Wednesday, July 23, 2008

sebuah iswara dan seorang pejuang reformasi

Tup tap tup tap.. Rupanya kita dah hampir nak masuk ke Bulan Puasa. Kalau tengok pada kalendar kuda saiz comel yang Dian Enterprise bagi kat aku, ngam-ngam 1hb 9 nih dah masuk 1 Ramadan.

Memang banyak cerita yang berlaku dalam Bulan Ramadan. Kau pun ada banyak cerita yang nak dikongsi bersama kan? Tapi aku bukan nak cerita pasal puasa. Puasa lambat lagi..biarlah kita berblogging pasal puasa pada bulan puasa nanti sambil-sambil tunggu masuk waktu berbuka (syahdunye..).

Apa yang aku nak cerita ni, berkait dengan satu kes yang pernah menggemparkan negara satu ketika dulu.

******
Hampir sebulan kes tu berlalu. Hari tu aku macam orang lain jugak. Ronda-ronda keliling Pasar Ramadan di Bandar Jerantut. Bukan nak membeli sangat pun. Apa la sangat keperluan orang bujang macam aku. Dapat kuih serba-sedikit, murtabak.. lepas tu jalan-jalan la keliling.. 3,4 round sambil-sambil cuci mata. Lagi dekat nak berbuka lagi sikit la pahala puasa.

Tiba-tiba...kecoh. Aku nampak segerombolan manusia tengah mengerumun sebuah kereta iswara putih. Ada yang tolak-tolak. Ada yang tepuk-tepuk. Semua orang macam tengah memaki hamun iswara putih. Ish..apa dosa iswara putih bulan puasa gini. Mujur jugak dia bukan bumblebee. Kalau tak, harus dah bertukar jadi autobot macam dalam filem transformer.

Aku susup-sasap di celah-celah kekecohan tu. Peh!.. Ada dua orang budak kecik tengah syok tidur kat dalam kereta tu. Enjin hidup..aircond kereta terpasang pula! "Apasal ni abang?" tanya aku pada seorang brader yang tengah goyang-goyang iswara. "Nih.. entah ke mana mak ayahnya. Dah lama tinggalkan anak mcam ni.."

Memang keadaan huru hara masa tu. Macam-macam cara orang cuba. Ketuk-ketuk, panggil-panggil. Hmh..budak dua ekor tu kemain jugak semacam je tido. Muka dua-dua pun dah naik biru aku tengok.

Aku cepat-cepat pegi kedai jahit yg berdekatan. Mintak pinjam pembaris besi dengan nyonya tukang jahit..harap-harap boleh buat teknik Mc Gyver. Aku passing kat brader yang bermuka paling risau dalam ramai-ramai tu. Dia jolok-jolok pintu. Semua pintu dia jolok. Tapi pintu tak terbuka jugak. Budak kat dalam dah makin nyenyak. "Ah..kalau lama sikit lagi harus tak bernafas terus budak-budak ni.."fikirku. yang pasti masa tu orang lain pun sama berfikir macam aku.

"Ni dah tak boleh jadi..dah hampir sejam!..kita mesti pecahkan jugak pintu cermin iswara ni" kata salah seorang brader yang ada kat situ dengan semangat persis ketua reformasi. Mujur dia tak angkat tangan sambil pegang pembesar suara je.

Brader reformis terus susup-sasap cari kayu. "Memang nahas la iswara orang ni kang..tu la sapa suruh tinggal anak macam tu je..".

Masa brader reformis tengah carik-carik kayu, baru la terhengut-hengut mak ayah budak datang nak bukakan iswara dia.

Apa punya orang. Tak risau langsung kat anak sendiri. Cari kuih berbuka sampai tak hengat dunia. Mujur tingkap iswara tak kena hentak.

Nasib baik brader reformis lambat skit je..

