Tuesday, February 24, 2009

transformer

Tag oleh radiusF
Layan je la...

Undang-undang:
Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda
kepada barang2 yang di nyatakan d bawah (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat dengan barang itu, kira di aplikasikan oleh anda.. konon kreatif la tu!)

i) ANAK KUNCI
Kegunaan Asal :
- membuka kunci opis.
Kegunaan Sampingan :
- buka tin biskut.
ii) PENUTUP PEN
Kegunaan Asal :
- jadi penutup pen.
- menutup pen yang ada penutup.
Kegunaan Sampingan :
- sumbat jari kelingking.
iii) BOTOL MINERAL
Kegunaan Asal :
- isi air mineral - jangan gunakan botol mineral secara berulang. lepas minum sila buang botol
Kegunaan Sampingan :
- potong buat cawan sementara.
iv) PAPER LAMA
Kegunaan Asal :
- baca.
- gunting gambar.
- buang.
Kegunaan Sampingan :
- buat ufo.
- alas bonet
- alas makan keropok lekor
- tampal pada sliding door
vi) LESUNG BATU
Kegunaan Asal :
- buat sambal
Kegunaan Sampingan :
- ketuk air batu
vii) LANGSIR
Kegunaan Asal :
- baca
-gunting
-buang
Kegunaan Sampingan :
- buat ufo
- alas bonet
- alas makan kopok lekor
viii) KOMPUTER OPIS
Kegunaan Asal :
- kerja
- kerja
- kerja
Kegunaan Sampingan :
- kerja
- kerja
- kerja
ix) DUIT SYILING
Kegunaan Asal :
- gores top up
- bayar parking
Kegunaan Sampingan :
- masuk tabung
x) LAMAN BLOG
Kegunaan Asal :
- luahan rasa
Kegunaan Sampingan :
- iklan insurans


.

Thursday, February 19, 2009

Budak Kelantan (part 3)

sewaktu kami menapak balik dari kelas alam sekitar hari tu..

"aku cuma tinggal semester ni lagi dzul..kalau aku tak lepas pointer kumulatif cecah 2.00, aku memang kena buang universiti.." kata ki,..ada nada serius campur sedih pada riak wajah dia hari tu..

"kenapa..? kau dah 3 semester berturut2 ke bawah 2.00..?" tanya aku serius..selama ni aku tak ambil tahu pun pasal pointer dia. dia nampak enjoy aja hari-hari..

"haah..aku risau jugak sebenarnya..ayah aku pesan suruh belajar..tambahan pulak dalam keluarga, aku je lagi harapan ayah.." tiba-tiba ki mengadu pasal diri dia pada aku..

"aku pernah gaduh dengan ayah pasal pointer aku yang dah paras hidung ni..pasal aku yang tinggal satu semester aje lagi peluang..

..ayah aku marah..suh aku belajar jangan main-main..jangan enjoy sangat..

..tapi aku diamkan ajer..iya la ikut aku la..masa depan aku..

..ayah aku kata..ok..ikut kau la..ayah tak peduli..tapi kau ingat sikit si yati(bukan nama sebenar)..

..sertamerta aku diam..betul cakap ayah aku.."

"siapa yati..?"

"..awek aku..ayah..mak..semua famili aku pun tau pasal dia..dia memang ajak aku kahwin lepas aku habis belajar.." tambah ki..

serius sungguh dia..iye la..rock2 juga..bab2 jiwa ni memang boleh buat sapa2 pun mata berkaca..

"member-member aku pulak asyik ajak aku keluar..main snuker la..jalan la..dorang fakulti lain..lagi pun tak macam aku yang dah nyawa2 ikan ni.."

"ah,..kalau dorang ajak kau tolak la.." aku ambil jalan mudah..iye..macam tu aja..

"Susah gak dzul..kalau tanak ikut ada yang kata aku kuat study la apa la..

