Kisah ni aku ambil dari seorang member lama, Don Balon/Mahadhir yang sudi memberi komen berbentuk pengkisahan. Aku amat berterima kasih. Aku harap kau juga sudi ucap terima kasih pada Don Balon ya. Sekurang-kurangnya boleh kita sama-sama berkongsi cerita dan pengajaran. Don Balon budak baik. Aku percaya cerita dia sebab dulu masa kat asrama dia pernah gak jadi imam sembahyang kat dorm..hehehe. Eh betul ke Mader?
Dengan menggunakan laras Bahasa Sepanyol melodramatik, gaya penyampaian cerita Don Balon amat menarik minat aku.
**********
Ni pulok cerite mase koi masih student di UM dulu.. Ini kisah koi dengar dari click2 koi je la.. heboh jugek mase tu dlm tahun 1999 ke 2000 ntah koi kurang pasti..(Amaran: Dialog dibina semula untuk menggambarkan keadaan sebenar)
Ade la satu pasangan ni di Tasik UM ber"tenet" ikut bahase zaman tu.. sambil2 makan ayam KFC yang deme beli di Bangsar..Maser tu memang dah senjakala..
Awek: Abang, apsal ayam ni rasa darah aa?
Ballack: Ehh abang punyo okeeey yo..
Awek: tak cayer cuba la yang ni..
Ballack: La...manno ado raso darah..
Awek: Ye la.. rasa daraaah.. (sambil mengambil ketulan ayam goreng yang lain).. Haa..kan orang kater rasa darah..
ballack: (Mengambil ketulan ayam di tangan gewenya) ..Ishh..mengarut yo la awak ni..okeyyy yo..
Awek: Huuuu..orang kata rasa darah rasa darah la..... (mula menangis dan sedikit meraung-raung)..
Ballack: (Mulai kaget).. Ehh..apsal pulak ni..??!!
Awek: Huwaaarghh..kan rasa darah tu..huwaargh..
Kemudian si Awek mula meraung-raung tak tentu pasal "orang kata rasa darah rasa darah la..."Si Ballack pun mula kelam-kabut dan bergegas menyetat RXZnya kemudian segera menggendong aweknya yang tak berhenti-henti meraung "rasa darah..rasa darah"..ke arah pintu masuk UM arah Kuala Lumpur dan meminta bantuan dari Angkatan Jaga Di-raja yang berada di situ..
Kesoh seterusnya koi tak ingat la pulok.. tapi setiap kali teringat cerita tu berderrrawww woo.. burrr!(sambil mengipaskan badan seperti kucing disimboh air)... hehe.
Wednesday, July 30, 2008
Monday, July 28, 2008
hantu senjakala II - anak tok umi
Yana dengan Mirah memang dari kecik dah berkawan. Umur masing-masing pun hampir sebaya, cuma Mirah tua setahun daripada Yana. Sebab tu Yana dan Mirah ngam. Perangai dua-dua aku tengok ada juga berbeza. Yana tak kuat main berlasak manakala Mirah pula lebih lasak. Selalu sangat kat area rumah kami jadi tempat berlumba diorang berdua. Selalunya Yana lah yang kalah. Budak-budak punya game aku pun tak reti nak campur.
Aku melihat perkembangan kedua-dua mereka sejak mereka kecil. Maklumlah, Yana anak saudara aku manakala Mirah pula anak Tok Umi.
**********
Masa tu Yana dan Mirah baru menginjak ke darjah 1 dan 2. Macam biasa kalau dah petang bukan ada kerja lain. Berlari sana berlari sini.
Aku pulak tengah syok-syok layan tv. Penat balik kerja dari pejabat di Jerantut belum habis lagi. Memang ada jugak hajat aku nak ke belakang rumah. Kurang-kurang boleh jugak beri makan ikan dan menebas rumput yang semakin meninggi. Tapi aku batalkan saja. Takpe la, biarla mak aje yang beri makan ikan-ikan lampam yang dah semakin membesar tu.
Petang yang remang-remang tu sebenarnya dah nak menghala ke senja. Tapi belum masuk senja lagi. Waktu macam ni sesuai untuk aktiviti beriadah sebab cuaca teduh.
Entah macam mana tiba-tiba aku dengar Yana menjerit dari luar rumah. Dari kawasan dia bermain dengan Mirah. Yana menjerit kuat sangat macam orang kena rasuk.
"Mirahhh!!!...Mirahhhh!!!! kenapa buat macam ni! "Tempik Yana.
Aku yang tengah syok layan tv terpana sekejap. "Ah..apa benda pulak Yana terjerit-jerit macam orang kena sampuk.."fikirku. " Yana dan Mirah gaduh lagi ke?.." memang mula-mula aku malas nak layan. Budak-budak kalau gaduh kejap je lepas tu baik la. Aku buat tak tahu.
"Mirahh!!!..Mirahhh!!!.." Yana menjerit lagi. "Ish, apesal pulak Yana dengan Mirah?." Aku dah tak sedap hati. Aku bangun terus gerak ke te tempat diorang bermain. Aku tengok Yana tengah cuba angkat-angkat Mirah. Aku cepat-cepat menerpa Yana. Yana terus menepi sambil menangis.
Ya Allah!!!.. Mirah tergantung... Mirah tergantung seperti keadaan orang menggantung diri. Seutas tali pengikat lembu terjerut di leher Mirah. Tali yang menjerut leher Mirah pula terikat pada alang kuda-kuda parking kereta aku.
