Thursday, October 23, 2008

sembang hantu : Latif dan jelmaan di belakang rumah.

Dzul, aku ada sekali sahaja terserempak dengan hantu. entah la hantu ke apa benda. tapi memang aku nampak benda tu. masa tu aku budak-budak lagi. kami berempat sedang bermain di belakang rumah waktu petang.

petang?

ye..petang yang dah nak ke senja.

belakang rumah kau tu macamana?

ah..tak la terang sangat. belukar pun ada juga.

macamana kau boleh terserempak pulak?

masa kami bermain tu, tiba-tiba ada suara memanggil aku dari kawasan belukar di belakang rumah aku tu.

panggil nama?

a'ah..dia panggil latipppp...latipppp.

abis tu kau buat apa?

kami berempat berhenti main. jenguk-jenguk ke dalam belukar tu. lepas tu aku nampak abang aku berdiri kat celah-celah belukar tu. kami pun tak tunggu lagi terus pergi ke arah dia sebab ingat ada apa hal. aku pun cuak juga masa tu sebab pelik juga kenapa abang aku duduk dalam belukar lepas tu panggil2 nama aku macam tu.

kami berempat terus berlari ke arah dia. tapi dia cepat-cepat lari menjauh masuk ke dalam lagi.

maksud kau?

dia lari terus menghala jauh ke belakang rumah aku. kami berempat terus kejar dia. kami nampak dia sebab dia lari-lari macam tu jadi kami sempat ikut dari belakang. dah agak jauh ke dalam kami mula rasa takut dan lain macam. lagipun hari makin ke senja.

kami pun tak agak agak terus pusing balik hala ke rumah aku sebab dah rasa lain macam

lepas tu?

sebaik jejak kawasan rumah. aku terserempak dengan abang aku. bila aku tanya memang dia tak mengaku dia yang panggil kami dan umpan kami masuk jauh ke dalam belukar belakang rumah.
kawan-kawan aku yang 3 orang tu semua kecut perut. hari tu terpaksa la ahli keluarga aku tolong hantar mereka balik ke rumah.

abis tu..kau rasa apa benda tu?

entahla. tapi memang aku ingat betul. mungkin makhluk halus.

iye la kot.

********

Al-Fatihah untuk kawan aku Latif. Dia telah pun bertemu dengan Yang Maha Pencipta baru seminggu yang lalu. hari khamis minggu lepas. terkilan sungguh aku sebab tak dapat berjumpa dia buat kali yang terakhir.

Walaupun kami berjumpa dan berkawan untuk sementara. tapi aku amat menghargai persahabatan ini tambahan pula kami sebaya umur. tuhan lebih menyayangi dia. aku akan sentiasa mengingati idea-idea dan pandangan dia. setiap wang yang dia keluarkan untuk belanja aku makan malam dan kejujuran dia. semoga dia ditempatkan bersama orang2 soleh.

Jika benar pengalaman yang dia cerita dan aku olah sebaik mungkin. itu mungkin juga makhluk Allah yang bersama2 kita merayap di muka bumi ini.

Al-Fatihah untuk saudara Latif.

24 comments:

poyotito's said...

dia la tu..
keh pun pernah dengor cerita camni dari orang kampung..





Al Fatihah..

l.i.f.e said...

Al Fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat

Redzwan Abdullah said...

Al-Fatihah...

Cerita yang menarik, sebagai tribute kepada Latif...

Pengajaran kepada budak-budak yang kuat main waktu senja...

Umie said...

Al-Fatihah utk arwah..adakah ini tribute to arwah???

Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat...

Don Balon said...

Al-fatihah..
dia sakit mender D-z?

alif-mikail said...

Koi memang selalu dengar kes macam ni..

Orang tua panggil hantu senjakala..

Eh! bukan DZUL ada wat cerita pasai senjakala ni kan..?

AL-fatihah.. setiap yang hidup pasti akan mati..

Ojie said...

al Fatihah untuk arwah..
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..

Dzulkarnain Mohamad said...

poyotito,
benda gini banyak juga aku dengar. tapi cerita latip ni aku percaya. sebab bukan dia sorg. dia berempat yg nampak benda tu..apebenda tak tau. tp ni ujian belaka

life,
iyela..aku pn terkejut dengar dia dah tak ada.

redz,
alfatihah, perenggan akhir tu tribute. mmg cerita dia ni aku nak entrikan lama dah tapi aku tak tau nk buat dlm bentuk apa. nih aku buat segmen sembang hantu br boleh..

umie,
bukan tribute jugak..
aku mmg nak entrikan dah lama..

iye..mudah-mudahan dicucuri rahmat. dia budak baik.

don,
dia sakit mengejut..masuk icu jap terus meninggal..innalillah..

alif,
aah..ni pun kes senjakala la..benda tu aku tak tau la spesies apa.

ojie,
iye la..aku pun alfatihah jugak utk dia..dia pergi dulu..

denanz said...

al-fatihah kpd arwah latip.

yoshz said...

Itu mungkin Qarin. Jin pendamping setiap orang. kalau ikut org putih, dia dipanggil Doppler Ganger. aku pun pernah kena.

kasihlatifah78 said...

al-fatihah buat arwah latif tu...

sbb tu dulu arwah tok koi bising sungguh kalo tak masuk rumah waktu senja... kalo senja tu dia kata ada antu pekung ler..taik antu ler... koi masa kecik mmg kecut perut ler bila tok koi kabo gitu...

hajime said...

alfatihah...

valsa nine said...

sy pun dpt news pasal kematian. alfatihah utk arwah pakcik sy dan latip.

Radius.F said...

al fatihah..

biasa la kalau nak dekat maghrib. sbab tu time maghrib takleh berkeliaran kat luar rumah..

org2 tua ckp la..

DarabDua said...

alfatihah untuk arwah.
semoga rohnya diletakkan bersama roh orang2 yang beriman.

akumasihdisini said...

Al-fatihah...moga rohnya mendapat petunjuk dan hidayah dar Allah...amin...

mrblind said...

al-fatihah..

rahimin idris said...

alfatihah..

padelkopak said...

salam takziah...

Dzulkarnain Mohamad said...

denanz,
al fatihah

yoshz,
iye kot qarin benda alah ni..aku pn ada baca kt mastika. tp kebanyakannya kalau org dah mati

kasihlatifah,
banyok la bende nye..tp mmg suka sakat budak2..zaman skang aku lg takut setan yg bertopeng manusia. jaga anak anda dr demeh ni sbb lagi jahat dari hantu sorok2 peel nye

hajime,
alfatihah

valsa nine.
alfatihah

radius f,
alfatihah
ye
biasa mcm tu

darabdua, akumasihdisini, mrblind, rahimin, padelkopak
ya..alfatihah utk arwah semoga bersemadi dgn tenang

manje said...

salam

Al Fatihah utk arwah Latif...

> ngeri benar kite baca bab kejar2 mengejar tu... buat ar benda tu kejar balik... huhu naya nak lari patah balik... takut...

Dzulkarnain Mohamad said...

manje,
alfatihah..kalau kena kejar tak tahu la dorang tu nk ke mana..benda gini suka kacau budak2 la, kan?..hmm

hanis said...

al fatihah...

seram gak eh...
tandanya makhluk halus nak kipnap ler tuh!

Daus said...

al-fatihah.