Thursday, February 19, 2009

Budak Kelantan (part 2)

Dasar Sistem Pendidikan Negara 1996

Aku merupakan kelompok yang lahir disaat negara mula meneroka ruang untuk merealisasikan wawasan 2020 gagasan Che Det pada masa itu. Dari situ terbitnya KBSR, KBSM dan batch aku sentiasa dijadikan tikus makmal yang diuji itu dan ini. Kami adalah golongan pertama KBSR, Kemudia KBSM yang terus digunakan sampai kini.

Kejayaan ujian tersebut terus digunakan oleh kerajan sehingga ke peringkat Pengajian Tinggi pada masa itu. Ujian kali ini adalah memendekkan tempoh pengajian di Institut Pengajian Tinggi Tempatan daripada 4 tahun ke 3 tahun sahaja. Idea memendekkan tempoh pengajian diterajui najib..menteri pendidikan pada masa itu..najib oh Najib..kenapa la nama ko najib..agaknya orang nama najib memang suka susahkan orang kut..

Pengumuman tersebut mendapat pro dan kontra daripada banyak pihak. Bagi fakulti2 bahasa dan sains sosial, tempoh 3 tahun adalah wajar dan dipersetujui hingga kini. hanya fakulti perubatan dan undang2 yang dikekalkan 5 thn dan 4 tahun.

Faklti Kejuruteraan turut diarahkan supaya memendekkan pengajian dari 4 tahun ke 3 tahun walaupun tindakan ini nyata tidak praktikal sama sekali. Perkara ini telah mendapat bantahan yang bukan sedikit daripada pihak pentadbiran universiti. namun demikian..arahan daripada pihak kerajaan tidak boleh ditentang. melawan kerajaan seperti menderhaka kepada sultan.

Maka tahun satu yang bermula bulan Julai 1996 merupakan gelanggang bagi kami untuk diuji sekali lagi. Seperti tikus putih yang berkeliaran membawa diri masing2 untuk menamatkan pengajian yang terlalu pendek dan padat..abang2 senior yang masih belajar dalam tempoh 4 tahun. pensyarah2 yang mengajar pun semuanya geleng kepala..semuanya menafikan kejayaan sistem 3 tahun yang ingin diterapkan ke dalam kursus kejuruteraan yang bukan mudah untuk diharung. Kami terpaksa mengambil sehingga 27 unit untuk satu semester berbanding 17 unit satu semester jika dibuat dalam tempoh 4 tahun..

5 comments:

rahimin idris said...

"manusia itu individualis. dia lebih banyak berputar-putar dalam diri sendiri. kalau ada peandangan manusia lain, ia hanya penyendal. macam penyendal pintu jenis getah..." -- rahimin

John Doe said...

manusia alpa
manusia terjaga
manusia juga ia

manusia terjaga
manusia di mana
manusia di dunia

manusia di dunia
manusia mencuba
manusia binasa

manusia mencuba
manusia berdoa
manusia ciptaan-Nya

- John Doe

Dzulkarnain Mohamad said...

rahimin,
hehe..fungsi penyendal getah x boleh diperkecilkan..kalau tak ada, hentaman pintu boleh mengakibatkan kerosakan samada kepada tombol pintu ataupun calar pada cat dinding..

john doe,
insaf siut dengar falsafah kau..

Qaseh.Darwisy said...

Sistem yg ntah pape..manyusahkan ramai org..

Don Balon said...

koi pun tikus belanda jugek..
tahun 1976..
Kalu gi ke pejabat mara di Sea King Road bahagian pinjaman pengajian ke hape hntoh name dia..
sebut UM batch 96 memang mokcik2 situ geleng kepala la..
banyok yang tersangkut-sangkut nok ngabihke..
saloh satu contoh.. koi,...kuikui