"Mirahhhh!!!!!! " Aku menjerit.. Aku cepat-cepat menerpa Mirah yang pada waktu tu aku lihat matanya dah terbalik. Hanya mata putih yang kelihatan. Mata hitam hanya tinggal sesuku. Selebihnya tersorok dalam kelopak mata atas. Pernafasan pun dah tak keruan. Aku lihat Mirah susah payah menarik nafas. Betul-betul tergantung. Mulut Mirah dah berbuih. Aku panik.
Aku peluk badan Mirah yang kecil comel itu. Terus aku angkat ke atas sambil meleraikan ikatan tali yang menjerut kemas lehernya.
Aku tepuk-tepuk pipi Mirah..aku jerit-jerit nama dia banyak kali. Mirah susah payah tarik nafas. Akhirnya baru aku nampak dia semakin stabil.
Mirah duduk berteleku di depanku. Muka dia disembam ke lutut dengan tangan memeluk kaki. "Kenapa Mirah..kenapa main-main macam ni. Lain kali jangan buat benda-benda pelik macam ni lagi." marah ku pada Mirah. Tok Leh dan Tok Umi keluar ke beranda depan, tapi mereka perhatikan saja. Mak aku juga bergegas ke situ.
Semua orang tanya aku. To Lleh, Tok Umi, emak..aku dah tak tau nak jelaskan. Kalau aku jelaskan pun mereka mesti pelik. Hanya aku dan Yana yang melihat. Sungguh menakutkan aku. Aku pelik. Kenapa sampai Mirah sanggup buat macam tu.
Yana pula menangis tak henti-henti..
**********
Mak belek-belek tali yang menjerut leher Mirah. Tali tu sebenarnya tali untuk sidai kain. Mak leraikan dari alang dan campak ke dalam stor.
**********
Esoknya mak tanya Tok Umi pasal Mirah...Tok Umi kata Mirah tak ingat macamana dia boleh ikat tali ke leher. Dia hanya sedar bila aku tiba-tiba marah-marahkan dia.
Satu hari nanti aku mesti akan dapatkan jawapan daripada Mirah tentang hal ni....
Sebab tu mak aku pesan, hati-hati dengan hantu senjakala.

Thursday, July 24, 2008
siapa yang mengetuk pintu?
Tiap-tiap pagi biasanya akak akan hantar adik Yana dan Ojan ke rumah mak aku. Akak aku tinggalkan kejap aje sebab tengah hari dia akan datang ambil. Macam tu la rutin akak sebab dia cikgu sekolah gelanggi 3.
Ojan dan Yana memang dia punya nakal boleh tahan. Lari sana lari sini. Menyusup dalam semak pun ada. Maklum la belakang rumah kami masih luas. Suku ekar dengan pokok buah-buahan dan ada juga sebuah kolam ikan. Mak aku selalu pesan.. Yana dan Ojan jgn la nakal-nakal. Mana la tau nanti tersampuk. Karang tak boleh tidur malam pulak asyik menangis.
Akak aku kalau dia balik dari sekolah tengahari sempat la dia main-main kejap dengan anak dia sebelum bawa balik ke kuarter guru kat gelanggi 3. Kalau Yana buat-buat hamun, dia akan buaikan Yana kat beranda belakang bahagian sisi rumah kami. Mak pun selalu buaikan Yana di beranda luar tu. Buaian tu dah lama. Buaian bayi yang biasa orang guna. Tapi memang dah turun temurun digunakan. Sambil-sambil tu dia akan dodoikan Yana dengan syahadah dan tasbih berlagu.
***********
Malam masih muda. Mak pun baru siap masak untuk makan malam. Aku dan adik aku, Ijei yang masa tu tengah tunggu result SPM tengah syok layan Buletin Utama. Kitorang kalau tengok TV. Nak-nak berita. Mulut asyik nak membangkang. Menteri ni cakap macam ni...bangkang. Menteri tu cakap macam tu...bangkang. Apa nak jadi tak tau la banyak sangat idea bangkang. Aku selalu pesan. Kalau kita tengok atau dengar. Kalau baik, kita senyap je. Kalau tak betul kita bangkang..hahaha.
Tengah sedap-sedap layan tv tu, tiba-tiba mak aku panggil. Mak aku panggil bukan laung-laung macam kebiasaan bila nak ajak makan. Tapi dia susup-sasap naik ke tempat kami tengok tv. Mak buat suara berbisik. "Eh, Jo, Ijei..mak ada dengar orang ketuk ketuk pintu beranda luar." suara mak sedikit gementar dengan muka yang hampir pucat. "Mari kamu berdua tengok-tengokkan.." sambung mak lagi.
Pintu yang mak aku maksudkan tu adalah pintu ke beranda luar yang aku ceritakan awal tadi. Aku dan Ijei dengan berani-berani takut terus rapat ke pintu tu. Tok..tok..tok.......tok..tok..tok.. tok..tok..tok..
"Ye..siapa tu.."teriakku. Mak dengan Ijei diam-diam saja di sebelahku.
Tak bersahut....
Tok..tok..tok.......tok..tok..tok..
Pintu diketuk lagi..jelas dan lantang. Kalau nak banding ketukan guna jari, memang lebih kuat bunyi ketukan ni. Macam diketuk dengan belakang parang..
Kami bertiga kelu..aku tarik mak dan Ijei jauh sikit dari pintu.. "Mak, mana parang panjang yang Jo baru beli tu?"..tanya aku kepada mak. Mak gegas-gegas cari kejap kat dapur. Aku jeling Ijei, Dia dah siap dengan kayu hoki. Fuh, pantas betul adik aku.
