Thursday, July 24, 2008

siapa yang mengetuk pintu?

Tiap-tiap pagi biasanya akak akan hantar adik Yana dan Ojan ke rumah mak aku. Akak aku tinggalkan kejap aje sebab tengah hari dia akan datang ambil. Macam tu la rutin akak sebab dia cikgu sekolah gelanggi 3.

Ojan dan Yana memang dia punya nakal boleh tahan. Lari sana lari sini. Menyusup dalam semak pun ada. Maklum la belakang rumah kami masih luas. Suku ekar dengan pokok buah-buahan dan ada juga sebuah kolam ikan. Mak aku selalu pesan.. Yana dan Ojan jgn la nakal-nakal. Mana la tau nanti tersampuk. Karang tak boleh tidur malam pulak asyik menangis.

Akak aku kalau dia balik dari sekolah tengahari sempat la dia main-main kejap dengan anak dia sebelum bawa balik ke kuarter guru kat gelanggi 3. Kalau Yana buat-buat hamun, dia akan buaikan Yana kat beranda belakang bahagian sisi rumah kami. Mak pun selalu buaikan Yana di beranda luar tu. Buaian tu dah lama. Buaian bayi yang biasa orang guna. Tapi memang dah turun temurun digunakan. Sambil-sambil tu dia akan dodoikan Yana dengan syahadah dan tasbih berlagu.

***********

Malam masih muda. Mak pun baru siap masak untuk makan malam. Aku dan adik aku, Ijei yang masa tu tengah tunggu result SPM tengah syok layan Buletin Utama. Kitorang kalau tengok TV. Nak-nak berita. Mulut asyik nak membangkang. Menteri ni cakap macam ni...bangkang. Menteri tu cakap macam tu...bangkang. Apa nak jadi tak tau la banyak sangat idea bangkang. Aku selalu pesan. Kalau kita tengok atau dengar. Kalau baik, kita senyap je. Kalau tak betul kita bangkang..hahaha.

Tengah sedap-sedap layan tv tu, tiba-tiba mak aku panggil. Mak aku panggil bukan laung-laung macam kebiasaan bila nak ajak makan. Tapi dia susup-sasap naik ke tempat kami tengok tv. Mak buat suara berbisik. "Eh, Jo, Ijei..mak ada dengar orang ketuk ketuk pintu beranda luar." suara mak sedikit gementar dengan muka yang hampir pucat. "Mari kamu berdua tengok-tengokkan.." sambung mak lagi.

Pintu yang mak aku maksudkan tu adalah pintu ke beranda luar yang aku ceritakan awal tadi. Aku dan Ijei dengan berani-berani takut terus rapat ke pintu tu. Tok..tok..tok.......tok..tok..tok.. tok..tok..tok..

"Ye..siapa tu.."teriakku. Mak dengan Ijei diam-diam saja di sebelahku.

Tak bersahut....

Tok..tok..tok.......tok..tok..tok..

Pintu diketuk lagi..jelas dan lantang. Kalau nak banding ketukan guna jari, memang lebih kuat bunyi ketukan ni. Macam diketuk dengan belakang parang..

Kami bertiga kelu..aku tarik mak dan Ijei jauh sikit dari pintu.. "Mak, mana parang panjang yang Jo baru beli tu?"..tanya aku kepada mak. Mak gegas-gegas cari kejap kat dapur. Aku jeling Ijei, Dia dah siap dengan kayu hoki. Fuh, pantas betul adik aku.

Mak cepat-cepat datang kat aku sambil hulur parang panjang.

Tok,tok..tok,tok..

"Entah-entah Tok Umi tak?" tanya mak sambil berbisik.. Memang pun dialog yang kami gunakan hanya pakai intonasi berbisik je. Takut sungguh kami sebab tak tau apa benda yang sedang mengetuk dari luar."Takkan Tok Umi nak main-main macam ni." balasku.

"Hoi! siapa kat luar tu?"..aku angkat suara..kali ni kasar sikit bahasa aku.

Tok,tok..tok,tok..semakin kuat dan pantas pula ketukan di luar pintu.

Aku pegang parang panjang erat-erat. Aku tengok Ijei pun sama. Jarak kami dengan pintu lebih kurang 2m. Kami dah sedia. Kali ni apa yang nak merempuh dari luar kami tentang sahaja habis-habisan.

Tok,tok,tok,tok..bunyi tok tok makin kuat.

Ini tak boleh jadi. Aku kuatkan semangat. Aku gerak ke depan. Aku pergi dekat tingkap nako kat sisi pintu. Aku buka laju-laju dan intai ke luar. Aik..takde orang pun..takde siapa-siapa. Memang jelas tak ada apa yang aku nampak.. Remang-remang lampu dapur rumah Tok Umi jiran aku membantu mengenal pasti keadaan. Aku panik. Aku tutup tingkap nako perlahan-lahan.

