Wednesday, July 16, 2008

penangan electrical switchboard

Semalam memang hari penat aku..tapi mujur ada penghibur di kala duka..

"Bob, mana kilang controlite nih? Kau tau ke tak nih.. Kalau tak tau kita pakat telepon aje kilang dia.. "Aku menumpang bob, rakan kerja yang sekali nak pegi factory visit electrical swithboard untuk keperluan projek.

"Fuh letih dah ni..takpe..aku ada no. phone dia. Kita telefon saja.."
Bob buat loud speaker..
"Hello, cik, pejabat cik kat mana. Sekarang kami dah ada kat Indera Mahkota."
"Oh..kalau mcm tu encik ni dah silap jalan.. Encik kena masuk hala jalan ke Imigresen. Nanti jumpa satu Stadium tertutup..terus masuk jalan tu. Saya ada kat bangunan pusat gimrama." jawapan lembut dan manja tuan punya suara.
Lama juga bob mengayat awek kerani tu.. siap nak ajak minum lagi. Menggeletik gak bob ni padahal anak dah nak masuk 4.

Aku pun tak banyak tanya terus ajak Bob ke area tu.. "Hah..sah kat sini" kata aku..
"Abis, mana bangunan pusat gimramanya?"
"Tu kat bawah tu.."
"Ish betul ke sini ada kilang controlite?" tanya Bob.
"Mana la aku tau.. takkan kilang dekat pusat gimrama. Nih kilang apa. Kilang pakaian sukan ke? Baik kau telefon balik kerani tadi tu."
"Hello cik.. kami dah ada kat bawah bangunan nih."
"Oh ye ke.. nanti saya turun"

"Bob..cuba kau tanya dia betul ke sini kilang controlite tu?" tanya aku saspen sambil mata meliar kiri kanan. Bimbang gak takut kena tembak pak guard.

"Adik..betul ke sini kilang controlite?
"Tak..sini pejabat SUKPA (Majlis Sukan Pahang).."
"Ooooooo..." kami sempat buat acara menganga secara beregu..

5 comments:

yoshz said...

apalagas, ajakla minah kerani tu buat gimrama...

Dzulkarnain Mohamad said...

yoshz, masa tak mengizinkan aje..
kalu tak nak gak ajak buat acara terjun papan anjal..

ijad said...

salam.. apa khabar sekarang...

rahimin idris said...

papan anjal? terjun papan taipan takde?

Dzulkarnain Mohamad said...

ijad,
w-salam..aku baik-baik aja..
tp bercampur letih mengadap tugasan..

mi,
terjun papan taipan..jgn woo..tak cium bau syurga..