Mak cepat-cepat datang kat aku sambil hulur parang panjang.
Tok,tok..tok,tok..
"Entah-entah Tok Umi tak?" tanya mak sambil berbisik.. Memang pun dialog yang kami gunakan hanya pakai intonasi berbisik je. Takut sungguh kami sebab tak tau apa benda yang sedang mengetuk dari luar."Takkan Tok Umi nak main-main macam ni." balasku.
"Hoi! siapa kat luar tu?"..aku angkat suara..kali ni kasar sikit bahasa aku.
Tok,tok..tok,tok..semakin kuat dan pantas pula ketukan di luar pintu.
Aku pegang parang panjang erat-erat. Aku tengok Ijei pun sama. Jarak kami dengan pintu lebih kurang 2m. Kami dah sedia. Kali ni apa yang nak merempuh dari luar kami tentang sahaja habis-habisan.
Tok,tok,tok,tok..bunyi tok tok makin kuat.
Ini tak boleh jadi. Aku kuatkan semangat. Aku gerak ke depan. Aku pergi dekat tingkap nako kat sisi pintu. Aku buka laju-laju dan intai ke luar. Aik..takde orang pun..takde siapa-siapa. Memang jelas tak ada apa yang aku nampak.. Remang-remang lampu dapur rumah Tok Umi jiran aku membantu mengenal pasti keadaan. Aku panik. Aku tutup tingkap nako perlahan-lahan.
"Tak ada apa-apa.." aku berpaling sambil melapor pada emak dan ijei. Aku pusing ke pintu semula. Baru saja tangan aku nak sentuh tombol pintu. Tiba-tiba.. tok,tok,tok,tok..bunyi tu kembali mengetuk pintu dengan kuat. Giler ngeri. Berderau darah aku, sebab baru beberapa saat tadi aku cek tak ada apa pun kat luar.
Aku undur merapatkan diri dengan Ijei dan mak. "Nak buat macamana sekarang mak..?" aku mula rasa tak sedap hati. Bulu tengkuk dah meremang. "Biar mak tengok dari tingkap bilik. Kamu berdua tunggu sini.." itu idea mak di saat aku buntu. Mak gegas-gegas ke bilik. Aku dan Ijei tetap waspada. Bunyi tok..tok makin menggila.
Sekejap mak muncul dengan muka pucat.."mak tak nampak apa-apa pun.."kata mak.
Aku tak perlu meragui kenyataan mak sebab memang limpahan cahaya lampu dari rumah Tok Umi sudah cukup untuk menjelaskan penglihatan sesiapa pun.
"Mak, macam ni saja. Biar Jo serbu keluar dengan Ijei. Ni dah tak boleh jadi.." Kata aku. Aku yang separa penakut ni tetiba je jadi berani bila tengok mak dan Ijei cuma bergantung harap kat aku.
Aku merapat ke pintu yang sedang diketuk bertalu-talu. Ijei ikut di belakang dengan kayu hoki. Mak sedia pegang tombol pintu. Aku angkat parang panjang. Kukuhkan kuda-kuda macam Tom Cruise dalam The Last Samurai. Tak kisah la sebab Tom Cruise dengan aku pun ada iras-iras cuma dia hensem skit je dari aku.
Aku jeling mak. Mak tunggu arahan dari aku. Kali ni apa nak jadi, jadi. kalau manusia biar la dia arwah. Kalau syaitan biar terbelah dua jugak aku kerjakan. Sungguh masa tu aku dah nekad.
Bunyi tok tok semakin bertalu.. "Buka!" jeritku. Mak dengan cepat buka pintu. Aku melompat keluar sambil hayun zanpaktou macam Ichigo dalam kartun anime Bleach...Zrasss....dengan sekali tetak ke belakang pintu..pedang samurai bersiut-siut membelah udara malam..
"HANTUUUUU!!! "jeritku. Terlihat jelas di depan mata aku satu lembaga hitam berdesup melarikan diri..
Ijei menerpa aku dengan kayu hoki di tangan.. "Jo, nampak apa tadi?".. tanya Ijei menggeletar..
"Hantu.." bisikku perlahan sambil mata meliar memerhati kegelapan malam. Parang panjang masih aku genggam dengan kedua-dua belah tangan.
"Hantu apa?" Tanya mak dan Ijei hampir serentak.
"Hantu punya kucing..." jawabku perlahan. Mak dan Ijei ketawa macam nak rak..
********
Mak belek-belek pintu. "Laaa..Miau jilat muntah adik Yana.." kata mak. Mak angkat buaian yang akak gantungkan kat paku pada pintu. Patutla bunyi macam org ketuk. Bila Miau naik ke buaian dan jilat-jilat muntah susu adik Yana. Pemegang buaian yang dibuat daripada besi pun ikut bergerak dan mengetuk pintu.. Hmh,tensen betul aku.
Masa makan malam tu aku tak nampak Miau join kami makan sekali..kalau dia ada memang sah aku libas dengan zanpaktou biar lepas tu dia jadi kucing hollow.
nota :
zanpaktou = senjata yang digunakan Shinagami. Ichigo guna pedang besar.
hollow = panggilan utk roh jahat yang diburu oleh Shinagami

Wednesday, July 23, 2008
sebuah iswara dan seorang pejuang reformasi
Tup tap tup tap.. Rupanya kita dah hampir nak masuk ke Bulan Puasa. Kalau tengok pada kalendar kuda saiz comel yang Dian Enterprise bagi kat aku, ngam-ngam 1hb 9 nih dah masuk 1 Ramadan.
