Thursday, November 27, 2008

Sebuah Kisah Jumaat Yang Menginsafkan Walaupun Berlaku Pada Tahun 1998

"Jumaat minggu lepas aku pergi 'padang mahsyar'."

Tiba-tiba terpacul kenyataan tak berasas Fairuz pagi itu. Muka dia confident semacam. Ajaran sesat mana yg dah masuk dalam otak dia aku pun tak tau. Kalau ayah pin dengar memang nak kena pelempang. Kerajaan langit pun belum sampai tahap pergi 'padang mahsyar'.

"Dzul, kalau kau nak pergi 'padang mahsyar' kau ikut aku masa ke masjid waktu Jumaat nanti."

*****

Khutbah jumaat pun berlalu..aku dan Fairuz tetap setia berdiri di bahagian paling belakang masjid sebab kami datang lambat. Sewaktu iqamat dilaung. Makmum berpusu-pusu masuk. Mencari ruang2 diantara jemaah lain. Bimbang tak dapat tempat bersembahyang.

Aku tetap bersama Fairuz. Tak berganjak daripada kedudukan paling belakang masjid. Kalau Jumaat lepas, Fairuz dapat merasa 'padang mahsyar'. Hari ni aku harap aku dapat juga merasainya.

*****

Iya..sembahyang jumaat kali ini betul2 menguji iman aku. Panas.. Bahang..Hening.. Peluh menitik seolah2 matahari sejengkal dari atas kepala. Tapak kaki pula panas terasa seperti hendak menggelegak.

*****

"Syok betul sembahyang atas dataran tar tadi.. Insaf kan?" Fairuz pandang aku sambil start motor.

"A'ah, aku insaf betul sekarang. Rasa macam nak tolong Tok Siak lipat sejadah."

16 comments:

.farah. said...

lor..mesjid mane tu full sgt org? best tuh.solat atas jln tar.tak penah rasa lagi nih.

mrblind said...

ceh..lain kali datang awal la..baru boleh semayang kat dalam..

dzul said...

farah,
masjid ni dah tak ada sekarang. dulu pernah masuk harakah sbb pihak kerajaan minta masjid ni dibubarkan semua fungsinya kepada rumah flat.

ia bukan berbentuk masjid sebenarnya. bahagian bawah rumah flat tu diubah jadi tempat sembahyang penduduk berdekatan sbb tiada masjid dm kariah ni. tapi bia jumaat mmg penuh sesak.

khutbah dia best mmg sapa makan cili dia rasa pedas la. tambahan pula thn 1998 kes anwar ibrahim kena sack drpd timb pm.

sapa lambat kena stenby sejadah semayang la kat kakilima ke atau tar. kami bawa 1 sejadah kecik. kongsi. cukup utk dahi je.hari dah a ya amat panas.imam baca panjang. cuba la kau try.

oh ye..masa tu dr fadhillah kamsah kerap jumaat di sini sementelah kami satu kariah. cuba la kau teka tempatnya.

mrblind,
hahaha..hari 2 mmg saja fairuz pekena aku. selalunya mmg aku ke dalam. lepas tu aku dah serik. jd aku cpt skit la..

hanis said...

hebat... mmg hebat post kali ini..
ai like..

Daus said...

gua pernah juga sekali merasa padang masyar lu ni..time sujud dia punya penangan memang menangkap..

Umie said...

keinsafan ko nih berpanjangan x dzul??? waakakaka

Umie said...

lupe nak tambah lg..hehehe

Bila ada orang merungut "panasnye cuaca!!" in fact aku sendiri pun kenkdg kuar ayat merungut cenggitu... So,aku akan ckp balik "padang masyar lg panas dari nih...jadi,bersyukurla dgn yg skrg"...

amacam,sesuai x aku jd ustazah??? hehehe

yoshz said...

Aku tau ramai org pompuan tak tau keadaan sebenar masa semayang jumaat. Aku pernah semayang jumaat kat bilik air masjid KLCC. aku ambik suratkhabar buat sejadah.

Ya dzul, aku pergi solat jumaat.

John Doe said...

padang masyar otak ko..
ha ha ha

Radius.F said...

peh, insap aku. sebab tu aku tak suka pergi lewat2 ke masjid masa semayang jumaat.

dzul said...

hanis,
sekarang ni byk masjid yg tak muat bila jumaat. kekadang merata 0rg semayang sampai ke luar. ini betu

daus,
g2 la..org yg alami je tau minggu depan kena dtg cpt

umie,
aah..kalau panas matahari org selalu ckp gitu..aku pn..jarang org banding ngan neraka..

yoshz,
g2 la..btul la tu.. pompuan mmg kurang tau masalah ni.

kadang2 ada juga yg terus x semayang jumaat sbb masjid penuh. ni salahsatu masalah negara sebona eh.

jon doe,
haha, mmg la bukan pdg mahsyar. ape gile ada padang mahsyar kat dunia.?

ini merupakan satu sudut pandangan yg dinamakan metafora..

radius f,
heh lepas tu seingat aku dh x kena. lambat2 pun aku susup sasap jugak mencelah

cikhajar said...

perghhh insaf2... tingat kat masjid jamek org solat kat kaki lima lrt.. culture shock kejap... kalau laa 5 waktu sehari semlm mcm tuh kan best

Darab Dua said...

peh! fairuz nih ada bakat jadi ustat gua syak.
haha~

Rajuna said...

gua pernah beberapa kali semayang di tar gara2 ditolak dari saf oleh pak arab. terpaksa berjalan mencari saf lain. biasa lah pak arab, sikap itu lah menjadi kegilaan gadis melayu.

Rahimin Idris said...

sape suruh datang lambat!

Don Balon said...

Jules,
Aim bek..hehe cakak omputis koi ari ni..

koi pun penoh rasa.. di masjid ar-rahman UM pulok tengoh ujan... tapi jemaah tak berganjak..
koi terharu.. ramai org kita yang masih kuat iman.. Insya-Allah..