"Tak ada apa-apa.." aku berpaling sambil melapor pada emak dan ijei. Aku pusing ke pintu semula. Baru saja tangan aku nak sentuh tombol pintu. Tiba-tiba.. tok,tok,tok,tok..bunyi tu kembali mengetuk pintu dengan kuat. Giler ngeri. Berderau darah aku, sebab baru beberapa saat tadi aku cek tak ada apa pun kat luar.

Aku undur merapatkan diri dengan Ijei dan mak. "Nak buat macamana sekarang mak..?" aku mula rasa tak sedap hati. Bulu tengkuk dah meremang. "Biar mak tengok dari tingkap bilik. Kamu berdua tunggu sini.." itu idea mak di saat aku buntu. Mak gegas-gegas ke bilik. Aku dan Ijei tetap waspada. Bunyi tok..tok makin menggila.

Sekejap mak muncul dengan muka pucat.."mak tak nampak apa-apa pun.."kata mak.

Aku tak perlu meragui kenyataan mak sebab memang limpahan cahaya lampu dari rumah Tok Umi sudah cukup untuk menjelaskan penglihatan sesiapa pun.

"Mak, macam ni saja. Biar Jo serbu keluar dengan Ijei. Ni dah tak boleh jadi.." Kata aku. Aku yang separa penakut ni tetiba je jadi berani bila tengok mak dan Ijei cuma bergantung harap kat aku.

Aku merapat ke pintu yang sedang diketuk bertalu-talu. Ijei ikut di belakang dengan kayu hoki. Mak sedia pegang tombol pintu. Aku angkat parang panjang. Kukuhkan kuda-kuda macam Tom Cruise dalam The Last Samurai. Tak kisah la sebab Tom Cruise dengan aku pun ada iras-iras cuma dia hensem skit je dari aku.

Aku jeling mak. Mak tunggu arahan dari aku. Kali ni apa nak jadi, jadi. kalau manusia biar la dia arwah. Kalau syaitan biar terbelah dua jugak aku kerjakan. Sungguh masa tu aku dah nekad.

Bunyi tok tok semakin bertalu.. "Buka!" jeritku. Mak dengan cepat buka pintu. Aku melompat keluar sambil hayun zanpaktou macam Ichigo dalam kartun anime Bleach...Zrasss....dengan sekali tetak ke belakang pintu..pedang samurai bersiut-siut membelah udara malam..

"HANTUUUUU!!! "jeritku. Terlihat jelas di depan mata aku satu lembaga hitam berdesup melarikan diri..

Ijei menerpa aku dengan kayu hoki di tangan.. "Jo, nampak apa tadi?".. tanya Ijei menggeletar..

"Hantu.." bisikku perlahan sambil mata meliar memerhati kegelapan malam. Parang panjang masih aku genggam dengan kedua-dua belah tangan.

"Hantu apa?" Tanya mak dan Ijei hampir serentak.

"Hantu punya kucing..." jawabku perlahan. Mak dan Ijei ketawa macam nak rak..

********
Mak belek-belek pintu. "Laaa..Miau jilat muntah adik Yana.." kata mak. Mak angkat buaian yang akak gantungkan kat paku pada pintu. Patutla bunyi macam org ketuk. Bila Miau naik ke buaian dan jilat-jilat muntah susu adik Yana. Pemegang buaian yang dibuat daripada besi pun ikut bergerak dan mengetuk pintu.. Hmh,tensen betul aku.

Masa makan malam tu aku tak nampak Miau join kami makan sekali..kalau dia ada memang sah aku libas dengan zanpaktou biar lepas tu dia jadi kucing hollow.

nota :
zanpaktou = senjata yang digunakan Shinagami. Ichigo guna pedang besar.
hollow = panggilan utk roh jahat yang diburu oleh Shinagami

22 comments:

Ojie said...

hahaha..
kalo aku pn mau seram sejuk sbb aku pn pernah berdepan dgn keadaan mcm tuh..
masa tuh kt umah akak aku..
pintu toilet bergegar mcm org ketuk dr dlm sedangkn sbnrnya xde sapa2 pn dlm toilet tuh..
sumpah aku kecut gile masa tuh..

rahimin idris said...

cheh,kucing! keh ingat lelaki kucing! hahaha

man_helang said...

bro...

haram...aku ingat hantu serius td, ko nih...dan lg plak mengadaptasi kisah bleach...nasib ko tak amik ikon aku zarakashi kenpachi...

denanz said...

fuuhh. suspen jer.
kalau cat woman yg muncul, ok la.

Dzulkarnain Mohamad said...