Memang banyak cerita yang berlaku dalam Bulan Ramadan. Kau pun ada banyak cerita yang nak dikongsi bersama kan? Tapi aku bukan nak cerita pasal puasa. Puasa lambat lagi..biarlah kita berblogging pasal puasa pada bulan puasa nanti sambil-sambil tunggu masuk waktu berbuka (syahdunye..).
Apa yang aku nak cerita ni, berkait dengan satu kes yang pernah menggemparkan negara satu ketika dulu.
******
Hampir sebulan kes tu berlalu. Hari tu aku macam orang lain jugak. Ronda-ronda keliling Pasar Ramadan di Bandar Jerantut. Bukan nak membeli sangat pun. Apa la sangat keperluan orang bujang macam aku. Dapat kuih serba-sedikit, murtabak.. lepas tu jalan-jalan la keliling.. 3,4 round sambil-sambil cuci mata. Lagi dekat nak berbuka lagi sikit la pahala puasa.
Tiba-tiba...kecoh. Aku nampak segerombolan manusia tengah mengerumun sebuah kereta iswara putih. Ada yang tolak-tolak. Ada yang tepuk-tepuk. Semua orang macam tengah memaki hamun iswara putih. Ish..apa dosa iswara putih bulan puasa gini. Mujur jugak dia bukan bumblebee. Kalau tak, harus dah bertukar jadi autobot macam dalam filem transformer.
Aku susup-sasap di celah-celah kekecohan tu. Peh!.. Ada dua orang budak kecik tengah syok tidur kat dalam kereta tu. Enjin hidup..aircond kereta terpasang pula! "Apasal ni abang?" tanya aku pada seorang brader yang tengah goyang-goyang iswara. "Nih.. entah ke mana mak ayahnya. Dah lama tinggalkan anak mcam ni.."
Memang keadaan huru hara masa tu. Macam-macam cara orang cuba. Ketuk-ketuk, panggil-panggil. Hmh..budak dua ekor tu kemain jugak semacam je tido. Muka dua-dua pun dah naik biru aku tengok.
Aku cepat-cepat pegi kedai jahit yg berdekatan. Mintak pinjam pembaris besi dengan nyonya tukang jahit..harap-harap boleh buat teknik Mc Gyver. Aku passing kat brader yang bermuka paling risau dalam ramai-ramai tu. Dia jolok-jolok pintu. Semua pintu dia jolok. Tapi pintu tak terbuka jugak. Budak kat dalam dah makin nyenyak. "Ah..kalau lama sikit lagi harus tak bernafas terus budak-budak ni.."fikirku. yang pasti masa tu orang lain pun sama berfikir macam aku.
"Ni dah tak boleh jadi..dah hampir sejam!..kita mesti pecahkan jugak pintu cermin iswara ni" kata salah seorang brader yang ada kat situ dengan semangat persis ketua reformasi. Mujur dia tak angkat tangan sambil pegang pembesar suara je.
Brader reformis terus susup-sasap cari kayu. "Memang nahas la iswara orang ni kang..tu la sapa suruh tinggal anak macam tu je..".
Masa brader reformis tengah carik-carik kayu, baru la terhengut-hengut mak ayah budak datang nak bukakan iswara dia.
Apa punya orang. Tak risau langsung kat anak sendiri. Cari kuih berbuka sampai tak hengat dunia. Mujur tingkap iswara tak kena hentak.
Nasib baik brader reformis lambat skit je..

Monday, July 21, 2008
hantu bajang
"Cik Wok..Ada dengar bunyi apa-apa tak malam tadi?" Tanya Tok Umi jiran sebelah rumah. Mak aku geleng-geleng kepala. "Bunyi apa?"
"Entah la..tapi meremang jugak bulu roma.."sambung Tok Umi lagi.
Ceritanya..time aku balik cuti jumaat,sabtu ahad baru ni..hari khamis malam jumaat tu la jugak, dalam pukul 2.00 pagi lebih kurang. Tok Leh, suami Tok Umi terdengar bunyi mendayu- dayu dari belakang rumah. Dia kejutkan isterinya itu. Kot-kot nak join sekali jadi seekers. Memang Tok Umi ada dengar. Tok Umi kata dia memang tak pernah dengar lagi bunyi yang mendayu persis suara bayi menangis bercampur bunyi kucing tu. Tok Umi kelam kabut. Takut pun ada. "Itu la bunyi hantu bajang." Kata Tok Leh. Siang tu memang pecah la khabar bawah pokok rambutan kahwin Tok Umi. Tempat segala macam CNN, aljazeera, tv3 berkumpul. Bercerita pasal makhluk halus yang tiba-tiba muncul semula di kawasan belakang rumah kejiranan kami.
Cerita hantu bajang yang disebar Tok Umi mengingatkan aku peristiwa lebih 20 tahun lalu. Waktu itu, kawasan kami memang kerap diganggu hantu bajang. Bila berbunyi tengah malam arwah ayah pernah turun ke belakang rumah bawa lampu suluh dan parang di tangan. Tapi bila suluh tak ada nampak apa-apa yang mencurigakan. Memang tak pernah bertemu.
Ada sekali peristiwa, masa tu rumah aku 100% lagi lantai kayu. Kami tengah enak mengadap makan malam dalam pukul 8 lebih. Tiba-tiba aku terdengar bunyi itulah juga. Bunyi yang diceritakan Tok Umi. Kami sekeluarga tersenyap macam malaikat lalu. Semua orang berhenti menyuap. Adik-adik aku dah pakat berkumpul dekat arwah ayah. Takut..
