Sunday, October 19, 2008

pakai seat belt bukan takut disaman tapi semua tu untuk keselamatan anda juga..FAHAM TAK??

Pernahkah anda disaman sebab tak pakai seat belt bila memandu?

Pagi tadi aku nyaris kena. Encik polis buat roadblock dekat kawasan corner. Bukan jpj. Tapi polis berbaju putih. 2 orang.

Lepas corner terus aku nampak. Dalam jarak tak sampai 200m.

Jangan panik, cuba kaedah berikut :
step 1.
Brek sikit..jangan mengejut.

step 2.
Jangan terus kedepan. Maksud aku, anda mesti cuba untuk tarik seat belt walaupun telah diperhatikan. Gila kalau kantoi, tak silap aku kena RM200 jugak.

step 3.
Jangan gopoh-gapah. Ini akan mengakibatkan seat belt mudah tersangkut dan anda akan bertambah panik.

step 4.
Masa pasang pengunci. mata jangan pandang ke lain. Fokus kepada polis di depan sambil tangan mengunci seat belt. Ini untuk mengelakkan anda daripada lebih dicurigai oleh pihak polis.

step 5.
Berhenti dengan muka tak bersalah. Turunkan cermin kereta.

step 6
Sedia menjawab jika soalan kenapa tak pakai seat belt diajukan.

step 7.
Seboleh2nya elakkan step 6 dengan cara buat2 keluarkan lesen.

step 8
Pastikan lesen belum tamat tempoh. Jika tidak anda mungkin tetap tidak bernasib baik.

Memang aku selamat lepas aplikasikan step2 kat atas. Aku tahu encik polis memang nampak aku terkial2 tengah pakai seat belt tu, tapi bila sampai kat depan dia dan aku pun dah siap pakai. Dia cuma cek lesen dan lepaskan saja. Fuhh..selamat RM200.

* Kalau la encik polis yang buat roadblock tu adalah dia ni..

27 comments:

Umie said...

ade membe aku tu, dia tarik seat belt kete dia panjang2 terus kasi loose...katanya senang,kalau nampak polis terus letak je seat belt tu kat badan...xyah nak tarik2 dah... hehhehe

erk, ko phm tak nie?? huhu

dzul said...

umie,
hahaha..ada jugak yg macam tu. macam2 la kwn kau 2. aku faham..kalau dh loose macam tu maknanya safety standard dia dah fail. dah rosak sbb tak anjal..betul ke?.

l.i.f.e said...

haihh dzul..aku dr rumah ke ofis jarang sekali use seatbelt. dah la jalan bukit unggul ni slalu je depa ada buat roadblock. harap2 encik pulis tak kan perasan kalau aku gesa2 pasang tali tu bila dorang ada kat depan nun.

poyotito said...

ah!polis tu mengada-ngada nak saman orang.dia pun bukan pakai juga..

Hajime said...

ko wink2 kat polis tu ek?

mrblind said...

masa kes aku ari tu..sampai depan polis tgn duk pegang seatbelt lagi..siap en. polis tuh tanya..baru nak pakai ke..aku sengih je..nasib baik lepas..

Don Balon said...

Hehe..koi pulak ada habit yang sentiasa pakai seat belt walau masuk ke kebun sawit..harhar

Chuckiesd said...

inilah yang selalu susah nak buat..nampak cam senang...tapi biler fikiran "alaa leceh laa pakai seat belt" macam ni ader...memang susah nak buang habit malas pakai seat belt ni..
Tapi aku tak penah pun tgk Polis pakai seat belt...cam ner tu ek?

hanis said...

haah... polis poyo.. dia pun bukan pakai pun... terutama sekali yang naek moto tu... mana ader pakai seat belt... miahaha~

Daus said...

gua kena saman pasal tak ikat tali helmet lagi celaka..nasib gua orang asia..

fadzil hafiz said...

nasib baik gua blom penah kena saman pasal seat belt!!klu x, hangus wo fulus gua...

Ojie said...

aku pernah sekali kena saman ngn encik polis sbb xpakai seat belt..aku rasa kena saman sbb aku ngn bf aku masa tuh..kalo aku sorang2 je agknya mesti lepas punya kan..
muahahahahah..hampeh betul komen aku nih..

Umie said...

ada lg 1 kesah la Dzul...hehehe

membe aku pi driving test...mmg cantik arr semua dia buat..muka JPJ tu pun sengih je puas hati...tapi bila JPJ tu tunjuk result kat dia..dia FAILED... sebab???


