Wednesday, July 9, 2008

memori 1993 - hantu asrama putera

"Aku tak percaya la hantu-hantu semua ni. Zaman sekarang mana ada hantu. Woi kau sedar tak sekarang ni dah masuk zaman cyberjaya. Bangun la dari mimpi-mimpi kau tu. Tahyul kau ni memang tak habis-habis dari dulu. Hahahah"..dengan perasaan riak bercampur lucu aku ketawa besar mendengar cerita Megat petang itu.

Ada ke patut dia cerita ada satu kali masa tidur dia kena himpit dengan hantu bungkus. Yang lagi tragis, masa dia berpaling ke sebelah pulak ada seekor lagi hantu bungkus tidur sebelah dia. Maknanya ada 2 ekor hantu bungkus dah himpit dia. Dia duduk diam-diam kat tengah-tengah, kelubung dalam selimut, menggeletar..berpeluh sampai pagi.

"Betul Zul, kali ni memang betul aku tak tipu kau. Cerita tu memang benar-benar berlaku kat aku kat asrama kita masa form 2 dulu." cerita Megat dengan muka kuyu. Nampak benar dia kecewa dengan sikap aku yang tak ambik pot dengan masalah antu dia.. "Haha mana ada antu. bapakla seramnya antu bungkus tu.. tapi pesal dua ekor?.. laki bini kot tengah cari anak hilang.. kahkahkah.." aku menyambung rantaian gelak yang terputus sambil meninggalkan Megat yang masih tunduk menahan sebak.

Waktu tu aku tingkatan 5. Aku pun memang dari tingkatan 1 kat sekolah tu. Sebuah sekolah berasrama pinggir bandar Kuantan. Yang dekat dengan Taman Tas. Yang itu hari pernah masuk paper kes atap makmal komputer runtuh.

Megat classmate aku. Kawan aku juga. Tapi kami betul rapat masa aku dalam Tingkatan 5 sebab dari tingkatan 1 sampai 4 aku tak pernah sekelas dengan dia dan tak pernah juga sedorm. Dia memang tahap pelajar suka masalah-masalah kat asrama manakala aku pulak macam lalang. Ikut sahaja dengan siapa pun aku berkawan. Dengan ketua pengawas yang baik hati tapi ramai anti, dengan Nasir Ketua Badan Pelajar Islam yang suka ceramah-ceramah kat surau atau dengan Megat yang selalu meninja (menyusup keluar secara haram) malam-malam.

Kisah hantu yang Megat cerita sebenarnya sinonim dengan keadaan asrama pada masa tu. Maklumlah banyak cerita-cerita seram yang dah kami dengar dibawa dari mulut ke mulut. Jadi keseraman tu dah menyelimuti asrama kami yang memang dah sedia seram walaupun musim takde hantu (hantu pun macam durian, ada musim gak tau).

Pada masa tu ramai bebudak pompuan terserempak dengan lembaga aneh dan suara-suara misteri dalam kawasan asrama puteri. Ada juga sekali-sekala kes histeria. Kat area asrama putera pula memang tengah kecoh dengan kes toyol curi duit. Entah ye entah tak.. hehe memang nak tergelak la bila aku teringat cerita toyol ni, malas aku nak cerita,.. kang jadi novel muntah pulak orang baca.

Malam tu sunyi macam biasa. Aku pun macam biasa tarik selimut kotak-kotak merah aku kasi tido kaw-kaw punya. sejuk memang sejuk..ahh macam ni la baru sedap tido. Zairul dan Mat Sahar yang berjiran dengan katil aku dah lama berkelubung hanyut ke alaska dengan mimpi indah memasing. Aik? Mat Sahar tak study add math ke mlm nih?. Takkan nak biarkan Mayong Jalal sesorang diri je kat bilik study menelaah sampai pukul 2.