Arwah ayah angkat jari telunjuk letak kat tengah bibir. Hantu bajang perlahan-lahan bergolek (hantu bajang dikatakan bergerak secara bergolek) di bawah lantai rumah kami sambil mendayu-dayu macam suara itu. Suara bayi menangis bercampur sikit-sikit bunyi kucing mengiau. Tapi aku amat yakin bukan kucing sebab bunyi bayi lagi jelas.Aku tak berganjak. Tetap duduk bersila di tempat makan aku sampai akhirnya suara yang boleh menaikkan bulu roma tu melepasi bawah rumah kami. Itu kali pertama dan terakhir aku terdengar suara begitu. Pelik juga.
Kawasan kejiranan kami mungkin sejak dulu jadi laluan hantu bajang.

Wednesday, July 16, 2008
penangan electrical switchboard
Semalam memang hari penat aku..tapi mujur ada penghibur di kala duka..
"Bob, mana kilang controlite nih? Kau tau ke tak nih.. Kalau tak tau kita pakat telepon aje kilang dia.. "Aku menumpang bob, rakan kerja yang sekali nak pegi factory visit electrical swithboard untuk keperluan projek.
"Fuh letih dah ni..takpe..aku ada no. phone dia. Kita telefon saja.."
Bob buat loud speaker..
"Hello, cik, pejabat cik kat mana. Sekarang kami dah ada kat Indera Mahkota."
"Oh..kalau mcm tu encik ni dah silap jalan.. Encik kena masuk hala jalan ke Imigresen. Nanti jumpa satu Stadium tertutup..terus masuk jalan tu. Saya ada kat bangunan pusat gimrama." jawapan lembut dan manja tuan punya suara.
Lama juga bob mengayat awek kerani tu.. siap nak ajak minum lagi. Menggeletik gak bob ni padahal anak dah nak masuk 4.
Aku pun tak banyak tanya terus ajak Bob ke area tu.. "Hah..sah kat sini" kata aku..
"Abis, mana bangunan pusat gimramanya?"
"Tu kat bawah tu.."
"Ish betul ke sini ada kilang controlite?" tanya Bob.
"Mana la aku tau.. takkan kilang dekat pusat gimrama. Nih kilang apa. Kilang pakaian sukan ke? Baik kau telefon balik kerani tadi tu."
"Hello cik.. kami dah ada kat bawah bangunan nih."
"Oh ye ke.. nanti saya turun"
"Bob..cuba kau tanya dia betul ke sini kilang controlite tu?" tanya aku saspen sambil mata meliar kiri kanan. Bimbang gak takut kena tembak pak guard.
"Adik..betul ke sini kilang controlite?
"Tak..sini pejabat SUKPA (Majlis Sukan Pahang).."
"Ooooooo..." kami sempat buat acara menganga secara beregu..

Tuesday, July 15, 2008
trauma
Kawan-kawan semua dah siap sedia. Semua dah boleh tidur awal. Tapi tidak bagi aku. Exam kali ni adalah penentu hidup aku di IPTA ni. Satu-satunya harapan untuk aku terus bernafas sehingga menamatkan lagi 2 semester pengajian atau bakal mendapat anugerah B.A (Balik Awal). Tapi aku memang dah tak yakin dengan kemampuan aku. 1 minggu terakhir ni memang aku tak boleh buat apa-apa. Beku dan kosong. Lagi banyak aku study lagi banyak yang tak faham..tak tau..blank..cacamarba..kusut..dan tak boleh catch up langsung.
Menggelabah bukan main-main. Macam mana la aku nak mengadap muka mak dan ayah nanti. Mereka mesti kecewa dengan sikap aku. Kegagalan aku nanti mungkin akan jadi trauma buat mereka. Ah..aku tak boleh mengalah. Aku mesti kuatkan tekad, azam, walaupun masa hanya tinggal 1 minggu untuk peperiksaan akhir semester. Hanya tinggal semester ini sahaja lagi. Kalau pointer aku bawah dua. memang sah aku akan dapat B.A. Ini bukan main-main. Ini kerja serius.
"Wei Zul, pengiraaan berangka soalan nih kau dah tau buat?"
"Statistik soalan tahun-tahun lepas kau dah semak blum?
"Nih geologi nih..ko dah hafal blum?
Itu tanya kawan-kawan seangkatan..
Ni pulak komen roommate aku budak sastera. Masa aku tengah bersila dengan kain pelekat tak berbaju mengadap buku statik yang tebal dengan kertas-kertas soalan bersepah-sepah atas tilam.
"Woi, biar betul ni Zul..kau boleh buat ke nih? Kau dah gila? Periksa dah tinggal seminggu lagi. Patutnya sekarang ni masa untuk kau berehat-rehat.."
Lan terkejut bukan main selepas membuka pintu bilik. Terkejut bukan sebab dia tengok aku tak pakai baju. Kalau dia tengok Maya Karin tak pakai baju lain la. Tapi terkejut sebab aku dah mengubah kebiasaan yang sering dilihatnya. Selalunya aku study di meja study yang tersedia. Dia dah dapat agak yang aku dah hampir terkena gangguan mental.
************
Memasuki dewan peperiksaan pagi tu bukan macam pagi-pagi yang biasa. Awan mendung berarak perlahan seolah-olah mengucapkan selamat jalan kepadaku.
"Baiklah..kamu semua boleh mula sekarang"..
tik..tik..tik..
Kertas pertama hari ini - Pengiraan Berangka. Memang semuanya soalan pembunuh. Tangan aku menggeletar. Satu demi satu soalan tidak berjawab..
