Sunday, March 29, 2009

hari bumi

sabtu malam, hari bumi disambut dengan sejam tutup lampu..

via sms..
poi : tahu la sejam kena tutup lampu..apejadah gua tengah berak pun lampu nak kena tutup..
aku : lu takpe lagi. kat sini lampu kereta pun ada yang tutup..apa cerita..?
poi : huh, macam tu pun ada..?
aku : ah, kereta gua pun selamba tutup lampu..
poi : cih, cakap la kereta lu tengah parking..
aku : hehe..

hari bumi..? baik aku layan hijau bumi tuhan..

Tuesday, March 17, 2009

Ahmad Pozi Pijak Al-Quran..


gambar hiasan: google

alif dateh aa..alif bawah ii..alif depan uu...aaiiuu..

sayup-sayup suara tok imam saabi mengajar alip ba ta malam itu..

sebab dah tak muat ruang dalam rumah. aku, ahmad pozi(bukan nama sebenar), ahmad zaidi, mahyuddin, abang mahyuddin dan empat lima orang lagi budak-budak lelaki yang tak berapa cukup umur pakat membaca di ruang beranda. kadang-kadang kami saja-saja datang lambat. saja nak hangout kat beranda ramai-ramai baru la mengaji cepat dapat katanya.

lebih kurang separuh lagi yang belum habis mengaji, tok imam saabi pun susup sasap turun ke tanah start motor untuk ke masjid.

biasanya kalau dah masuk waktu isyak dia akan ke masjid untuk berjamaah. meninggalkan kami hingar bingar dengan aktiviti masing-masing. kadang-kadang isteri dia yang perhatikan kami. perhati jangan bising sangat aja. tunggu sampai tok imam saabi balik barulah keadaan terkawal.

di bahagian beranda. keadaan dah makin bena. belum jauh bunyi motor. budak-budak dah macam lebah buat sarang..

"weh cuba kau tengok apa aku buat ni.." kata ahmad pozi yang sedang duduk bersila mengadap kitab Al-Quran yang diletakkan atas rehal kayu. dengan selamba sebelah kaki ahmad pozi memijak Al-Quran tersebut tanpa prejudis..

"hoi..kau buat apa. tu.? mana boleh pijak Al-Quran!" kata abang mahyuddin yang usianya lebih tua dari kami. tua tak tua juga, seingat aku dia pun baru darjah 6. aku dan ahmad pozi darjah 4, manakala mahyuddin pula darjah 5.

"boleh pijak Al-Quran..sapa yang kata tak boleh?.." balas ahmad pozi sambil meninggikan suara sebijik macam ahli dewan rakyat tengah berdebat..

dalam keadaan kecoh itu.. masing-masing hanya membulatkan mata. cuba mencari dalil-dalil dan komen yang bijak bagi memprotes tindakan ala-ala tentera amerika oleh ahmad pozi.

"hoi..mana boleh pijak Al-Quran..ah, teruk betul kau ni.." kata mahyuddin untuk menafikan fakta pro-yahudi daripada ahmad pozi..tapak kaki ahmad pozi masih lagi di atas kitab Al-Quran(bukan pijak sambil berdiri tapi sambil duduk bersila).

"oi..kan ustaz kat sekolah dah kata mana boleh pijak Al-Quran.." kata aku dengan hujah yang rasanya paling kukuh dan boleh diterima akal..

"boleh la..sapa kata tak boleh..? cuba kau tengok betul-betu..kan aku ada lapik dengan kain pada Al-Quran ni. kalau tak berlapik barulah tak boleh pijak.."


*****
ahmad pozi..ahmad pozi.. Al-Quran,.tindih dengan benda lain pun dah tak boleh. inikan pulak pijak dengan kaki. berlapik lutut hang..
ingat perkara yang membatalkan air sembahyang ke nak lapik-lapik..

Sunday, March 15, 2009

Jelmaan Atau Kebetulan..?

