Sunday, August 3, 2008

kulit den jadi macam kulit ayam = me pongo piel de gallina

Baru beberapa hari aku menyewa di sebuah rumah teres di Taman Wira dengan Cikli, Fahmi dan Rizal.

Satu malam, waktu aku melalui satu jalan untuk ke rumah sewa tu tiba-tiba bulu tengkuk aku meremang. Bengang jugak aku. Bukannya ada apa-apa pun yang aku nampak kat tepi jalan. Tak ada pulak pontianak, langsuir yang melayang depan nissan sunny buruk ihsan syarikat. Tak ada apa-apa pun. Lagipun dekat-dekat situ ada beberapa buah rumah orang. Kat depan sikit lagi dah terjongol satu banglo putih yang terang benderang.

Aku dah puas memandu sorang-sorang waktu malam. Dah banyak kali jugak turun naik Bukit Fraser dan meredah jalan lama Jerantut-Benta yang hiruk-pikuk dengan hutan banat. Tak ada pulak berseriau macam ni. Ni apasal kat kawasan perumahan pinggir Bandar Jerantut boleh meremang bulu tengkuk pulak?..

**********
Man Doktor memang kerap ke rumah sewa kami. Boleh dikatakan sejak beberapa hari menyewa, hampir tiap-tiap petang jugak Man Doktor pot di rumah kami. Man doktor kawan Cik Li, kawan macam mana aku pun tak tau. Bukannya kawan lama pun. Baru-baru kenal jugak. Tak boleh tidak Man Doktor otomatik jadi kawan aku.

Setahu aku Man Doktor budak baik. Dia bukan doktor. Aku panggil dia Man Doktor sebab dia kakitangan Pejabat Kesihatan Jerantut. Man Doktor memang hobi dia bawa beg sandang belakang bila naik motor RXZ. Mulanya aku tak kisah pun. Biasa sangat Mat RXZ bawak beg sandang.

Tapi petang tu beg sandang Man Doktor jadi misteri yang tak terfikir oleh aku dan budak-budak rumah. Man doktor singgah lagi rumah kami. Lama jugak dia mengarut sambil borak-borak. Dia tinggalkan beg dia di tepi pintu. Aku hampir ke beg dia. Aku tekap-tekap tapak tangan sebab nak tau apa benda yang Man Doktor bawak. Mana tau dia tokan benda alah tu, nanti naya pulak kami satu rumah.

Aku tekap-tekap tangan aku pada beg Man Doktor. Man Doktor tak sedar aktiviti aku. Macam P.I pun ada. Budak-budak rumah pulak pakat layan Man Doktor mengarut baik punya. Masing-masing dah tau apa aku buat sebab kami memang dah rancang awal. Tekap punya tekap. Aik? Apesal macam takde apa-apa pun dalam beg sandang Man Doktor? Aku cemas.

Masa Man Doktor pegi tandas, cepat-cepat aku buka dan selongkar beg Man Doktor. Memang sah tak ada apa-apa. Selama ni rupanya Man Doktor cuma sandang beg kosong!! Tapi kenapa?..

15 comments:

alif-mikail said...

cerita le bagi terang.. lomah koi tunggu..

dzul said...

hei alif..koi crita sampai kat situ la ek..kalau aok tak dapat teka jugak baru koi sambung..haha

cerita ni masa koi baru2 kerja dalam thn 2000

Rahimin Idris said...

kau silap. beg man doktor tu bukan kosong. beg tu adalah beg oksigen yang dia akan guna di waktu kecemasan. oksigen mana nampak! intelek tak jawabab aku kawan2? sila beri tepukan!

yoshz said...

kau salah rahimin.
hari tu man doktor ade kokurikulum kat sekolah. baju sukan dia pakai kat dlm. jadi dia bawak beg nak isi baju sekolah bila nak main sukan nanti.