Aku lihat Fairuz yang duduk di depanku tekun menjawab..
tik..tik..tik..
Fairuz letak pen, kemas-kemas meja terus bangun dan keluar dewan dengan senyum puas. Dia antara 5 paling awal.
tik..tik..tik..
Aku masih lagi beku. Hilang arah dan halatuju. Confirm..markah aku pasti teruk, untuk kertas pertama ini aku pasti gagal. Gagal dengan 'E'.
"Masa hampir tamat!!..." jerit pengawas perperiksaan..
"sila berhenti menulis.. letakkan pen di atas meja..!"
krinnggggg....
Aku terpisat-pisat bangun..mematikan jam meja yang sedang berdering.. Huh mimpi ngeri ni lagi. Dah banyak kali berulang. Dah hampir 9 tahun menghantui aku!

Saturday, July 12, 2008
ini kisah tiung
Pagi itu tiung rasa sungguh bahagia. Dia mengepak-ngepakkan sayapnya sambil bersiul-siul kecil. Maklumlah hari ini tiung ada temujanji dengan kekasih hatinya. Tujuannya masih belum dapat dipasti. Mungkin mereka akan sama-sama terbang mencari ulat-ulat atau buah-buahan di kawasan kampung yang berhampiran dengan kawasan hutan tempat tinggal mereka. Selang tak berapa lama, kekasih hati pun tiba. Tiung tenung wajah kekasih hati..begitu juga sebaliknya. Lama mereka pandang-memandang itu seolah-olah tidak mahu berjauhan lagi. Maklumlah mereka sedang asyik berkasih-sayang.
********
Kepala aku kusut. Kerja masih banyak. Tambah lagi dengan meeting dan report-report yang masih belum disiapkan. Aku minum serba-sedikit dan gegas-gegas hidupkan enjin."Mak, pergi dulu ya"..aku tekan minyak dan satria merahku menderum meninggalkan kawasan garaj.
********
Ke mana tiung hendak bawa abang?" Kekasih hati bertanya tiung, baginya tiung adalah segalanya. Dia tak sanggup lagi berpisah dengan tiung."Abang ikut sahaja cakap tiung" sambung kekasih hati lagi. "Okey..kalau macam tu abang ikut tiung..tiung akan tunjukkan satu tempat yang banyak buah-buahan untuk kita makan." jawab tiung sambil mengepakkan sayapnya. Kekasih hati mengikut terbang dari belakang. Sambil berkejar-kejaran itu mereka bersiul-siul riang.
********
Aku menekan minyak dengan tergesa-gesa keluar dari kawasan perumahan Gelanggi. Sesampai di simpang luar jalan besar Jerantut-Maran. Aku free gear. Tarik handbrake dan pastikan tiada kenderaan berlalu untuk aku masuk ke jalan utama itu. Aku nampak dari jauh office mate aku juga sedang melalui jalan Jerantut-Maran itu untuk ke office. Setelah pasti tiada kenderaan lalu lalang aku terus masuk gear satu, lepas handbrake dan broom..aku memecut.. dua....tiga...empat...lima...speed meter terus menokok ke 80km/jam dengan serta merta..
Tiba-tiba dengan sekilas pandang dua ekor burung tiung melintas di hadapan kereta aku. Kelihatan seperti mereka sedang kejar-mengejar. Aku tidak sempat menekan brek lagi. Aku telah terlanggar burung tiung yang sedang mengejar kawannya dari belakang. Bulu pelepah hitam dan putih berselerakan di jalan raya itu. Ya Allah..aku sempat mengerling ke belakang. Burung tiung yang aku langgar menggelupur di atas jalan tar hitam itu. Aku juga ternampak burung tiung yang dikejar tadi bertenggek di pohon berhampiran sambil riuh bersiul-siul memanggil kawannya yang sedang menggelupur itu. Waktu itu office mate aku juga sempat berhenti sambil memerhati si burung tiung. Aku meneruskan perjalanan. "Ah..bukannya manusia pun.." fikirku tanpa berfikir panjang.
**********
Maafkan aku tiung atas kecuaian aku pada masa tu. Aku bersalah. Aku tak berniat untuk membunuh kekasih hatimu itu. Aku harap selepas itu jangan lah kau membawa hatimu yang lara. Teruskanlah tujuanmu. Makanlah buah-buahan di tempat yang kau ingin tunjukkan pada kekasih hati walaupun dia sudah tiada. Aku tahu kau amat sedih. Kau juga punya naluri. Jika aku di tempatmu aku juga akan menjadi gila sepertimu.
**********
* Walaupun bertahun sudah berlalu. Apabila aku memandu dan melihat burung-burung yang sedang berkejaran. Aku pasti akan teringatkan si burung tiung.

Wednesday, July 9, 2008
memori 1993 - hantu asrama putera
"Aku tak percaya la hantu-hantu semua ni. Zaman sekarang mana ada hantu. Woi kau sedar tak sekarang ni dah masuk zaman cyberjaya. Bangun la dari mimpi-mimpi kau tu. Tahyul kau ni memang tak habis-habis dari dulu. Hahahah"..dengan perasaan riak bercampur lucu aku ketawa besar mendengar cerita Megat petang itu.
Ada ke patut dia cerita ada satu kali masa tidur dia kena himpit dengan hantu bungkus. Yang lagi tragis, masa dia berpaling ke sebelah pulak ada seekor lagi hantu bungkus tidur sebelah dia. Maknanya ada 2 ekor hantu bungkus dah himpit dia. Dia duduk diam-diam kat tengah-tengah, kelubung dalam selimut, menggeletar..berpeluh sampai pagi.