"ah..kau jangan peduli..malam2 kau ikut aku pegi pusanika..ramai geng2 kelas yang ada kat sana. jangan study sorang2 nanti banyak info yang kau tak dapat.." aku beri panduan..

iya, kami memang suka berkumpul di situ..itu lah kelebihan kelas kami..kalau tak ada perbincangan macam tu mmg hancur la result masing2. tapi sejak itu memang aku tak pernah nampak ki ke situ..memang betul dia kerugian di situ..dia jenis yang kurang bergaul dengan kwn2 dari negeri lain. dia yang memilih jalan begitu..ada juga kawan2 kelantan aku yang duduk sekali dengan kami..langsung tak ada masalah sebenarnya..

nota -
1) semester itu adalah semester terakhir aku berkawan dan kenal ki..akibat tidak dapat mencapai pointer 2.00 dia telah dibuang universiti. dia mengaku ada banyak masalah bila memilih untuk berpuak..selalu ada pandangan yang agak negatif daripada orang kelantan kepada budak kelantan bila memilih untuk lebih rapat dengan orang luar..dari situ timbul istilah2 seperti..kecek luar dan berlaga botol budu..

2) program 3 tahun untuk kejuruteraan hanya bertahan untuk batch aku dan batch selepas aku..selepas itu program diubah semula ke 4 tahun selepas ramai pelajar dibuang dan tidak berjaya mencapai gred yang baik termasuk pelajar cina sekali pun..terima kasih najib.. kerana kau telah menjadikan kami tikus makmal dalam eksperimen yang gagal. oh ye..selamat jadi pm bulan depan..jgn nakal2 tau..

ki, perjalanan ini perlu diteruskan buat insan seperti kita..tuhan akan sentiasa menduga..

hidup perlu terus..hidup perlu cekal..

Budak Kelantan (part 2)

Dasar Sistem Pendidikan Negara 1996

Aku merupakan kelompok yang lahir disaat negara mula meneroka ruang untuk merealisasikan wawasan 2020 gagasan Che Det pada masa itu. Dari situ terbitnya KBSR, KBSM dan batch aku sentiasa dijadikan tikus makmal yang diuji itu dan ini. Kami adalah golongan pertama KBSR, Kemudia KBSM yang terus digunakan sampai kini.

Kejayaan ujian tersebut terus digunakan oleh kerajan sehingga ke peringkat Pengajian Tinggi pada masa itu. Ujian kali ini adalah memendekkan tempoh pengajian di Institut Pengajian Tinggi Tempatan daripada 4 tahun ke 3 tahun sahaja. Idea memendekkan tempoh pengajian diterajui najib..menteri pendidikan pada masa itu..najib oh Najib..kenapa la nama ko najib..agaknya orang nama najib memang suka susahkan orang kut..

Pengumuman tersebut mendapat pro dan kontra daripada banyak pihak. Bagi fakulti2 bahasa dan sains sosial, tempoh 3 tahun adalah wajar dan dipersetujui hingga kini. hanya fakulti perubatan dan undang2 yang dikekalkan 5 thn dan 4 tahun.

Faklti Kejuruteraan turut diarahkan supaya memendekkan pengajian dari 4 tahun ke 3 tahun walaupun tindakan ini nyata tidak praktikal sama sekali. Perkara ini telah mendapat bantahan yang bukan sedikit daripada pihak pentadbiran universiti. namun demikian..arahan daripada pihak kerajaan tidak boleh ditentang. melawan kerajaan seperti menderhaka kepada sultan.

Maka tahun satu yang bermula bulan Julai 1996 merupakan gelanggang bagi kami untuk diuji sekali lagi. Seperti tikus putih yang berkeliaran membawa diri masing2 untuk menamatkan pengajian yang terlalu pendek dan padat..abang2 senior yang masih belajar dalam tempoh 4 tahun. pensyarah2 yang mengajar pun semuanya geleng kepala..semuanya menafikan kejayaan sistem 3 tahun yang ingin diterapkan ke dalam kursus kejuruteraan yang bukan mudah untuk diharung. Kami terpaksa mengambil sehingga 27 unit untuk satu semester berbanding 17 unit satu semester jika dibuat dalam tempoh 4 tahun..

Tuesday, February 17, 2009

Budak Kelantan (part 1)

ki, budak kelantan. dalam ramai-ramai kawan dia yang satu geng kelantan tu, ki lah yang nampak gedebe sekali. gedebe sungguh gayanya..rambut panjang..muka ganas..tak pernah pun aku tengok dia pakai slack..jeans jadi pilihan dia. cuma badannya kecil dan rendah dari aku..

sejak matrik aku perhatikan ki, dia tak pernah berenggang dengan geng kelantannya yang 7,8 orang tu sampai la masuk fakulti..pun dia tak berenggang juga. aku memang tak tegur dia. cuma jeling-jeling saja sebab dia macam sangat kuat sikap kenegeriannya..

