa tu koi semeja dengan mat sahar, zainiza, zuki dan dua tiga orang lagi koi dah lupa..
mi dihidangkan dalam besen kecik, satu besen kecik untuk setiap meja..
ahli meja akan ambik pinggan sendiri dan senduk dari besen ke pinggan masing-masing..
satu pagi tu mat sahar gigit punya gigit ingat sotong..bapok liat..
keluor dari mulut tengok2 kepala dan torso cicak..
kita masa tu kalu tak makan berlapor la sampai rehat pukul 11 pagi..
koi tolok kepala dan torso cicak ke tepi koi makan je mee tu..
maleh nok heboh ke meja lain takut wokme lapor tak makan..hehe

ingat-ingat balik koi nok uwekk je..hehe

Dzulkarnain Mohamad said...

don,
uwekk bapok gelinye keh..kalau keh la jd mat sahar..harus terjeluak kat situ jugak. melampau mat sahar boleh steady lagi.hahaha..ke dia termuntah jugak tak pun p kumur2 kt sinki depan tu..hish..

mat sahar langsung tak cerita padahal masa f5 aku sebilik ngan dia..

aok pn boleh selamba redah je..mmg jiwa kental budak2 semsas nih..hahaha

Don Balon said...

Koi tok pasti la mat sahar ke sapa..
tapi kalu check habis batch kita tu memanc tahu cerite tu..
wek,wek,weeekkkkk...

ARC said...

hahahhaha
terbaikkkkk!!!!