"Betul Zul, kali ni memang betul aku tak tipu kau. Cerita tu memang benar-benar berlaku kat aku kat asrama kita masa form 2 dulu." cerita Megat dengan muka kuyu. Nampak benar dia kecewa dengan sikap aku yang tak ambik pot dengan masalah antu dia.. "Haha mana ada antu. bapakla seramnya antu bungkus tu.. tapi pesal dua ekor?.. laki bini kot tengah cari anak hilang.. kahkahkah.." aku menyambung rantaian gelak yang terputus sambil meninggalkan Megat yang masih tunduk menahan sebak.
Waktu tu aku tingkatan 5. Aku pun memang dari tingkatan 1 kat sekolah tu. Sebuah sekolah berasrama pinggir bandar Kuantan. Yang dekat dengan Taman Tas. Yang itu hari pernah masuk paper kes atap makmal komputer runtuh.
Megat classmate aku. Kawan aku juga. Tapi kami betul rapat masa aku dalam Tingkatan 5 sebab dari tingkatan 1 sampai 4 aku tak pernah sekelas dengan dia dan tak pernah juga sedorm. Dia memang tahap pelajar suka masalah-masalah kat asrama manakala aku pulak macam lalang. Ikut sahaja dengan siapa pun aku berkawan. Dengan ketua pengawas yang baik hati tapi ramai anti, dengan Nasir Ketua Badan Pelajar Islam yang suka ceramah-ceramah kat surau atau dengan Megat yang selalu meninja (menyusup keluar secara haram) malam-malam.
Kisah hantu yang Megat cerita sebenarnya sinonim dengan keadaan asrama pada masa tu. Maklumlah banyak cerita-cerita seram yang dah kami dengar dibawa dari mulut ke mulut. Jadi keseraman tu dah menyelimuti asrama kami yang memang dah sedia seram walaupun musim takde hantu (hantu pun macam durian, ada musim gak tau).
Pada masa tu ramai bebudak pompuan terserempak dengan lembaga aneh dan suara-suara misteri dalam kawasan asrama puteri. Ada juga sekali-sekala kes histeria. Kat area asrama putera pula memang tengah kecoh dengan kes toyol curi duit. Entah ye entah tak.. hehe memang nak tergelak la bila aku teringat cerita toyol ni, malas aku nak cerita,.. kang jadi novel muntah pulak orang baca.
Malam tu sunyi macam biasa. Aku pun macam biasa tarik selimut kotak-kotak merah aku kasi tido kaw-kaw punya. sejuk memang sejuk..ahh macam ni la baru sedap tido. Zairul dan Mat Sahar yang berjiran dengan katil aku dah lama berkelubung hanyut ke alaska dengan mimpi indah memasing. Aik? Mat Sahar tak study add math ke mlm nih?. Takkan nak biarkan Mayong Jalal sesorang diri je kat bilik study menelaah sampai pukul 2.
Tengah malam buta entah dalam pukul berapa. Punya la aku rasa seram sejuk sikit.. rasa macam ada benda tarik-tarik kecil rambut aku. Macam bini la kot bila time gatal nak bermanja (macam la dah kawin). Aku pun mula tu okey je last-last rimas gak kena gangguan macam ni. Aku pun angkat sikit kepala aku sebab nak pastikan apa benda. Nampak putih je macam kain dekat kepala katil aku.. Aku pun dongak kepala perlahan-lahan ke atas macam biasa aksi filem seram.. tetiba.. ya Rabbi!! ada dua ekor hantu bungkus tengah berdiri kat kepala katil aku sedang memandang aku. Kedua-duanya berbungkus dengan kain putih sebijik macam mayat kena kapan. Giler ngeri tambah pulak aku tak nampak muka dia.. muka dia tersorok sebab lubang pada bahagian muka hanya nampak gelap sahaja.
Masa tu memang badan confirm lemah..nak angkat tangan pun dah tak ada daya. Aku cuma sempat bertakbir dengan sekuat hati..Allahu Akbar!! dengan harapan hantu tu terbakar la kat situ gak. Aku ambil bantal lepas tu terus baling sekuat hati. Dua-dua hantu terus lari keluar dorm sambil mengilai panjang..
Pagi esoknya..
"Wei Zul..malam tadi aku dengar kau kena sakat hantu bungkus ye?.hahaha.." tanya Megat sambil berdekah-dekah.. Dan aku pasti itulah hilaian salah sekor hantu bungkus yang lari lepas aku baling bantal..
Pagi tu putih tapak kaki Megat aku kejar keliling asrama..

Monday, July 7, 2008
awek ketiak
Tut tuut..tut tuut..ada sms
jom p minum kedai awek ketiak - Shah.
Awek ketiak? Kat mana? - Aku
Haha..Kedai depan petronas tu - Shah
Oo..yang ada awek selalu pakai seksi tu?..O.K - Aku
Elok jugak idea tu..sementara aku pun belum makan malam lagi. Biasanya pukul 8.30 malam macam ni, aku keluar makan malam. Aku tak peduli kedai awek ketiak ke, kedai di bawah ketiak isteri ke..aku bukannya memilih tempat pun. Janji bila malam kena makan.
***********
Malam masih muda..bintang-bintang bergayutan di dada langit. Kedai awek ketiak malam tu penuh sesak macam malam-malam biasa.