Lupe pakai seat belt!!! kesian...wakakaka

Fadh Rahman said...

polis nie lagak jer lebih...diorang pun tak pakai seat belt ape...ada 1 kes, member koi nie lurus bendul...polis tahan dia pasal potong double line...tapi polis tue kononnya baik hati...dia pun saman sbb tak pakai seat belt kerana murah sikit samannye...tapi member koi nie mati2 pertahankan yang dia pakai seat belt...koi yang dok sebelah dia puas nahan gelak...last2 koi terang laa ke dia baru dia paham...dekat setengah jam jugak bertekak dengan polis tue...

dzul said...

life,
aku pn selalu mcm tu..selalu kalau aku nmpak peronda aku buat tak tau. kalau roadblok br kelam kabut

poyotito,
aah..polis peronda tu mmg payah nak pakai. jarang sangat ikut peraturan seat belt..nak je aku repot polis

akumasihdisini,
haha..tu la dia..polis tu ttp nak kuarkan saman sbb kekadang deorg kena lepas kuota saman..orang cakap la..koi tak tahu..tu pasal la dia nak kuarkan saman jugak..
lawak la membe aok tu..



hajime,
aku tak wink2..aku cuma blushing2 dan shoo shoo shj. kendian polis tu kepala pusing..haha

mrblind,
gitu la gayenye. aku tak penah lg kena gitu. selalunya aku pakai seatbelt kecuali jarak dekat mmg aku malas..

don,
huh..mase awok tolak kelapa sawit dgn kete tolak, aok pakai helmet x?..haha

chuckiesd,
samela kiter..aku pn gitu tambah2 kalau jarak dekat..kalau gerak jauh dh separuh jalan br ingat nk pakai..cemana 2? polis peronda? mmg payah nak ikut peraturan puak2 tu..

hanis,
entahnye..mmg malas aku nk berenti masa dia tahan tu..tp mmg dia ada kuasa buat pemeriksaan..power deorg tu..

daus,
gua masa zaman hippies dulu pn ada kena sebab lampu depan tak pasang. gua buat alasan mentol rosak je sambil jenguk2 lampu tu..moto gua tak penah kene beb..

padel,
ah, lu mmg penah kene ni.. entah2 speed trap, potong dabel line,salah parking pun lu dh ada kes haha

ojie,
kalau kau sorg kompem lepas dah..tp tu semua tak penting..

yg penting kau dah buat aku rasa cemburu..(haha)

umie,
kawan kau mmg ada mcm2..ni semua bahana pencemaran tasik kejut yg menyebabkan korg dah x dapat beriadah utk release tension..haha

dzul said...

akumasihdisini,
polis tu cuma nak kuarkan saman je sbb dia kena capai kuota saman. orang cakap la aku tak tau pulak mcm mana. rodong aok tu boleh pulak bertaki..haha lawok la dia tu..

dzul said...
This comment has been removed by the author.
Don Balon said...

D-z,
takde la pulok gitu..
yang koi tau abang koi letok bantal ateh kepala bila gi cari durian..hehe

yoshz said...

lain kali cuba pakai skirt belah.

Rajuna said...

tambah lagi

-kalau anda pelajar keluarkan kad pelajar anda. cakap anda pelajar. tolong jangan saman.

-tujuan menunggang/memandu perlu diberitahu. contoh, sdg menuju ke pusat kajian, dsb.


tapi bila dia cakap-kau buat kerja kau, aku buat kerja aku, kena diam dan amek surat saman. paham?

dem, aku terkena!

dzul said...

don,
haha..aku pulak ada jumpa helmet kat ladang..'dapur' pn aku ada jumpa..hahaha..giler

yoshz,
skirt belah? ini menyebabkan anda diperiksa lebih lama. mungkin juga terpaksa ketuk ketampi.

rajuna,
hahaha..main dengan polis mmg jgn cakap banyak. kalau melawan lagi teruk kena..silap2 habis satu kereta enjin ekzos kena cek..diam je weh..

Unknown said...

aku pun penah kena cam tu gak.

tapi seb baik pak polisi tuh gelak2 jer nengok aku.

herm... agaknya kelakar tgk muka org gelabah kot...

Rahimin Idris said...

haha aku dari ofis nak pergi masjid pun pakai seat belt. senang.

Don Balon said...

D-z,
balerr..dapur pun ader..
"port" baek ke ladanc aok tu?
kebun sawit yang koi tanam sendiri tu port lain pulok.. situ las vegas..
harhar

dzul said...

kema,
org pompuan mmg selalu bernasib baik..nak2 cun mcm kau.
cuba kalau lelaki..masak kau kena maki..

rahimin,
bukan ke pajero tayah pakai seatbelt pn xpe ke? ccy cakap takpe..

don,
hahaha..aku terjumpa kat celah pelepah sawit beb..ting tong betul budak tpt aku..

alif-mikail said...

dzul..
sapa kata pajero tak yah pakai seat belt..sapa cakap?

(sambil sinsing lengan baju)

dzul said...

alif,
oii..ccy yang cakap.. ccy mana pandai menipu. kalau tak caya cuba tanya rahimin..