11.3.2009...



groommm..gung..gang..

hujan tak, ribut pun tak tiba-tiba guruh pula berdentam dentum. aku mengensot sikit..menjangkau henset pada frame tingkap..

5.15 a.m..

ah..dah dinihari..aku tarik toto..terus sambung tidur yang terganggu gara2 bunyi guruh..

groomm..grrr..

sunyi..

grumm..guk..guk..guk..

guk..gukk..

kali ini lain macam sikit bunyi guruh yang aku dengar..ada guk..guk..guk di hujungnya..

aku buka mata dalam kelubung toto..cuba menangkap bunyi yang terhasil dari deruman guruh sebentar tadi..telinga aku pasang betul-betul..peka dengan setiap tona bunyi yang terhasil sebentar tadi..

guk..guk..

guk..guk..

sah..kali ni aku yakin bukan bunyi guruh..macam bunyi ketukan di pintu..tapi aku tak pasti pintu bahagian mana..

guk..guk..

aku pusing badan ke arah pintu bilik aku..bunyi ketukan tu..memang datang dari pintu bilik aku. memang jelas..

tiba-tiba aku ternampak sekilas bayang-bayang berlalu dari celahan bawah pintu. darah aku berderau cemas. aku pusing badan perlahan-lahan di atas katil..

macam-macam yang berlegar dalam kepala saat itu.. samada perompak cuba memecah masuk..orang saja nak buat khianat..perogol.. atau pun bob.. maklum la siapa lagi yang nak ketuk pintu bilik aku selain dari bob sebab malam ni hanya tinggal aku dan bob di rumah..tapi mustahil bob ketuk-ketuk macam tu..kenapa dia tak panggil aja nama aku..

aku jatuhkan badan dari katil dengan perlahan yang boleh..macam kucing mengendap tikus..aku intai di celahan bawah pintu bilik..dengan bantuan cahaya lampu bilik tengah yang tak di tutup, mata aku menangkap satu bayangan gelap di depan pintu. seolah-olah ada seseorang yang berdiri dengan sebelah kaki di luar pintu..

lama aku memerhati..harap harap bayang tu akan pergi jauh dari pintu..tiba-tiba kelibat tu bergerak-gerak..aku capai tombol pintu bilik dan terus buka..

satu makhluk bermata merah melompat sebaik saja aku menyergah dan susup-sasap lari di celah2 peralatan kerja..



-klik untuk besarkan gambar-


nota -
sampai skang aku x dapat agak macamana katak ni boleh masuk ke dalam rumah dan menerjah pintu bilik. katak ni sama besar dengan selipar tat sing saiz 11 dia punya lebar. cuma pendek skit dari selipar tu. sekali dia melompat boleh pegi hampir 3m. katak jenis apa aku tak tau sebab aku takut nak selongkar barang2 utk ambil gambar penuh..

dengan mata kemerah-merahan..ia kelihatan seperti jelmaan entiti misteri nusantara..

Wednesday, March 11, 2009

Saya Sibuk Betul...

biasanya kalau ada kawan tanya asal dah tak udate blog..? takde cerita baru ke atau ada masalah..? biasanya aku jawab sibuk..sibuk hingga tak dan berblog. tak dan ber n3-n3.

aku bukan suka-suka nak kelentong. aku betul-betul sibuk. balik dari makan tengahari kat restoran al-baik tadi, baru aku sedar...

erti sibuk bukan sekadar dengan kata-kata..






_/s - aku belum _ernah tersila_ _asang butang baju..

(huruf sele_as huruf o _ada la_ to_ dah jem. ada sa_a2 yang reti bela x..?)

Tuesday, February 24, 2009

transformer

Tag oleh radiusF
Layan je la...

