Sunday, February 8, 2009

sekilas fakta perang dari seorang bekas RAMD..

"zaman komunis dulu..pakcik pun pernah masuk hutan..banyak kali juga kena ikut tugas pengawasan dengan rejimen askar melayu diraja.."kata pak ron (bukan nama sebenar) sedang kami lepak-lepak di site cabin pagi itu.

biasa lah rutin pak ron..tiap-tiap pagi dia akan berjalan kaki turun ke pekan bukit fraser untuk membeli sayur dan lauk. pak ron pun dah lama pencen askar. umur dia dalam lingkungan 60 tahun. dia tahan tinggal di bukit fraser sudah beberapa tahun memandangkan isteri barunya bekerja di sebuah banglo di laluan yang sama dengan project site kami. dia masih sihat..nampak cergas lagi dengan badan kecilnya yang fit walaupun sudah berusia lebih separuh abad.

boleh dikatakan semua orang di site project kenal beliau sebab sifat ramahnya yang selalu menegur kami. tambahan pula dia juga pandai mengurut.

aku terkedu dengan kenyataan pak ron sebentar tadi. baru sekarang aku tahu rupanya dia bekas tentera melayu.

"wah..kiranya pakcik pernah ikut berperang la..?"

"hahaha..sebenarnya dah beberapa kali juga pakcik bertembung dengan komunis di dalam hutan. dan masing-masing sempat berbalas tembak. tapi awak tahu tak macamana keadaan perang sebenar masa tu..?"

"perang?...ooo macam dalam tv la..cerita sarjan hasan..rambo..macam tu la.."kata aku yang sekadar bercakap berdasarkan filem2 perang yang pernah aku tonton..

"sebenarnya tentera yang ikut berperang bukannya berani sangat pun. berjuang..berjuang juga tapi semuanya pun takut juga..siapa yang berani kalau peluru bersimpang siur. siapa..? mereka sekadar menjalankan tugas sahaja...macam pakcik dulu..pernah beberapa kali terserempak komunis dalam hutan..kami tembak..komunis pun tembak..tapi tembak acah-acah sahaja tembak secara rambang sambil masing-masing berundur..semua takut. semua pun tak nak mati lagi..nak buat apa..? "

berundur..?

iya berundur..kemudian kalau terserempak lagi pada masa yang lain ..kami berbalas tembak lagi tapi tembak rambang..tembak ke atas sahaja supaya masing-masing berundur..begitulah seterusnya sampai pakcik bersara..

oooo....

nota :-

*pihak komunis akhirnya menyerah kalah dan meletak senjata pada tahun 1984..

*ini cuma pengalaman salah seorang bekas askar..mungkin bagi yang lain..lain pula kisahnya..aku cuma teringat..

14 comments:

Rahimin Idris said...

ah, mana ada orang macam tu. aki aku dapat pingat PJK. dapat sarjan. banyak juga dia bunuh komunis.

tah2 pak aron tu tukang masak je dak?

dzul said...

rahimin,
tak..dia kata ni kalau kes 'terserempak dalam hutan'..kalau kes dirancang macam serang hendap..kena serang..atau yg ada tujuan..itu lain..memang kena gempur..

kata dia la..kalau dia goreng koi pun goreng jugak la..heh..

ceri masam said...

saya pernah interviewed satu pakcik ni yang masa zaman komunis, zaman 13 mei dan seterusnya!

he's amazing!
dan sedih mendengar kesengsaraan dan kepayahan serta KEDUKAAN di zaman2 tersebut :(

Fadh Rahman said...

pak ron nie jenis pengecut sbb tue lari tapi entah laa nak tau mcmana perang...jom gi palestine...

RY said...

sedihh...

MaSHee said...

nii...citer yg pertama kali aku dgr..aku x tau pun askar bila jumpa komunis dalam hutan berundur.

ayah aku dulu pun askar...tapi aku x pernah tnya pasal tembak komunis ni lagipun ayah aku skuadron rejimen askar jurutera..ermm..kena tanya lepas ni...

dzul said...

one love,
ada masa entrikan la..mana yang kau ingat..sbenarnya byk kisah yg tak sempat dibongkar mastika pun..mereka cari tokoh2 glemer shj..

fadh,
tak boleh cakap jugak..sbb dia cerita pasal pasukan yg mana dia terlibat..dan pengalaman dia masa tu..
mungkin mereka lebih yakin dengan serangan yang dirancang dan bukan secara bertembung tiba2 mcm tu..
tp aku tak sempat korek rahsia lebih pasal serangan2 terancang/serang hendap..rugi..

razor,
apa yang nak disedikan wei..

akudiakamu,
cubalah tanya dia..aku cuma dengar aje..sekarang ni askar kita byk yg buat tugas mengawal sempadan je..ramai yg xde pengalaman perang sebenar..

Don Balon said...

Lah.. kalu gitu kali kedua terserempok tok kena la menembok lagi.. membazir peluru rakyat je..
laung je la.. aok blah kami blah..

kali ketiga jemput la makan-makan pulok..
pasey koi rasa machanc merapu iras-iras PNR je cerita pak ron tu..?

BudAk hijAu said...

bl2...sapew nak mati!! :D

dzul said...

don,
kena kelentong la aku kut..tp kalau takde pengalaman mcmana pak ron boleh tahu situasi perang pulak..hmmm..tp seingat aku dia kata kes terserempak..ada macam logik jugak bunyinya tu..

budak hijau,
iye..pak ron mmg ada cakap mcm tu..tp tu bukan menunjukkan dia seorang penakut..tp mungkin strategi..kalau terserempak..kekuatan platun pihak lawan tak dapat dikenalpasti maka ada baik berundur dahulu..pd teori aku la..

inna hayati said...

urm....macam tu ye...
takut tu mesti ada,
tapi bukan macam tu kot...
humph...berapa harga sebutir peluru?

yoshz said...

merendah diri betul uncle ron ni. syabas. biasanya askar2 yg aku jumpa semua angkuh bongkak takbur zina.

Yana Ismail said...

alaahai...main tembak2 gitu je ke..n berundur..hmmm

dzul said...

inna hayati,
pada aku ni bukan kes penakut atau pemberani..kalau dah terserempak masing2 tak tau kekuatan pihak lwn..lagi baik berundur saja..kalau serang semberono mungkin mengundang kekalahan yg teruk baik berundur dulu..pada pendapat aku la..

yoshz,
betul..semua akan cakap tinggi melangit padahal mungkin dia dulu yg lari..mana tau pakcik ni paling berani n cekap..dia saja takmau cakap besar..mastika patutnya kupas isu ni..aku rasa ada juga kebenaran di sebalik kata2 pakcik ni. aku takmau cakap dia tipu atau penakut sbb kita mmg tak tau hakikat sebenar..

princess,
pakcik tu yang cakap bukan aku..aku wartawan kan aje