Ojie,
haha..kau sepatutnya rempuh saja pintu tu. Kalau aku, aku rempuh, sebab aku nak tau apa benda. Kadang-kadang angin tolak-tolak..kalau nasib baik, boleh jumpa makhluk tuhan dari alam lain. ish seram gak sebenarnye dgr crita kau.

Mi,
haha..Kucing..buat serabut orang je kucing aku tu..berpeluh gk la masa tu dia punya saspen

man helang,
haha..zaraki kenpachi? fuh..aku pn minat dia tu..sebab dia je shinagami yang takde zanpaktou..dia boleh kawal pedangnya supaya mengikut kemahuan dia. Tak silap aku dia je yg takde jurus Bankai..

denanz,
kalau cat woman, aku jemput makan nasi..haha

yoshz said...

kau bagi je amakakeru ryu no hirameki! haha..

cilaka kau...

aku request cerita hantu.

boleh la...boleh la.boleh kan?

Dzulkarnain Mohamad said...

yoshz,
wei..tu jurus sapa..melampau kau boleh ingat ek..aku dh ingat2 lupa..

Aku karang sebab kau mintak ari tu. Sekurang2 aku dh tunaikn permintaan kau n yg lelain.

Ok..ada masa aku ingat balik crita antu betul..mmg ada..tp susah wei nk adaptasi jd cerita pjg ni. aku ingat senang..mujur hr ni cuti boleh aku consentrate.
Ada masa aku kuarkn tp bkn masa trdekat nih.

Don Balon said...

saspeng jugok ceriter mung D-zul..
weh.. nok hok real la..

Dzulkarnain Mohamad said...

Mahadir,
Haha..real punya lenkali la ek.. aok kalo free masuk la blok keh kasi komen..kutuk pn takpe

Rajuna said...

kamu boleh jadi Tamar Jalis

serius!

man_helang said...

bro...

sekolah yg tengah hot skang nih kene sakat dek nenek kebayan tu dekat ngan ko ke...kat kuantan kan??? ko g lah resque...betuka jd shinigami...tangkap semua hollow2tu...tak pon ko guna 'haton kya ko no jutsu' bia tebakar sume...hu hu

S.YanaZ said...

Dzul,
Nnt aku rescue'kan lu dgn geng jahat 2 Hijau.
Aku ingat puaka ponn seram ngan geng nihhh.

Dzulkarnain Mohamad said...

rajuna,
Tamar Jalis..fuh nama besar tu..aku ada gak baca novel seram dia time sekolah rendah dlu. Aku tulis ikut pengalaman betul aku..reka2 cerita aku belum reti..haha

man helang,
Aku pn ada dengar tu. Nanti aku riki dgn member2 kat ktn.

Tak payah..nanti aku suruh leftenan aku si Abarai Renji settlekan..Kalau dia tak lepas aku arahkan kuchiki byakuya..lepas tu baru kau, zaraki kenpachi..aku last la tu pn kalau korang dah nyenyawa ikan..hahaha

Woi, kau ingat aku uchiha itachi ke boleh kuar api ikut mulut..apa kelas..baik aku mangekyou sharingan kan aje kasi sakat balik antu kt situ.

s.yanaz,
fuh..kalau dah tahap lg tinggi dari puaka tu..apa je yg setara..aku ingat diorang ni dh tahap jembalang tanah..eee ngeri

teratak said...

hehehehe.. artikel yg agak menarik.. teruskan usha untuk menulis...wslm

Dzulkarnain Mohamad said...

teratak,
haha, mmg banyak lagi yg aku kena baiki utk menulis. Aku tulis utk suka-suka n cincai2 sahaja.
Tapi seboleh2 bahasa kena jaga juga.
Aku linkkan blog kau boleh?..
aku nk tau cerita2 agama..hehe

Dzulkarnain Mohamad said...

teratak,
haha, mmg banyak lagi yg aku kena baiki utk menulis. Aku tulis utk suka-suka n cincai2 sahaja.
Tapi seboleh2 bahasa kena jaga juga.
Aku linkkan blog kau boleh?..
aku nk tau cerita2 agama..hehe

kad0k. said...

mcm cerita jangan pandang belakang.pintu diketuk bertalu2...hehehehe..salam blog..:)

Dzulkarnain Mohamad said...

kadok,
salam..wei, ni cerita betul..aku link blog kamu ek?..kamu jgn tak bagi..haha. kalau tak bagi aku peduli apa, aku link aje

marjerin said...

ini misteri nusantara nih

Dzulkarnain Mohamad said...

haha, kalau beritau team misteri nusantara..sah aku pulak yg kena libas.
aku link blog kau ek?

alif-mikail said...

ehhehe.. lawak le.. den ingatkan botui2 punya cerita tadi..

Dzulkarnain Mohamad said...

alif-mikail,
sori la wat kau terkejut..aku tak sengaja..hehehe..
aku link blog kau ye..dan sila lihat shoutbox..