Undang-undang:
Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda
kepada barang2 yang di nyatakan d bawah (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat dengan barang itu, kira di aplikasikan oleh anda.. konon kreatif la tu!)

i) ANAK KUNCI
Kegunaan Asal :
- membuka kunci opis.
Kegunaan Sampingan :
- buka tin biskut.
ii) PENUTUP PEN
Kegunaan Asal :
- jadi penutup pen.
- menutup pen yang ada penutup.
Kegunaan Sampingan :
- sumbat jari kelingking.
iii) BOTOL MINERAL
Kegunaan Asal :
- isi air mineral - jangan gunakan botol mineral secara berulang. lepas minum sila buang botol
Kegunaan Sampingan :
- potong buat cawan sementara.
iv) PAPER LAMA
Kegunaan Asal :
- baca.
- gunting gambar.
- buang.
Kegunaan Sampingan :
- buat ufo.
- alas bonet
- alas makan keropok lekor
- tampal pada sliding door
vi) LESUNG BATU
Kegunaan Asal :
- buat sambal
Kegunaan Sampingan :
- ketuk air batu
vii) LANGSIR
Kegunaan Asal :
- baca
-gunting
-buang
Kegunaan Sampingan :
- buat ufo
- alas bonet
- alas makan kopok lekor
viii) KOMPUTER OPIS
Kegunaan Asal :
- kerja
- kerja
- kerja
Kegunaan Sampingan :
- kerja
- kerja
- kerja
ix) DUIT SYILING
Kegunaan Asal :
- gores top up
- bayar parking
Kegunaan Sampingan :
- masuk tabung
x) LAMAN BLOG
Kegunaan Asal :
- luahan rasa
Kegunaan Sampingan :
- iklan insurans


.

Thursday, February 19, 2009

Budak Kelantan (part 3)

sewaktu kami menapak balik dari kelas alam sekitar hari tu..

"aku cuma tinggal semester ni lagi dzul..kalau aku tak lepas pointer kumulatif cecah 2.00, aku memang kena buang universiti.." kata ki,..ada nada serius campur sedih pada riak wajah dia hari tu..

"kenapa..? kau dah 3 semester berturut2 ke bawah 2.00..?" tanya aku serius..selama ni aku tak ambil tahu pun pasal pointer dia. dia nampak enjoy aja hari-hari..

"haah..aku risau jugak sebenarnya..ayah aku pesan suruh belajar..tambahan pulak dalam keluarga, aku je lagi harapan ayah.." tiba-tiba ki mengadu pasal diri dia pada aku..

"aku pernah gaduh dengan ayah pasal pointer aku yang dah paras hidung ni..pasal aku yang tinggal satu semester aje lagi peluang..

..ayah aku marah..suh aku belajar jangan main-main..jangan enjoy sangat..

..tapi aku diamkan ajer..iya la ikut aku la..masa depan aku..

..ayah aku kata..ok..ikut kau la..ayah tak peduli..tapi kau ingat sikit si yati(bukan nama sebenar)..

..sertamerta aku diam..betul cakap ayah aku.."

"siapa yati..?"

"..awek aku..ayah..mak..semua famili aku pun tau pasal dia..dia memang ajak aku kahwin lepas aku habis belajar.." tambah ki..

serius sungguh dia..iye la..rock2 juga..bab2 jiwa ni memang boleh buat sapa2 pun mata berkaca..

"member-member aku pulak asyik ajak aku keluar..main snuker la..jalan la..dorang fakulti lain..lagi pun tak macam aku yang dah nyawa2 ikan ni.."

"ah,..kalau dorang ajak kau tolak la.." aku ambil jalan mudah..iye..macam tu aja..

"Susah gak dzul..kalau tanak ikut ada yang kata aku kuat study la apa la..