Tengah malam buta entah dalam pukul berapa. Punya la aku rasa seram sejuk sikit.. rasa macam ada benda tarik-tarik kecil rambut aku. Macam bini la kot bila time gatal nak bermanja (macam la dah kawin). Aku pun mula tu okey je last-last rimas gak kena gangguan macam ni. Aku pun angkat sikit kepala aku sebab nak pastikan apa benda. Nampak putih je macam kain dekat kepala katil aku.. Aku pun dongak kepala perlahan-lahan ke atas macam biasa aksi filem seram.. tetiba.. ya Rabbi!! ada dua ekor hantu bungkus tengah berdiri kat kepala katil aku sedang memandang aku. Kedua-duanya berbungkus dengan kain putih sebijik macam mayat kena kapan. Giler ngeri tambah pulak aku tak nampak muka dia.. muka dia tersorok sebab lubang pada bahagian muka hanya nampak gelap sahaja.

Masa tu memang badan confirm lemah..nak angkat tangan pun dah tak ada daya. Aku cuma sempat bertakbir dengan sekuat hati..Allahu Akbar!! dengan harapan hantu tu terbakar la kat situ gak. Aku ambil bantal lepas tu terus baling sekuat hati. Dua-dua hantu terus lari keluar dorm sambil mengilai panjang..

Pagi esoknya..

"Wei Zul..malam tadi aku dengar kau kena sakat hantu bungkus ye?.hahaha.." tanya Megat sambil berdekah-dekah.. Dan aku pasti itulah hilaian salah sekor hantu bungkus yang lari lepas aku baling bantal..

Pagi tu putih tapak kaki Megat aku kejar keliling asrama..

11 comments:

pipiyapong said...

ceh..aok sekoloh semsas tahun 93 sampai bila weh?

Dzulkarnain Mohamad said...

heheh..aku form 5 tahun 93..aok ni junior keh kot..aok thn brape?

rahimin idris said...

ah, zul tu pernah ragging aok pipi, tak ingat? aok nangis kemain lagi..

pipiyapong said...

ah jauh..jauh..tak sempat keh nak ragging dia..

keh spm 2000

Ojie said...

"Aku cuma sempat bertakbir dengan sekuat hati..Allahu Akbar!! dengan harapan hantu tu terbakar la kat situ gak."

gila sakit perut aku gelakkan ayt ko nih..
dapat aku bayangkan keadaan ko masa tuh walopun aku xkenal ko..
hahaha..
adehh sampai sekarang aku xleh nak berhenti gelak..

Dzulkarnain Mohamad said...

pp, cih kalo keh lambat sket je masuk semsas dlm 3,4 thn, memang sokmo keh suruh aok basuh baju, ambik air paneh kt dwn mkn tgh mlm, urut belakang, starlight, beli makanan kt kantin,kemaskan cadar..slamat aok yek

mi, aku mmg harap ngat muka dia la dulu yg aku takut-takutkan sampai nangis..ada iras-iras dh, rupanye bukan..kalo tak dia takleh nak ek dah skang ni..
memang aku pecah je tembelang dia haha

Ojie, wei Ojie..ni cerita betul tau..aku bukan reka-reka..memang aku takut sungguh masa tu..mmg lemah tangan aku masa nk angkat bantal tu..tapi megat respek gak sbb aku tak panik..
cuba kalo aku baling besi mmg dia dh arwah..
wei aku cuba nk komen entri ko apsal takleh?

Ojie said...

bleh la cuma kalo ko dah komen, aku kena approve dulu baru komen ko tuh kuar..
aku dah dpt komen ko ari tuh..
nnt aku mintak izin link engkau ek..

Dzulkarnain Mohamad said...

ok..
Sat lg aku pn nk linkkn blog kau..

Daus said...

haha..baling bantal pocong lari..lawak gila..siap keluar ikut pintu dorm lagi.cilakak punya megat!

Dzulkarnain Mohamad said...

daus,
kalau terbang..hah, tu mmg btul pocong. hehe

farina said...

ceh, ini cite lawak ni..hahaha. Xde seramnyaaaa... XD