cuma satu yang beza dia, aku dan geng kelantannya...ki terer english..kelas english ada 5 peringkat..jadi dia kelas yg ke satu la..yang ramai budak2 cina dan sedikit budak melayu yg bermuka suci. dia macam seorang yg tersesat..mcm the ugly duckling pun ada..

masa belajar aku sekuliah ngan dia. tahun satu...tahun dua..tahun dua baru aku betul2 kenal dia..itu pun sebab kami terpaksa repeat paper yang paling mudah..paper alam sekitar..masa tu pointer aku boleh pegi lagi manakala pointer ki dah paras hidung..

grup yang kena repeat paper cuma 4 orang..entah macamana aku boleh ngam dengan ki..pegi kelas sama..balik pun sama..walaupun aku tak se rock dia..tak pakai jean ketat dan tak rambut panjang..

cuma satu persamaan..suka dengar mael xpdc.."semangat yang hilang...kita cari pulang.."kata ki bila habis kelas repeat paper alam sekitar.

masa tu memang zaman xpdc dan almarhum js kevin..album dia keluar jenis tak payah promosi..tak lama lepas release mmg jualan melonjak lebih 100,000 unit..syahdu bila ingat2 balik lagu lagu xpdc..

satu hari..lepas balik kelas repeat paper..aku dan ki pergi minum..borak-borak..walaupun aku pakai bahasa pahang dan ki biasanya guna kelantan mudah..cerita pasal awek kamsis yang sombong2..maklumlah budak engine mcm kami memang serabai2..sapa yang nak..

duduk satu meja..tiba2 geng ki datang..5,6 orang juga..singgah berborak ngan ki. payah juga nak paham..nak menyelit lagi payah..masa tu aku hanya pikir satu..orang kelantan kalau jumpa puak memang boleh tinggalkan kita walaupun kita keluar dengan dia (orang kata laa)..aku tak kisah kalau ki nak belah ikut kawan2 kelantan dia pun..lagipun dia bukannya awek aku..

lama juga dorang borak..lepas tu geng dia ajak ki meronda..tapi ki tolak..dia tak mau..kawan2 dia macam pelik dengan perangai ki..biasanya dia laju aja..tapi bila dengan aku dia macam ada benda yang nak dicerita dan nak dikongsi..hari tu ki ikut aku berjalan kaki balik kamsis...

ada lagi yang aku nak cerita...tunggu la dulu..rasa macam nak sambung panjang pulak ok..?

meh la layan......

Sunday, February 8, 2009

sekilas fakta perang dari seorang bekas RAMD..

"zaman komunis dulu..pakcik pun pernah masuk hutan..banyak kali juga kena ikut tugas pengawasan dengan rejimen askar melayu diraja.."kata pak ron (bukan nama sebenar) sedang kami lepak-lepak di site cabin pagi itu.

biasa lah rutin pak ron..tiap-tiap pagi dia akan berjalan kaki turun ke pekan bukit fraser untuk membeli sayur dan lauk. pak ron pun dah lama pencen askar. umur dia dalam lingkungan 60 tahun. dia tahan tinggal di bukit fraser sudah beberapa tahun memandangkan isteri barunya bekerja di sebuah banglo di laluan yang sama dengan project site kami. dia masih sihat..nampak cergas lagi dengan badan kecilnya yang fit walaupun sudah berusia lebih separuh abad.

boleh dikatakan semua orang di site project kenal beliau sebab sifat ramahnya yang selalu menegur kami. tambahan pula dia juga pandai mengurut.

aku terkedu dengan kenyataan pak ron sebentar tadi. baru sekarang aku tahu rupanya dia bekas tentera melayu.

"wah..kiranya pakcik pernah ikut berperang la..?"

"hahaha..sebenarnya dah beberapa kali juga pakcik bertembung dengan komunis di dalam hutan. dan masing-masing sempat berbalas tembak. tapi awak tahu tak macamana keadaan perang sebenar masa tu..?"

"perang?...ooo macam dalam tv la..cerita sarjan hasan..rambo..macam tu la.."kata aku yang sekadar bercakap berdasarkan filem2 perang yang pernah aku tonton..