"ah..kau jangan peduli..malam2 kau ikut aku pegi pusanika..ramai geng2 kelas yang ada kat sana. jangan study sorang2 nanti banyak info yang kau tak dapat.." aku beri panduan..

iya, kami memang suka berkumpul di situ..itu lah kelebihan kelas kami..kalau tak ada perbincangan macam tu mmg hancur la result masing2. tapi sejak itu memang aku tak pernah nampak ki ke situ..memang betul dia kerugian di situ..dia jenis yang kurang bergaul dengan kwn2 dari negeri lain. dia yang memilih jalan begitu..ada juga kawan2 kelantan aku yang duduk sekali dengan kami..langsung tak ada masalah sebenarnya..

nota -
1) semester itu adalah semester terakhir aku berkawan dan kenal ki..akibat tidak dapat mencapai pointer 2.00 dia telah dibuang universiti. dia mengaku ada banyak masalah bila memilih untuk berpuak..selalu ada pandangan yang agak negatif daripada orang kelantan kepada budak kelantan bila memilih untuk lebih rapat dengan orang luar..dari situ timbul istilah2 seperti..kecek luar dan berlaga botol budu..

2) program 3 tahun untuk kejuruteraan hanya bertahan untuk batch aku dan batch selepas aku..selepas itu program diubah semula ke 4 tahun selepas ramai pelajar dibuang dan tidak berjaya mencapai gred yang baik termasuk pelajar cina sekali pun..terima kasih najib.. kerana kau telah menjadikan kami tikus makmal dalam eksperimen yang gagal. oh ye..selamat jadi pm bulan depan..jgn nakal2 tau..

ki, perjalanan ini perlu diteruskan buat insan seperti kita..tuhan akan sentiasa menduga..

hidup perlu terus..hidup perlu cekal..

Budak Kelantan (part 2)

Dasar Sistem Pendidikan Negara 1996

Aku merupakan kelompok yang lahir disaat negara mula meneroka ruang untuk merealisasikan wawasan 2020 gagasan Che Det pada masa itu. Dari situ terbitnya KBSR, KBSM dan batch aku sentiasa dijadikan tikus makmal yang diuji itu dan ini. Kami adalah golongan pertama KBSR, Kemudia KBSM yang terus digunakan sampai kini.

Kejayaan ujian tersebut terus digunakan oleh kerajan sehingga ke peringkat Pengajian Tinggi pada masa itu. Ujian kali ini adalah memendekkan tempoh pengajian di Institut Pengajian Tinggi Tempatan daripada 4 tahun ke 3 tahun sahaja. Idea memendekkan tempoh pengajian diterajui najib..menteri pendidikan pada masa itu..najib oh Najib..kenapa la nama ko najib..agaknya orang nama najib memang suka susahkan orang kut..

Pengumuman tersebut mendapat pro dan kontra daripada banyak pihak. Bagi fakulti2 bahasa dan sains sosial, tempoh 3 tahun adalah wajar dan dipersetujui hingga kini. hanya fakulti perubatan dan undang2 yang dikekalkan 5 thn dan 4 tahun.

Faklti Kejuruteraan turut diarahkan supaya memendekkan pengajian dari 4 tahun ke 3 tahun walaupun tindakan ini nyata tidak praktikal sama sekali. Perkara ini telah mendapat bantahan yang bukan sedikit daripada pihak pentadbiran universiti. namun demikian..arahan daripada pihak kerajaan tidak boleh ditentang. melawan kerajaan seperti menderhaka kepada sultan.

Maka tahun satu yang bermula bulan Julai 1996 merupakan gelanggang bagi kami untuk diuji sekali lagi. Seperti tikus putih yang berkeliaran membawa diri masing2 untuk menamatkan pengajian yang terlalu pendek dan padat..abang2 senior yang masih belajar dalam tempoh 4 tahun. pensyarah2 yang mengajar pun semuanya geleng kepala..semuanya menafikan kejayaan sistem 3 tahun yang ingin diterapkan ke dalam kursus kejuruteraan yang bukan mudah untuk diharung. Kami terpaksa mengambil sehingga 27 unit untuk satu semester berbanding 17 unit satu semester jika dibuat dalam tempoh 4 tahun..