"Hahaha..Apa kau panggil dia tadi..Awek ketiak?" mulutku pantas menyoal Shah sebaik sahaja awek (awek ketiak) yang mengambil order kami gegas-gegas menghala ke dapur untuk menghantar pesanan. Tentu dia sibuk sebab bukan kami sahaja yang nak dilayannya.
"A'ah..kau tengok aje fesyen yang dia pakai. Baju dah la fit, takde lengan, nampak dada, tapi pakai tudung kecil pula. Kalau kau concentrate betul-betul, aku pasti kau akan nampak bulu ketiak dia." Shah dengan penuh yakin memfailkan akuan berkanunnya seolah-olah dia penyiasat persendirian tahap P. Balasubramaniam.
"Eh, dia mana ada bulu ketiak. Itu hari aku ada terperasan masa dia tengah jerit-jerit ambil order dan panggil kawannya di bahagian dapur sambil angkat-angkat tangan" Jawabku jujur.
"Hei..perempuan pun ada bulu ketiak apa, tapi diorang cabut. Tak pun pakai ubat-ubat yang boleh kasi hilang semua tu." Jelas Shah seolah-olah mempunyai kepakaran 20 tahun dalam hal-ehwal ketiak perempuan. Pelik juga aku, setahu aku Shah mengambil jurusan Civil Engineering di UiTM dan bukannya perubatan atau anatomi manusia. Adakah aku yang terlepas pandang tentang hal ini lantaran selalu tertidur dalam kelas masa subjek biologi zaman pendidikan menengah dulu?
Nampaknya persepsi awal aku terhadap kredibiliti Shah meleset sama sekali. Shah tidak seperti P. Balasubramaniam, dia tetap enggan menarik balik akuan berkanun yang difailkannya kepada aku sebentar tadi.
"Apa la suka sangat pakai macam tu. Baju sendat takde lengan, nampak dada lagi. Lepas tu pakai tudung kecil pula. Kalau macam tu lagi elok tak payah pakai tudung. Atau pun tak payah pakai baju". tuturku memberi pendapat songsang.
"Aku rasa..lebih elok kalau dia pakai tudung, tapi tak payah pakai baju.." balas Shah menyeringai. Ada gelak-gelak kecil di hujung kata-katanya itu..
moral of the story : pakailah pakaian yang menutup aurat sebab kain kafan tidak pernah berkompromi dengan aurat

Friday, July 4, 2008
dari mimbar masjid pasir minal..
Aku ni memang kalau ke masjid hari Jumaat bukannya dapat consentrate sangat khutbah yg dibaca khatib. Kekadang lambat je pergi. Org dah azan baru start enjin, tapi hari ni laju je pulak aku gerak. Destinasi aku..masjid hijau..masjid kg pasir minal yang kat depan lamannya ada satu bendera bulan putih background hijau yang amat besar.
Harap-harap ada la cerita best dari tok khatib hari nih. Skang kan dah pecah khabar mantan dan bukan mantan tpm tengah sibuk sinsing lengan baju memasing. Mana la tau ada info-info terbaru dari corong speaker masjid pasir minal yang sokmonye penuh sesak dengan manusia time sembahyang jumaat tu.
Aku cuba celah-celah melepasi gerombolan manusia yang mungkin berfikiran macam aku jugak..sebab dah sempit aku pun gegas-gegas ke tingkat atas harap-harap ada ruang kosong.
Dapat je pot sesuai aku dah start pasang telinga. Suara budak-budak kecik kat sebelah yang memekak macam bunyi lebah tengah buat sarang jadi tenggelam dalam kekhusyukan aku mendengar khutbah jumaat. Budak-budak kecik..kalau ikut amarah aku ni aku campak je sorang-sorang kat bawah tu karang. Ni satu..bab bebudak kecik ke masjid time jumaat ni memang kat memana pun diorang ni suka buat hingaq..kalau dah nama bebudak..macam tu la perangai tak habis-habis. AJK Masjid..kalau boleh kasi la satu area kat bebudok nih..takyah la campur dgn org besar-besar mcm aku. Takkan la sampai taknak bagi diorg berjumaat plak.
Satu persatu patah kata khatib aku dengar..ish mana suara-suara keadilan untuk rakyat nih? Kurang-kurang ada la huraian pasal fitnah ke ataupun kerajaan yang dah semakin loklak ke..tapi takdak satu pun yang disebut khatib..
Khatib hanya ada sebut pasal halal haram makanan yang dimakan dan effect kepada kesihatan dan keimanan je..macam yang dapat aku detect secara ringkas spt di bawah;
*************************
Menurut sumber, pecahan pengusaha-pengusaha makanan yang memohon halal jakim adalah 80% dari bukan bumiputra dan selebihnya barulah permohonan dari bumiputera. Selain dari itu, walaupun ada pengesahan halal tapi kita sebagai muslim juga perlu mengetahui ke mana pelaburan industri makanan dan barangan pengguna. Jenama COLGATE misalnya telah diketahui menjadi salah satu penyumbang terbesar ekonomi Israel sejak 1967 lagi..jadi kita sebagai pengguna berhak membuat pilihan supaya menggunakan barangan bukan daripada jenama yang menjadi pelabur besar kepada negara yang telah banyak menyumbang kematian dan kesengsaraan rakyat pelestin itu.
Sebenarnya banyak lagi jenama-jenama yang menjadi pelabur besar Israel yang memang kita sendiri pun telah ketahui tetapi tetap kita teruskan juga penggunaannya dalam kehidupan harian.
Jadi, renung-renungkanlah. Adios

Subscribe to:
Posts (Atom)