"sebenarnya tentera yang ikut berperang bukannya berani sangat pun. berjuang..berjuang juga tapi semuanya pun takut juga..siapa yang berani kalau peluru bersimpang siur. siapa..? mereka sekadar menjalankan tugas sahaja...macam pakcik dulu..pernah beberapa kali terserempak komunis dalam hutan..kami tembak..komunis pun tembak..tapi tembak acah-acah sahaja tembak secara rambang sambil masing-masing berundur..semua takut. semua pun tak nak mati lagi..nak buat apa..? "

berundur..?

iya berundur..kemudian kalau terserempak lagi pada masa yang lain ..kami berbalas tembak lagi tapi tembak rambang..tembak ke atas sahaja supaya masing-masing berundur..begitulah seterusnya sampai pakcik bersara..

oooo....

nota :-

*pihak komunis akhirnya menyerah kalah dan meletak senjata pada tahun 1984..

*ini cuma pengalaman salah seorang bekas askar..mungkin bagi yang lain..lain pula kisahnya..aku cuma teringat..

Wednesday, February 4, 2009

digigit makhluk bertaring runcing..


agak-agak..

kalau kena gigit kucing boleh jangkit penyakit kucing gila tak..?


Tuesday, February 3, 2009

jambu bongkok


alif-aku, via sms...

huh, aok dah balik?..

a'ah otw balik ke kemaman..

sorang jek?

tak dengan kawan..

aok jaga skit dekat jambu bongkok tu nanti..

jambu bongkok?..kat mana?

atas sikit dari marang..jaga-jaga dekat jambatan tu kang..selalu orang kena kat situ..

****
kalau bukan sebab ada benda yang nak dipesan alip mikail..memang aku x layan sangat sms sambil drive. bukannya aku takut polis pun tp susah sebenarnya bila menaip dengan sebelah tangan pegang henset sebelah tangan lagi pegang stereng..tambahan pula huruf2 pada keyboard henset dah banyak yg kabur dan hilang..

****
aku - alif , via sms..

aku memang dah sampai jambu bongkok..

ada nampak apa-apa x?

tak ada pun..

waktu maghrib memang dia tak ada. dia pegi masjid..hahaha

cilakak alifmikail..cakap tak pernah serius. suka main2 saja..sepanjang jalan aku usha jambu bongkok. dah jumpa kena bobok pulak..
* bobok = tipu hidup2

****

siapa msg? tanya khalis yang meneman aku ke kuala terengganu hari tu.

alif..alif mikail..

siapa..?

budak2 blog.. dia bagi tau pasal penunggu jambu bongkok..

dia cakap pasal jambu bongkok..? (muka terkejut)

a'ah..dia kata tempat ni berpenunggu..mana pokoknya..? mana tempat yang kerap sangat orang kena tu..?

hish..tak yah cerita la senja-senja macam ni..

tak apa kalau taknak cerita pun..kau tunjukkan aku tempatnya sudah..pokok jambu bongkok tu kat mana..? tunjuk la..

aku bukan tak mau tunjuk..tapi tak boleh..memang tak boleh..

takkan tunjuk pun tak boleh..?

tak..tak boleh..

aik..tunjuk pun tak boleh..tunjuk la..bukan ada apa-apa pun. kalau percaya sangat boleh khurafat..

tak boleh..aku tak akan tunjuk..

kenapa khalis tak mau tunjuk pokok tu walau pun aku dah kata khurafat kalau percaya sangat..? *
*
*
*
bersambung pulakk...

*****
ok..ok tak jadi sambung..

pagi esoknya..

"aku bukan tak mau tunjuk pokok tu semalam..tapi memang tak boleh.."kata khalis sambil hirup teh tarik..

"dulu biras aku pernah kena kat situ. dia pun tanya kat mana pokok tu pada aku. aku pun tunjuk la..masa tu pun dah senja. tapi bila balik rumah badan dia menggeletar. dia kena demam seminggu.."

"ah..tak ada kaitan pun dengan pokok tu..?" aku sengaja cucuk jarum..harap2 dapat lebih info..

"entah lah dzul..dia cakap memang dia ada nampak kelibat sebalik pokok tu..terus dia demam..anak dia pun ikut demam dan kata nampak 'benda'.."

"sebab tu aku tak mau tunjuk pokok tu..orang rumah aku pulak tengah sarat..hujung bulan dua ni due.."

patut la..hmm

****
google earth kg. jambu bongkok >di sini<
adakah >pokok jambu< ini yang dimaksudkan oleh khalis?