19 comments:

S.YanaZ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dzulkarnain Mohamad said...
This comment has been removed by the author.
Rajuna said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dzulkarnain Mohamad said...
This comment has been removed by the author.
Dzulkarnain Mohamad said...

komen yg terdelete di atas adalah perbincangan aku dgn s.yanaz dan rajuna..t.q kpd kalian berdua kerna dpt detect awal kesilapan aku.aku ingat kalian berdua

man_helang said...

salam bro...

wah sampai 4 sekali komen ko dleat...mcm kisah seram jek yg dibincangkan huhu hu...apapun cite ko best, walaupun biasa tp gy penceritaan n pemilihan ayt yg tepat...aku bg 9.5...satu lg pitching tak lr lansung...hu hu

Dzulkarnain Mohamad said...

man helang,
bukan komen..teguran kawan-kawan yg prihatin tentang aspek bahasa aku yg tersilap..bagus deorg tu,.

Aku cuma nak mengingatkan kembali kes lama nih..jgn tinggal anak dlm keadaan gitu wei

denanz said...

bro. apsal tak sound sket mak bapak yang tak hengat dunia tu.

Ojie said...

tu la kadang2 org dewasa nih nk buat apa2 ikut senang..
xpk yg buruk2..
naseb baik xde apa2 jd kat budak2 tuh..
ishhh tolong la jaga anak tu betul2..
aku pulak yang rasa nak marah..

Dzulkarnain Mohamad said...

denanz,
gua malas layan la..
dia kena la pikir sendiri..org yg ramai kat situ pn ada yg membebel kt deorg.
lagipun kes yg tiga beranak meninggal dalam kereta terpasang aircond tu baru sangat je kecoh.
Mana tak orang ramai dah cuak masa tu.

Dzulkarnain Mohamad said...

ojie,
sabo ojie..aku pun cuak gak masa tu..sanggup aku lari g kedai jahit pinjam pembaris..heh

rahimin idris said...

laaa, pecahkan je cermin kereta tu..lepas tu pecahkan kepala mak bapak budak tu!

yoshz said...

Aku pun nak tegur! ejaan MacGyver ko salah..haha.

aku pun pernah mengalami situasi yg sama tapi aku cuma berdiri je tak buat apa. biarlah abg2 yg nak tunjuk bagus tu handle.

weh...cerita la hantu lagi.
Kita nak nak nak jugak!

Dzulkarnain Mohamad said...

mi,
aku punya menyirap masa tu..terpaksa lari dari situasi kelam kabut tu masa mak bapak dia datang..aku takut kang aku ter..kamehamehaaa..

yoshz,
ok, konfirm lepas yg ni ada crita hantu..tahap seram saka..

Ojie said...

waaa dasat ko nak kamehameha org..
huhuhu...
ada ilmu ek?
turunkan kt aku sket klo cmtu..
haha..

S.YanaZ said...

Lepas tuh kalau anak dah takde, kalut masuk paper.
kan...kan...kan...

Dzulkarnain Mohamad said...

Ojie,
Aku rasa ilmu kau dah lebih dari aku. Aku tau kau dah boleh buat super saiya tahap ketiga yang rambut panjang menggerbang tu kan..hahaha

satu lagi,ingat baik-baik pesan aku -
kau jangan sesekali tenung bulan purnama lama-lama tau..

s.yanaz,
anak ilang tu dah kes lain. ni dah menghala ke arwah..kan..kan..

cikgu..cikgu marah saya ke?..hehe

man_helang said...

salam bro...

aku tunggu cite antu ko...mlm td aku tgk cite seram melayu 'kekasihku seru...'best gak, aku suke tgk cite hantu, tp penakut yg amat, alik2 aku tdur tak tutup lampu mlm td...hu hu

Dzulkarnain Mohamad said...

hahaha..
boleh thn la antu dia..standard mesia

adoi..masak..masak..
hari ni aku buat.., tapi aku cuma buat cerita hantu betul ja tau..
no copy n paste. hahaha...