Ojie said...

min, jawapan ko sungguh intelek..
sbg tambahan aku rasa dia bawak jugak co2..
mana la tau kalau2 kt tgh jln dia nampak pokok2 yg hampir separuh mati..
bleh la dia dermakan co2 pd pokok2 itu..
xpasal2 dia beramal sekali..
hehehe..
genius x aku?
*wink2*

dzul said...

rahimin,yosz,ojie,

hahaha..adeih..takleh konsentrate nk jwb..berair dh mata..aku nk p minum dulu..hahaha

man_helang said...

weh bro...nih citer apa nih...otk aku yg dah tahap sasuke punya bijak pun tak dapat tangkap maksud ko tuh...ke dia dah bawa isi beg tu masuk dlm bilik air???

dzul said...

rahimin,
haha..salah salah..beg tu bukan beg oksigen. Itu beg sandang murah-murah yang org jual kt kedai beg..yang bila kita nak, tokey dia bawak kayu jolok-jolok.

yosh,
haha..salah jugak..sekolah dia kokurikulum hari rabu..hari tu hari selasa. P.E pun tak ada.

ojie,
haha..pun salah, dia bawak 1 beg je. Kalau 2 mungkin jugak.

man helang,
haha..cerita perenggan 1 ada kait dgn perenggan 2. Aku malas nak siapkan mana tau ada genius tahap idrul nafis boleh jwb. Beg tu ada kat aku. Dia mmg tak tengok dah. Takde apa yg dibawak dlm bilik air. Haha kau belum sampai tahap nara shikamaru..

Marjerin said...

waaaaaa

alif-mikail said...

Iyo diye bawak beg kosong .. nanti kuar ada barang nye...

man_helang said...

hah ha...ke dia dah pekene seround dlu bru mai umah ko bro...nak lepak2 lepas pekene bende alah tu...ala broo ko cite trus takleh ker...takkan nak buat cite jenis teke2 plak...

S.YanaZ said...

Jeng...jeng...jeng.....
ah, sudahhhh.



*Tepuk-tepuk utk jwpan Bro.Rahimin*

Don Balon said...

Aku ada jawapan bocor..
Beg tu man doktor pakai untuk menghilangkan seram tengkuknya.. setiap kali dia rasa nak meremang je terus dia kemaskan dan tarik begnya rapat-rapat ke badannya..
terus ilang seram sejuknya..
berpadanan dengan tajuk..
ye tak gitu D-z?

Itu koi berpandukan pengalaman koi sendiri..hehe

Koi dulu kalau balik je dari KL, naik moto RXZ koi, memang koi balik berdua dengan budok gelangi 3..
Li namanya, anak Pakcik Othman rumoh sebaris dengan skoloh agama rakyat tu..
Kami linteh Bandor Pusat setiap kali balik..
Sampei je di simpang ke jengka 10, Jengka 1 dan Kota Gelangi, Li akan terus menuju arah Jengka 8 manakala koi mengambil arah Jengka 10. Lampu memang kirim salam la nok ader, sampei le ni gelap macam tutup mata..
Koi lepas je linteh jalan masuk ke perkampungan Jengka 10, mula la koi baca Ayat Kursi, duduk sampei ke hujung belakang seat motor koi, (takut pontianak hinggap, kalu dia nak hinggap mesti dia tak jadi sebab tempat duduk dah penuh.. hehe)pecut tak ingat, sampai ke simpang jengka 1 yang terkenal dengan pelbagai cerita dari hantu rock (mengikut ceritanya mati eksiden balik tengok konsert di Funfair Tong Kiat..hihi) hinggalah ke hantu mintak tolong hantor balik rumah di Kg Perak, dekat belakang Sg tekam.. koi tambahkan kelajuan maksima membelah kegelap-gelematan malam supaya hantu tak sempat nampak koi.. hehe

Sekarang koi mikir2, nasib baik takde mende2.. punya takut mati kena cekik dek hantu, padehey jatuh moto lagi realistik kebrangkalian kematiannya..
Alhamdulillah koi masih hidup.. :)

dzul said...

marjerin,
naik seram sejuk aku bila kau jerit2 mcm tu..terus aku kuarkan sambungan cerita

alif mikail,
salah jua..dia dah tak ke mana lepas tu..terus balik umah je..baca je entri baru

man helang,
tak..tak..salah lagi..tak kena tak kena..

s.yanaz,
haha..kalau kau jenis seram sejuk jgn baca sambungan, kang jenuh pulak hubby kau meneman kehulu kehilir.

don balon,
hah..dah hampir tepat..kau memang licik..

CoOkiE MoNSter said...

adoyaiii...ape nk teka2 lg?sekali bace pon aku dah tau ape guna beg 'misteri' tu. Kan Man doktor tu dah ckap awal2 knape die bwak beg tu? Kalu org len pon, aku kompem 101% ade pe'el yg same. len la klu ade awek die ke, membe die ke yg nk dok bonceng tman die kulu kilir, len la citer..ceh..